Sabtu, Februari 05, 2011

khasiat Limau Nipis



BAU MASAM...KETIAK SIAPA BUSUK? EH! Bau ketiak siapa ni... Masamnya...
Bagaimana mengatasi bau ketiak yang tidak menyenangkan ini?
Mudah saja. Sediakan sebiji limau nipis. Potong dua dan sapukan kapur sirih pada permukaan limau.
Setelah anda mandi, sapukan limau berserta kapur sirih itu pada kedua-dua belah ketiak anda.
Biarkan kira-kira setengah jam, kemudian bersihkan. Separuh lagi limau boleh digunakan untuk mandi petang pula.
Lakukan begini setiap lepas mandi pagi dan petang. Insya-Allah, bau masam pada ketiak anda itu akan hilang.

Rabu, Februari 02, 2011

Bola..bola jugak beb!!!


Berhati-hati pilih jersi pasukan bola!!






Islam beri panduan berpakaian termasuk larangan guna lambang agama lain

RAMAI meminati pasukan bola sepak tertentu dan sokongan dizahirkan dengan memiliki jersi pasukan berkenaan. Namun, disebabkan terlalu minat dan ingin dilihat sebagai sebahagian daripada pasukan terkenal itu, ada antara kita terlepas pandang beberapa aspek yang perlu dipelihara.
Ini termasuk soal pemilihan pakaian menurut Islam hingga jersi yang mempunyai simbol keagamaan seperti lambang salib kita pakai ke sana sini sehingga membawa ke tikar solat.
Menurut Ibn Abbas seperti dinukilkan daripada Tafsir Ibn Kathir, orang pertama memperkenalkan seksaan ke atas manusia dengan kaedah menyalib ialah Firaun. Sehingga pada zaman Nabi Isa, ia dipercayai oleh orang Yahudi dan Nasrani bahawa Nabi Isa disalib.

Rentetan peristiwa itu, maka salib dijadikan lambang keagamaan bagi Nasrani. Disebabkan itu juga, antara tugas yang akan dilaksanakan dengan kebangkitan Isa al-Masih pada akhir zaman ialah menghancurkan salib.

Khamis, Januari 20, 2011

LAWAK HARI THAIPUSAM............bilik Hotel.



Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.


hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda