Jumaat, April 11, 2014

KEMAHIRAN SOFBALL (LARIAN BASE)

Larian Bes

Sofbol adalah satu permainan yang pantas dan merupakan pertandingan di antara kederasan berlari dan kelajuan pihak pemadang membaling.  Oleh sebab itu, tindakan dan gerakan semasa melakukan larian bes hendaklah pantas dan tepat.
1. Selepas melakukan pukulan, pemukul perlulah dengan pantas berlari ke bes pertama, kedua, ketiga dan plet rumah mengikut urutan dengan memijak setiap bes yang dilaluinya, selagi ia tidak dipaksa berhenti di salah satu bes atau plet rumah atau dimatikan atau disentuh (tagging).
2.  Pelari boleh terlajak dari bes pertama setelah memijaknya tetapi hendaklah terus berlari ke hadapan atau membelok ke kanan.  Jika pelari membelok ke arah kiri (ke arah bes kedua), ia dianggap sebagai melakukan cubaan untuk maju atau meneruskan larian ke bes kedua.  Pelari boleh disentuh (tag) oleh pemadang.
3.  Pelari di bes pertama, kedua dan ketiga boleh mara ke hadapan selepas balingan dilakukan (picth) iaitu sebaik sahaja boleh dikeluarkan daripada tangan pembaling (picther) dengan kemungkinan disentuh mati (tag).
4.  Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak yang luasnya tiga kaki melainkan jika ia hendak mengelak dari bertembung dengan pemadang.
5.  Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke bes asalnya (bes sebelum ia melakukan larian) jika ia ragu-ragu untuk sampai ke bes hadapan.

KEMAHIRAN ASAS SOFBALL (MEMUKUL)

Memukul

Di antara kemahiran-kemahiran dalam permainan sofbol, kemahiran memukul adalah salah satu kemahiran yang paling sukar dilakukan.  ‘Pitcher’ akan cuba membaling bola sederas mungkin agar bola yang dibaling gagal untuk dipukul oleh pemukul.
Bagi mengelakkan bola yang dipukul berjaya ditangkap oleh pemadang, pemukul haruslah melakukan pukulan sekuat mungkin ke dalam kawasan permainan dalam keadaan yang sukar untuk dicapai oleh pemadang.
Oleh yang demikian, kemahiran ini memerlukan latihan yang kerap bagi memastikan setiap pukulan yang dilakukan berkesan.  Kelemahan yang ketara bagi sesetengah pasukan ialah memberi latihan yang lebih kepada kemahiran memadang tetapi tidak kepada latihan kemahiran memukul.
Pemukul mestilah menumpukan perhatian kepada bola yang akan dibaling kerana balingan yang baik akan mencapai kelajuan 80 kmj.  Penglihatan yang baik serta kebolehan dan kepantasan bila, mana dan cara bola dibaling adalah penting.
1.  Persediaan Sebelum Memukul:
1.1.  Memegang ‘Bet’
-  Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan di mana jari memegang keliling pemegang bet.  Ruas-ruas jari hendaklah selari.  Genggaman hendaklah tidak terlalu ketat tetapi kukuh.
1.2  Gaya Dirian
-  Berdiri dengan kedua-dua kaki selari menghadap plet rumah.  Jarak bukaan kaki adalah mengikut jarak bahu.  Berat badan hendaklah diletakkan pada kedua-dua belah kaki.
2.  Langkah-langkah Memukul
2.1  Berdiri dengan betul dengan membawa tangan ke sisi muka.  Pandangan hendaklah ke arah pembaling bola.  Kedudukan bola hendaklah melebihi paras bahu.
2.2  Pergerakan pinggang hendaklah serentak dengan hayunan bet serta kaki depan digerakkan ke arah pembaling bola.
2.3  Bila kaki hadapan memijak tanah, pangkal peha hendaklah dipusingkan bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola.

ASAS PERMAINAN SOFBALL ( MEMBALING DAN MENANGKAP)

Membaling dan Menangkap Bola

Membaling Bola

1.  Cara Menggenggam bola:

  • Bola digenggam dengan menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan ibujari.
  • Jari manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola. 
  •  Seboleh-bolehnya bola hendaklah tidak menyentuh tapak tangan.

2. Cara Melakukan Balingan:
  •  Balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah di atas bahagian diafram dan di bahagian muka penerima bola.
  • Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki yang bertentangan dengan tangan yang digunakan untuk membaling bola ke hadapan.
  •  Lentikkan pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan siku berada separas dengan bahu ke arah belakang.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda