Memaparkan catatan dengan label kemahiran sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemahiran sukan. Papar semua catatan

Jumaat, April 11, 2014

KEMAHIRAN ASAS SOLFBALL (PITCHING )

Pitching

Pitcher dan Catcher adalah merupakan tulang belakang kepada sesuatu pasukan.  Kejayaan sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya sesuatu perlawanan.  Oleh sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang lebih untuk menang.
Oleh sebab yang demikian, pitcher hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap permainan serta mengambil masa yang lebih dalam melakukan latihan pitching serta bersungguh-sungguh pada setiap sesi latihan.
Gaya Pitching
Terdapat dua gaya pitching iaitu:
1.        Gaya Ayunan (Slingshot).
2.       Gaya Kipas angin (Windmill).
Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gaya yang biasa digunakan oleh kebanyakan pitcher.  Gaya ini lebih pantas kerana momentum terbentuk daripada lakaran yang lebih besar.
Cara Melakukan Pitching

KEMAHIRAN ASAS SOLFBALL (MEMADANG)

memadang (Pertahanan)

Dalam permainan sofbol, pasukan yang bertahan, dikenali sebagai pemadang yang terdiri daripada 9 orang pemain.  Pemadang mestilah berusaha mematikan tiga orang penyerang (pemukul) untuk membolehkan mereka mendapatkan giliran memukul.  Oleh sebab itu, setiap pemadang mestilah mempunyai kemahiran menangkap dan membaling bola dengan cepat dan tepat.
1.  Tugas pemadang:
             -  Pitcher -  pitching bola dengan baik.
                               -  membantu pemadang bes 2, 3 dan catcher jika bola melayang jauh.
             -  catcher  -  memberi panduan dan sokongan kepada pitcher.
                                - menangkap dengan kemas setiap pitching yang dibuat oleh pitcher.
-  menjadi benteng pertahanan terakhir untuk mematikan pelari daripada mendapatkan mata.
           -  pemadang bes 1 -  menerima semua balingan yang diarahkan ke bes 1.
                                        -  mengambil tindakan serta merta terhadap bola tampanan.
                                       -  member sokongan kepada catcher kepada bola balingan jauh.
          -  pemadang bes 2   -  bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 2.

KEMAHIRAN SOFBALL (LARIAN BASE)

Larian Bes

Sofbol adalah satu permainan yang pantas dan merupakan pertandingan di antara kederasan berlari dan kelajuan pihak pemadang membaling.  Oleh sebab itu, tindakan dan gerakan semasa melakukan larian bes hendaklah pantas dan tepat.
1. Selepas melakukan pukulan, pemukul perlulah dengan pantas berlari ke bes pertama, kedua, ketiga dan plet rumah mengikut urutan dengan memijak setiap bes yang dilaluinya, selagi ia tidak dipaksa berhenti di salah satu bes atau plet rumah atau dimatikan atau disentuh (tagging).
2.  Pelari boleh terlajak dari bes pertama setelah memijaknya tetapi hendaklah terus berlari ke hadapan atau membelok ke kanan.  Jika pelari membelok ke arah kiri (ke arah bes kedua), ia dianggap sebagai melakukan cubaan untuk maju atau meneruskan larian ke bes kedua.  Pelari boleh disentuh (tag) oleh pemadang.
3.  Pelari di bes pertama, kedua dan ketiga boleh mara ke hadapan selepas balingan dilakukan (picth) iaitu sebaik sahaja boleh dikeluarkan daripada tangan pembaling (picther) dengan kemungkinan disentuh mati (tag).
4.  Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak yang luasnya tiga kaki melainkan jika ia hendak mengelak dari bertembung dengan pemadang.
5.  Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke bes asalnya (bes sebelum ia melakukan larian) jika ia ragu-ragu untuk sampai ke bes hadapan.

KEMAHIRAN ASAS SOFBALL (MEMUKUL)

Memukul

Di antara kemahiran-kemahiran dalam permainan sofbol, kemahiran memukul adalah salah satu kemahiran yang paling sukar dilakukan.  ‘Pitcher’ akan cuba membaling bola sederas mungkin agar bola yang dibaling gagal untuk dipukul oleh pemukul.
Bagi mengelakkan bola yang dipukul berjaya ditangkap oleh pemadang, pemukul haruslah melakukan pukulan sekuat mungkin ke dalam kawasan permainan dalam keadaan yang sukar untuk dicapai oleh pemadang.
Oleh yang demikian, kemahiran ini memerlukan latihan yang kerap bagi memastikan setiap pukulan yang dilakukan berkesan.  Kelemahan yang ketara bagi sesetengah pasukan ialah memberi latihan yang lebih kepada kemahiran memadang tetapi tidak kepada latihan kemahiran memukul.
Pemukul mestilah menumpukan perhatian kepada bola yang akan dibaling kerana balingan yang baik akan mencapai kelajuan 80 kmj.  Penglihatan yang baik serta kebolehan dan kepantasan bila, mana dan cara bola dibaling adalah penting.
1.  Persediaan Sebelum Memukul:
1.1.  Memegang ‘Bet’
-  Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan di mana jari memegang keliling pemegang bet.  Ruas-ruas jari hendaklah selari.  Genggaman hendaklah tidak terlalu ketat tetapi kukuh.
1.2  Gaya Dirian
-  Berdiri dengan kedua-dua kaki selari menghadap plet rumah.  Jarak bukaan kaki adalah mengikut jarak bahu.  Berat badan hendaklah diletakkan pada kedua-dua belah kaki.
2.  Langkah-langkah Memukul
2.1  Berdiri dengan betul dengan membawa tangan ke sisi muka.  Pandangan hendaklah ke arah pembaling bola.  Kedudukan bola hendaklah melebihi paras bahu.
2.2  Pergerakan pinggang hendaklah serentak dengan hayunan bet serta kaki depan digerakkan ke arah pembaling bola.
2.3  Bila kaki hadapan memijak tanah, pangkal peha hendaklah dipusingkan bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola.

ASAS PERMAINAN SOLFBALL PART 1

Padang Sofbol

Definisi:  Padang permainan Sofbol adalah kawasan di mana bola boleh dimainkan dan dipadangkan secara sah.  Sesuatu bola dianggap di luar padang permainan bila ia menyentuh tanah, orang atau objek yang berada di luar kawasan permainan itu.

Jika semasa permainan sedang berjalan, didapati jarak antara bes atau jarak picing adalah salah, kesalahan ini hendaklah dibetulkan pada permulaan ining yang lengkap berikutnya dan permainan itu diteruskan.

Berikut adalah pelan lakaran asas bagi padang sofbol untuk panduan anda:


 

SOFBALL

SEJARAH SOFBALL DI MALAYSIA

Pada mulanya, sofbol hanya dimainkan oleh mubaligh-mubaligh Amerika (1939) di ACS Kampar, Perak sebagai satu sukan rekreasi.

Kemudiannya bila berlaku Perang Dunia Kedua, permainan sofbol terhenti. Namun tentera Jepun yang menggemari sukan ini telah meneruskannya dengan menggunakan bola tenis.


Pada tahun 1960, Jack Robinson telah mengadakan klinik Sofbol di seluruh Tanah Melayu bagi menghidupkan kembali sukan ini.

Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, namun sukan ini masih belum mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negeri-negeri lain.

Penghujung tahun 1960-an, negeri Selangor, Perak dan juga Pulau Pinang mengambil langkah proaktif dalam mempopularkan sukan sofbol  di negeri masing-masing. 
 
Sejarah sofbol Malaysia di cikguhailmi.blogspot.com 

Sabtu, Jun 15, 2013

PERATURAN ASAS & UNDANG -UNDANG PERMAINAN BOLA BALING

UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA BALING

1. Gelanggang permainan
     Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan gol atau garisan 6 meter adalah merupakan garisan paling penting. Semua pemain kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol. Tiang gol adalah 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Pemain boleh mendarat dirat di dalam kawasan gol selepas menjaringkan gol..
2.Bola
     Bola saiz 2 digunakan untuk kumpulan wanita dan kumpulan lelaki bawah umur 12 tahun. Bola saiz 3 digunakan untuk kumpulan lelaki 15 tahun ke atas. Bola saiz 1 digunakan untuk permainan bola baling mini bagi kumpulan umur 8 tahun ke bawah.  
 
3.Bilangan pemain
     Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk.

ASAS CARA BERMAIN HANDBALL

CARA BERMAIN

Pasukan bola baling dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mengandungi 6 pemain gelanggang dan seorang penjaga gol serta 5 orang pemain ganti. Objektif permainan ini ialah menjaring seberapa banyak gol ke dalam gol lawan dalam masa yang ditetapkan dalam pertandingan itu.

Tiang gol permainan bola baling berukuran 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Masa permainan untuk kumpulan umur 16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa dengan masa rehat sebanyak 10 minit. Untuk kumpulan 12 hingga 16 tahun, masa permainan adalah 25 minit untuk setiap separuh masa dan 10 minit rehat. Untuk kumpulan umur 8 hingga 12 tahun, masa permainan adalah 20 minit untuk setiap separuh masa dan 10 minit rehat.

SEJARAH BOLA BALING (HANDBALL)

SEJARAH BOLA BALING


Bola baling merupakan gabungan daripada berberapa kemahiran asas bola jaring, bola keranjang dan bola sepak, kini mulai mendapat pengiktirafan sebagai salah satu permainan bertaraf antarabangsa yang diminati. Bola baling sudah menjadi permainan yang setanding dengan permainan-permainan lain dari segi popularitinya.

Permainan bola baling dipercayai bermula pada masa perang dunia pertama yang dikenali sebagai Torball   Pada tahun 1917 bilangan pemainnya ditingkatkan daripada tujuh orang kepada sebelas orang.   Bola baling dimainkan di padang bola sepak dengan menggunakan bola sepak.   Orang yang bertanggungjawab kepada penciptaan pemainan ini ialah seorang guru sukan Jerman bernama Heizer.  Bola ini kemudiannya dikenali sebagai Handball atau bola baling.

Pada tahun 1936, permainan bola baling ini telah dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang dilangsungkan di Berlin.  Pada tahun 1938 disebabkan masalah cuaca dan salji yang meliputi padang permainan hampir sepanjang tahun di negara-negara Eropah Timur, mereka telah mengubahsuai permainan ini untuk dimainkan di dalam dewan.   Bilangan dikurangkan  menjadi 7 (tujuh) orang sepasukan dan gelanggang permainan juga turut dikecilkan.  Pertandingan pertama menggunakan format ini ialah diKejohanan Dunia Pertama di Jerman pada tahun 1938.

Sabtu, Januari 05, 2013

PENDIDIKAN PERGERAKAN

Apakah pendidikan pergerakan ?

Pendidikan Pergerakan merupakan satu bidang yang sangat luas dalam Pendidikan Jasmani. Oleh kerana pendedahan mengenainya tidak begitu berkembang dikalangan guru-guru pendidikan jasmani sekolah menengah, maka bidang ini ditinggalkan begitu sahaja.
Pendidikan Pergerakan melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat dan mengawal badan. Semua pergerakan adalah hasil daripada satu atau kombinasi beberapa pergerakan asas ini.



Tujuan pendidikan pergerakan ini adalah untuk melatih pelajarnya agar mereka mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu aksi dengan menggunakan daya tenaga yang minimum. Ia juga bertujuan membolehkan pelajar menyedari perkaitan antara pergerakan-pergerakan dengan tubuh badan, ruang, masa, beban, daya, ritma, aliran dan kesinambungan pergerakan.
Pendidikan Pergerakan mempunyai 4 faktor yang saling bergantung antara satu sama lain terutamanya dalam proses mencipta satu rangkaian pergerakan agar kelihatan licin, teratur dan menarik. Faktor-faktor tersebut ialah Kesearan Tubuh Badan, Kawalan Berat Badan, Masa dan Aliran.
Terdapat 8 daya asas dalam pendidikan pergerakan iaitu daya sentakan (flick), daya memedap (dab), daya berapung (float), daya meluncur (glide), daya menolak (thrust), daya menekan (press), daya mengelar (slash) dan daya memerah (wring).

Khamis, Mei 03, 2012

PERATURAN & ANSUR MAJU LARI BERPAGAR

Peraturan Larian Berpagar

PERATURAN

1.    Pelari dibenarkan berlari dalam lorong masing-masing sahaja.

2. Pembatalan boleh dikenakan kepada  seseorang yang ber lari dalam keadaan berikut:

·  1. Mengheret kaki di bawah palang pagar.
   2. Melompat pagar di lorong lain.
· 3.Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara   
 sengaja.

 LATIHAN ANSUR MAJU

1. Halangan di atas tanah

a) Melangkah tali yang direntang ditanah.
b) Berlari dan melangkah batang rotan rendah.
c) Berlari dan melangkah halangan di tanah

LARI BERPAGAR (SEJARAH DAN MAKSUD)

 SEJARAH LARIAN BERPAGAR

Dalam acara lari berpagar pula, pagar yang dilalui sebenarnya, merupakan pintu kandang biri-biri. Larian pada nusa itu adalah dengan kaki hadapan bengkok.

Pada tahun 1886, Arthur Crooml' daripada England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik 1990.

Pada tahun 1896, senma acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 m. Selepas itu 100 m wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400 m pada tahun 1971.

LONTAR PELURU

Sejarah
Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat juga peluru 4.00kg .4.55.dan 5.45 kg bagi sekolah menengah,manakala bagi remaja senior seberat 7.2 kg.Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry O’Brien.


Peraturan Asas Lontar Peluru
  • Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.
  • Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.
  • Peluru mesti mendarat dalam sektor 40°.
  • Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan.
  • Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat.

Khamis, Mac 01, 2012

ANSUR MAJU LATIHAN LEMPAR CAKERA

LATIHAN ANSUR MAJU

LATIHAN 1

Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.


(a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit
(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan 

       menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini.
(c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera 

     supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir 
     melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

FASA DAN TEKNIK LEMPAR CAKERA

FASA -FASA LEMPAR CAKERA :
Secara umurnnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:
a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera
b) Fasa hayunan awalan
c) Fasa lemparan
d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

TEKNIK GAYA BERDIRI

Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90°.

Fasa 1: Persediaan
a) Pelajar berdiri dengan gaya menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah kawasan cakera mendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.
b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.

Fasa 2: Hayunan Awalan

a) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan menyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera. Lihat juga fasa 1.
b) Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan.
c) Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki.


Fasa 3: Pelemparan

a) Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan), pelajar mengilaskan badannya ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak.
b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakera dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan. Sudut lemparan atau pelepasan cakera yang dianggap sesuai adalah 30°-35°.

Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan

(a) Ketika melemparcakera, kedua-dua belah kakimenolak tanah dan diluruskan sehingga badan terangkat. Tindakan kaki ini pentinguntukmenambah daya kepada lemparan itu.
(b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan terangkat ke belakang untuk mengimbangi badan yang condong ke depan. Mata masih memerhatikan pergerakan cakera.

LEMPAR CAKERA 1

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 34.92° di hadapan bulatan.

  Faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera.Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah :
  • ketinggian,
  • kelajuan
  • sudut pelepasan cakera
  • sifat aerodinamik dengan bentuk cakera
CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA
 
Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur dengan mengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan
.

SEJARAH LEMPAR CAKERA

SEJARAH

Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan, walaupun baling lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman silam.


Lempar cakera dimasukkan ke dalam sdukan olimpik kuno di Greek. Pada masa itu, peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan padsa masa kini. Cakera yang digunakan dalam sukan olimpik moden pertama tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbventuk bulat leper dan dibaluti besi sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya nhampir 2kg, iaitu 1.923kg.


OTOT-OTOT DALAM LOMPAT JAUH

Bahagian otot yang terlibat sewaktu aktiviti lompat jauh

Pergerakan dalam acara lompat jauh lebih tertumpu kepada bahagian bawah anggota badan. Walau bagaimanapun bahagian lain badan turut berperanan untuk menghasilkan lompatan yang baik terutamanya ketika fasa penujuan dan layangan.
1. Fasa Penujuan
  • Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps.
  • Otot yang terdapat diantara tendon dan patella.
  • Vastus lateralis, vastus intermedius, vastus medialis dan rectus femoris (femur).
2. Fasa Lonjakan
  • - Otot kuadrisep.
  • - Otot di bahagian betis seperti Fibularis Longus (Fibula), Tibialis anterior (Tibia)
3. Fasa Layangan
  • - Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps.
  • - Bantu kayuhan sewaktu berada di udara. Gastrocnemius, Calcaneal

ANSUR MAJU ASAS LOMPAT JAUH

Latihan ansur maju
Menentukan kaki lonjakan – pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.

 Latihan lonjakan
  • ·Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh.
  • · Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.
  • · Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
  • · Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.
Latihan mendarat
  • · Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.
  • · Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
  • · Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).

PERATURAN ASAS LARI BERPAGAR

PERATURAN 163

1.Terdapat 10 pagar di sepanjang trek larian.
2.Pelari berlari dalam lorong masing-masing.
3.Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari dalam keadaan berikut:
  • Mengheret kaki di bawah palang pagar.
  • Melompat pagar di lorong lain.
  • Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda