Memaparkan catatan dengan label anatomi... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anatomi... Papar semua catatan

Sabtu, Januari 05, 2013

ARAS ORGANISASI OTOT RANGKA

Aras organisasi otot rangka terbahagi kepada lima struktur iaitu keseluruhan otot (organ), gentian otot (sel), miofibril (struktur intrasel khusus), filamen tebal dan filamen nipis (elemen sitorangka) dan miosin dan aktin (protein).


Otot rangka
Otot rangka mempunyai banyak gentian otot yang terletak selari sesama sendiri dan diberkas oleh tisu penghubung.

Gentian otot
Gentian otot biasanya panjang dan merentasi keseluruhan panjang otot. Gentian otot terbentuk disebabkan pelakuran banyak sel yang kecil semasa perkembangan embrio. Gentian otot merupakan satu sel otot yang mempunyai berbilang nukleus dan kehadiran banyak mitokondria iaitu organel yang menjana tenaga yang diperlukan untuk pengecutan otot. Gentian otot juga mengandungi banyak miofibril yang berbentuk silinder (1μm diameter) dan terdiri daripada 80% isipadu gentian otot. Selain itu gentian otot terlibat secara langsung dengan pengecutan otot.

Miofibril
Setiap miofibril mengandungi elemen sitorangka yang terdiri daripada filamen tebal dan filamen nipis.

Sabtu, Jun 26, 2010

KOMPONEN SISTEM RANGKA.

Komponen Sistem Rangka
  • Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, kartilej dan sendi. 
  • Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum.

 Ligamen
  • Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau
    lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen memberi
    sokongan dan kekuatan kepada sendi.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda