Membaling dan Menangkap Bola
Membaling Bola
1. Cara Menggenggam bola:
- Bola digenggam dengan menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan ibujari.
- Jari manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola.
- Seboleh-bolehnya bola hendaklah tidak menyentuh tapak tangan.
2. Cara Melakukan Balingan:
- Balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah di atas bahagian diafram dan di bahagian muka penerima bola.
- Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki yang bertentangan dengan tangan yang digunakan untuk membaling bola ke hadapan.
- Lentikkan pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan siku berada separas dengan bahu ke arah belakang.
3. Sentiasa
membuat balingan, kepirkan (snap) bola dengan pantas. Berat badan
hendaklah diubah ke kaki hadapan untuk mengimbang pergerakan tangan.
4. Pergerakan
membaling hendaklah diteruskan dengan ikut lajak selepas bola dibaling.
Mata hendaklah memandang pergerakan bola ke sasaran. (Fasa ini sangat penting untuk menentukan bola dibaling menuju tepat ke sasaran).
Menangkap Bola
Menangkap bola adalah merupakan satu kemahiran penting dalam permainan ini. Pemadang
hendaklah ingat bahawa bola yang akan ditangkap datangnya daripada
berbagai keadaan dan arah yang berlainan seperti deras, perlahan, leret,
tinggi dan melantun.
Seorang pemadang perlu ingat bahawa bola hendaklah ditangkap dalam poket sarung tangan (untuk mematikan pemukul). Seorang
pemadang tidak digalakkan menadahkan sarung tangan ke atas untuk
menangkap bola kerana bola yang ditangkap boleh terlucut dan
mencederakan muda dan badannya.
- Persediaan Menangkap Bola: Pemadang hendaklah sentiasa bersedia dengan sarung tangan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan atau pertandingan.
- Untuk menangkap bola yang melayang tinggi, pemadang yang berhampiran dengan bola hendaklah meneriak dengan terang bahawa dia akan menangkap bola tersebut).
- Gunakan sarung tangan untuk menangkap bola dan pastikan ia selamat dengan menggunakan tangan melempar. Lindungan tangan melempar tersebut akan menyelamatkan bola dari melantun keluar dan balingan dapat dilakukan dengan cepat.
- Pemadang hendaklah membiasakan dirinya mengeluarkan dan membaling dengan cepat bola yang telah ditangkap. Gerakan menangkap dan membaling adalah satu gerakan yang bersambungan.
- Cara menangkap bola:
- Tangan yang memakai sarung tangan hendaklah sentiasa berada di depan badan. Semasa menangkap bola, pemadang mestilah menadah sarung tangan tepat ke arah bola, bagi tangkapan di atas pinggang.
- Untuk menangkap bola pada paras pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah berada di sisi pemain.
- Jika bola yang dibaling menuju ke bahagian bawah pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah diletakkan dan diarahkan ke bawah.
- Untuk menangkap bola leret, jari-jari sarung tangan hendaklah diarahkan ke bawah hingga mencecah tanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan