Pendidikan Pergerakan merupakan satu bidang yang sangat luas dalam Pendidikan Jasmani. Oleh kerana pendedahan mengenainya tidak begitu berkembang dikalangan guru-guru pendidikan jasmani sekolah menengah, maka bidang ini ditinggalkan begitu sahaja.
Pendidikan Pergerakan melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat dan mengawal badan. Semua pergerakan adalah hasil daripada satu atau kombinasi beberapa pergerakan asas ini.
Tujuan pendidikan pergerakan ini adalah untuk melatih pelajarnya agar mereka mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu aksi dengan menggunakan daya tenaga yang minimum. Ia juga bertujuan membolehkan pelajar menyedari perkaitan antara pergerakan-pergerakan dengan tubuh badan, ruang, masa, beban, daya, ritma, aliran dan kesinambungan pergerakan.
Pendidikan Pergerakan mempunyai 4 faktor yang saling bergantung antara satu sama lain terutamanya dalam proses mencipta satu rangkaian pergerakan agar kelihatan licin, teratur dan menarik. Faktor-faktor tersebut ialah Kesearan Tubuh Badan, Kawalan Berat Badan, Masa dan Aliran.
Terdapat 8 daya asas dalam pendidikan pergerakan iaitu daya sentakan (flick), daya memedap (dab), daya berapung (float), daya meluncur (glide), daya menolak (thrust), daya menekan (press), daya mengelar (slash) dan daya memerah (wring).
Pergerakan Kreatif
Pergerakan Kreatif ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Ia memberi keutamaan kepada keempat-empat unsur asas pengenalan iaitu ruang, rasa, tubuh badan dan tenaga.
Keempat-empat unsur ini merupakan perbendaharaan pergerakan untuk memeudahkan remaja berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui pergerakan.
Objektif utama pendidikan pergerakan kreatif ialah :
1. Memberi pengalaman pergerakan yang akan memperkembangkan daya cipta kreatif
2. Memberi kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan dalam penggunaan tubuh badan sebagai alat pencurahan perasaan dan idea.
3. Menanam ciri-ciri pengucapan dan pencurahan perasaan individu serta semangat berkumpulan dalam pergerakan
4. Memperkembangkan imaginasi pergerakan
5. Menyuburkan ritma semulajadi sebagai satu daya kreatif
6. Mengembangkan perasaan terhadap unsur-unsur pergerakan iaitu daya, masa dan ruang.
7. Memperkembangkan perasaan untuk perkaitan pergerakan kreatif terhadap rangsangan bunyi (muzik, suara) dan visual (design)
Gimnastik Pendidikan.
Gimnastik Pendidikan adalah satu bidang aktiviti yang kreatif serta memberi kepuasan dan mempunyai manfaatnya tertentu. Pelajar dapat mencipta rangkaian-rangkaian pergerakan dengan atau tanpa alat hanya dengan memepelajari gimnastik pendidikan.
Bagaimanapun, suasana selamat harus disediakan serta bimbingan, sokongan dan rangsangan perlu diberi setiap masa kepada pelajar agar mereka boleh mencipta dan mengubahsuai. Pelajar juga hasrus disedarkan bahawa semua pergerakan adalah berkait antara satu sama lain dalam rangkaian yang licin dan efisien.
Pelajar adalah dibenarkan melakukan apa yang mereka yakin di dalam kemampuan mereka. Mereka tidak harus dipaksa atau digertak untuk melakukan perkara diluar kemampuan mereka.
Ruang juga penting kerana pelajar mesti berkeyakinan bahawa mereka dapat bergerak dengan bebas dan tidak terasa diri mereka diperhati atau dihalang oleh apa jua halangan yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kerisauan.
Atas sebab keselamatan dan untuk mengelak berlakunya kecwederaan seperti terhantuk, tidak boleh digunakan untuk memberi alas yang selamat serta membina keyakinan pelajar.
Gimnastik Irama
Gimnastik Irama ialah suatu pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma pergerakan berkoordinasi dan bersifat estetik tanpa atau dengan alatan secara licin dan berterusan.
Pergerakan dalam gimnastik irama lebih menggunakan peralatan tertentu seperti bola, gelung, tali, riben dan belantan. Dengan menggunakan alatan tersebut, pelbagai pergerakan dapat dicipta. Antaranya melantun, melambung, menyambut, menggolek, memutar, helikopter, aksi angka 8, skip, aksi ular dan banyak lagi.
Gimnastik Artistik
Gimnastik Artistik merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran secara formal dan terancang. Ia menggunakan teknik dan gaya pelaksanaan sesuatu kemahiran pergerakan adalah khusus.
Aktiviti utama yang ditekankan dalam gimnastik artistic ialah ketangkaasn, lombol dan imbangan. Dalam aktiviti ketangkasan, antara yang diperkenalkan ialah guling depan, guling balak, guling belakang dan banyak lagi. Manakala pergerakan asas bagi aktiviti lombol ialah lombol bujur lalu, lombol kangkang, lombol hamburan kepala dan lombol hamburan tangan. Imbangan asas yang dipelajari ialah imbangan kepala, imbangan tangan, imbangan bahu, imbangan harimau dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan