Isnin, November 30, 2009

10 Pepatah Tentang Masa: Mari Kita Menghayatinya


  1. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. (al-Qur’an)
  2. Bila anda menguasai masa, anda akan memahami kebenaran bahawa kebanyakan orang terlebih jangkaan terhadap apa yang mereka mampu capai dalam setahun dan juga apa yang mereka mampu capai dalam sedekad! (Anthony Robbins)
  3. Anda tidak akan berjumpa masa untuk sesuatu. Jika anda mahukan masa, anda mesti mencipta masa. (Charles Buxton)
  4. Mereka yang teruk dalam mengurus masa sentiasa mengeluh bahawa mereka kesuntukan masa. (La Bruyere)
  5. Tiada apa milik kita kecuali masa. (Geothe)
  6. Mereka yang memiliki masa memilii segalanya. (Benjamin Disraeli)
  7. Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini. (Pepatah Cina)
  8. Masa ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita (Dalam peperangan) (Pepatah Arab)
  9. Anda sentiasa menangguh, tetapi masa tidak berbuat demikian. (Benjamin Franklin)
  10. Masa yang hilang tidak akan ditemui lagi. (Benjamin Franklin).

Khamis, November 19, 2009

WaNg BukAn SegALanYa...

Dengan wang anda hanya boleh membeli tilam yang tebal,Belum tentu kenyenyakan tidur

Dengan wang anda hanya boleh membeli buku,Belum tentu kebijaksanaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli makanan,Belum tentu kepuasan selera

Dengan wang anda hanya boleh membeli ubat,Belum tentu kesihatan

Dengan wang anda hanya boleh membeli rumah,Belum tentu kekeluargaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli tubuh badan,Belum tentu cinta

Dengan wang anda hanya boleh membeli perhiasaan,Belum tentu kecantikan

Dengan wang anda hanya boleh membeli pangkat,Belum tentu kehormatan

Dengan wang anda hanya boleh membeli hiburan,Belum tentu kegembiraan

Dengan wang anda hanya boleh membeli harta,Belum tentu kebahagiaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli populariti,Belum tentu kaliber

Dengan wang anda hanya boleh membeli kekuasaan,Belum tentu kebenaran

Dengan wang anda hanya boleh membeli agama,Belum tentu keimanan

Rabu, November 18, 2009

FIKIRKAN DAN RENUNGKANLAH...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Selasa, November 17, 2009

ADA KAH ANDA SIHAT ? ( Definisi sebenar kesihatan )

Apakah anda sihat ,? Mungkin ramai berpendapat jika kita tidak sakit, boleh ketawa,belari dan sempurna dari mata kasar adalah sihat.? Kita harus tahu kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja (WHO). Ia adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi , mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran (Dubos R., 1968).Kesihatan berkait rapat kepada siapa kita sebagai individu, bagaimana kita memberi maklum balas terhadap orang lain, persekitaran dan cabaran-cabaran kehidupan seharian.


1. Kesihatan Fizikal
Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai ketahanan terhadap sebarang
penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh. Organ tubuhnya pula dapat berfungsi
dengan baik. Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai tahap
kecergasan yang optimum dan berupaya melakukan aktiviti seharian dengan baik dan
berkesan. Deria tubunya pula mempunyai ketajaman untuk berfungsi dengan baik.


2. Kesihatan Sosial
Kesihatan sosial secara kebiasaannya merujuk kepada keupayaan individu untuk
memenuhi hubungan interpersonal. Ini bermakna beliau dapat berinteraksi dengan
individu lain, keluarga dan masyarakat dengan baik. Di samping itu juga, individu yang
mencapai tahap kesihatan sosial berupaya untuk mengadaptasi situasi-situasi sosial
yang dialaminya dalam kehidupan seharian.


3. Kesihatan Mental
Kesihatan mental merujuk kepada tahap keupayaan intelektual seseorang. Individu yang
mencapai tahap kesihatan mental yang baik berupaya untuk belajar dan berfikir secara
rasional.


4. Kesihatan Emosi
Kesihatan emosi melibatkan keupayaan individu untuk mengawal emosinya. Individu
yang mempunyai tahap kesihatan emosi yang baik berupaya menangani dan menghadapi
pelbagai tekanan hidup seharian dengan tenang dan bersahaja.


5. Kesihatan Persekitaran
Individu yang mencapai tahap kesihatan persekitaran mempunyai apresiasi yang baik
terhadap persekitaran luaran. Beliau berupaya untuk memainkan peranan yang baik
dan berkesan demi melindungi serta mempertingkatkan keadaan persekitaran.


6. Kesihatan Rohani
Kesihatan rohani biasanya dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian seperti falsafah
hidup, kepercayaan dan keyakinan diri. Individu yang mencapai tahap kesihatan rohani
ini mempunyai kesedaran dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang positif.
Individu yang benar-benar sihat bukan sahaja bebas daripada penyakit atau cacat cedera
malah beliau juga sihat dari segi fizikal, sosial, mental, emosi, persekitaran dan rohani.
Inilah yang dikatakan konsep kesihatan menyeluruh. Apabila individu telah mencapai
tahap kesihatan menyeluruh maka ia seterusnya akan mencapai kesejahteraan hidup.

BEZA ANTARA REHAT, ISTIREHAT DAN KESENGGANGAN (PJK T 4)

Manusia memerlu rehat di dalam setiap aktiviti. Rehat adalah penting dan ia sering kali dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.Kita sering menganggap bahawa rehat yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini terdapat banyak definisi tentang berapa jumlah masa untuk
rehat yang baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang rehat, kita harus faham bahawa rehat memerlukan kualiti. Maksudnya kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu rehat pada petang selama 3 jam dan waktu malam 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu rehat dengan berkesan.

Definasi dan Konsep

Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti
fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan,
menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat
bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau
permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita
boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.


Istirehat ialah satu tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak
aktif (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Mendengar muzik,
melukis atau tidur sejenak bolehlah dianggap sebagai beristirehat. Masa beristirehat
kita berasa amat tenang dan semasa istirehat juga, kita dapat melegakan ketegangan
dan stres. Setiap hari badan dan otak kita memerlukan istirehat.


Kesenggangan ialah waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari.
(Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan) Biasanya waktu terluang ini
diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan badan dan otak. Akan tetapi, sesetengah
orang lebih gemar mengisi waktu senggangnya dengan aktiviti yang proaktif seperti
melukis, mengubah lagu, menanam dan menyiram pokok bunga dan sebagainya. Waktu
senggang ini boleh juga digunakan untuk memulihkan keadaan badan dan otak yang
telah penat berkerja. Iaitu dengan cara berehat atau tidur. Setiap hari kita perlu
mempunyai waktu kesenggangan yang berkualiti pada masa tertentu.

Rabu, November 11, 2009

Hidup kita cuma 3 hari

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

I ngatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dankita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN . Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.


Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT .Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...


Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.


Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini

1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... .
Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Kisah pokok semalu dan wanita moden

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Jumaat, November 06, 2009

Mengenali Tubuh Manusia (sains sukan)



STRUKTUR  ASAS TUBUH BADAN
Unit yang paling asas dalam tubuh ialah sel,yang wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ia wujud dalam protoplasma yang menyerupai agar-agar. Kumpulan sel ini bergabung  untuk melakukan fungsi tisu, manakala tisu-tisu membentuk organ-organ dan system-sistem organ seperti jantung,paru-paru,rangka dan kulit.
Sebagai jurulatih sukan, tumpuan utama instruktur kecergasan pendidikan jasmani ialah system rangka,sendi,ligament,otot dan system kardio.
Sistem Rangka
Sistem rangka ialah Tulang-tulang dalam tubuh serta sendi-sendi yang terbentuk hasil daripada cantuman tulang,  Bahan utama system ini adalah tulang, rawan dan tisu yang membentuk sel darah. Secara  ringkasnya, rangka (skeleton) manusia dibagi menjadi dua, iaitu  rangka aksial (asas tubuh) dan rangka apendikuler (anggota tubuh).

Kajian Kebaikan Solat kepada kesihatan jantung.

 kajian yang telah dilakukan oleh bahagian unit sukan Universiti Malaya ini mendapat pengiktirafan dari banyak pihak termasuk di peringkat Antarabangsa. Untuk mengikuti hasil kajian ini " sila klik link dan download ."

http://www.freedrive.com/file/1010581

Selasa, November 03, 2009

Kisah Ayam dan Lembu

Seorang kaya duduk termenung di dalam sebuah restoran. Wajahnya sugul seperti memikirkan sesuatu.

"Kenapa semua orang mengatakan aku kedekut. Padahal semua orang tahu jika aku sudah tiada lagi di dunia nanti, aku akan memberikan semua harta kekayaanku kepada badan-badan kebajikan!" kata orang kaya tersebut kepada seorang pelayan.

Pelayan terdiam sejenak dan kemudian berbicara,"Akan saya ceritakan kepada tuan tentang kisah ayam dan lembu," Lalu dia pun bercerita..

Pada zaman dahulu, terdapat sekumpulan ayam dan lembu di sebuah ladang. Lembu begitu popular dan disenangi, sedangkan sang ayam tidak sama sekali. Perkara ini menghairankan sang ayam. Ia berasa cemburu dengan sang lembu.

Ia berkata kepada sang lembu, "Semua orang berkata begitu manis tentang dirimu dan mereka menganggap kamu murah hati, kerana setiap hari kamu memberi mereka krim dan susu. Tapi bagaimana dengan aku? Aku memberikan semua yang aku punya. Aku memberikan manusia dagingku. Aku turut memberikan mereka bulu-buluku. Bahkan mereka memasak dan membuat sup dengan kakiku untuk kesihatan. Tidak ada haiwan yang berbakti sebegitu banyak seperti itu. Kenapa aku masih tidak dihargai?"

"Adakah tuan tahu apa jawapan sang lembu?,"tanya si pelayan itu kepada orang kaya tersebut. Orang kaya yang mendengar cerita itu dengan penuh minat hanya menggeleng kepala.

"Sang lembu berkata tenang, "Mungkin kerana aku memberikannya sewaktu aku masih hidup..."

Moral:

Berbuatlah kebajikan sementara kita masih hidup dan sihat. Jangan menunggu tika kita sudah meninggal dunia, baru mengharapkan orang lain utk berbuat kebajikan atas nama kita..

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda