Sabtu, Jun 15, 2013

Interpersonal dalam sukan kanak-kanak

Faktor Personal Yang Mempengaruhi Penglibatan Kanak-kanak

Menurut Mohd Jafius Bahari, faktor interpersonal juga akan mempegaruhi penglibatan seseorang pelajar dalam aktiviti sukan. Sebagai contoh, Alan ingin main badminton tetapi semua rakannya ingin bermain bola sepak. Maka, dia akan mengalami kesulitan mencari rakan yang ingin bermain badminton dengannya dan seterusnya akan menyebabkan dia jarang mengikuti aktiviti sukan. Faktor interpersonal yang lain termasuklah tekanan kebimbangan budaya, sikap keagamaan , serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.
            Pelajar yang selalu didenda oleh guru akan berasa takut terhadap guru sukan tersebut menyebabkan mereka berhenti untuk belajar dan berpretasi baik semasa p&p. Dendaan yang tidak bersesuaian apabila dikenakan kepada pelajar akan menyebabkan gangguan emosi yang akan menjejaskan kecergasannya. Pelajar yang selalu didenda akan bertindak agresif dan cenderung melakukan keganasan dan vandalisme
            Gejala pelajar tidak memakai pakaian sukan semasa pengajaran dan pembelajaran PJK sering berlaku. Segelintir pelajar lupa, tidak suka atau sengaja tidak berpakaian sukan semasa menghadiri kelas pjk. Penekanan peraturan dan pengawalan pakaian yang longgar semasa Pendidikan jasmani menyebabkan pelajar tidak peduli akan akibatnya.

Kesediaan untuk melibatkan diri dalam sukan
Malina (1988) menjelaskan bahawa kesediaan sebenarnya merujuk kepada satu tahap di mana seseorang individu sudah bersedia dari segi kematangan serta kemahiran yang membolehkan mereka berjaya dalam aktiviti yang diceburi. Terdapat persamaan di antara tumbesaran kanak-kanak, kematangan serta tugasan atau tuntutan aktiviti berkenaan. Jadi dapat kita rumuskan , kayu ukur bagi tahap kesediaan ini berdasarkan kemampuan minimum kanak-kanak dalam melaksanakan kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti tersebut.
Faktor-faktor kesediaan
Terdapat tiga faktor utama yang telah dikenal pasti sebagai faktor utama yang menentukan tahap kesediaan penyertaan kanak-kanak dalam sukan. Yang pertama kematangan, pembelajaran dan motivasi, kesemua faktor ini berkait rapat di antara satu sama lain.
Kematangan merupakan faktor terpenting yang menentukan bila sesuatu kemahiran boleh didedahkan kepada kanak. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum (Bee 1995; Rohani 2001). Kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor intrinsik, terutamanya gen, iaitu bahan kimia terkandung dalam nukleus setiap sel.
Pembelajaran pula menurut Moh. Surya (1997) : “belajar dapat diartikan sebagai suatu proses yang dilakukan oleh individu untuk memperoleh perubahan perilaku baru secara keseluruhan, sebagai hasil dari pengalaman individu itu sendiri dalam berinteraksi dengan lingkungannya”. Witherington (1952) : “belajar merupakan perubahan dalam kepribadian yang dimanifestasikan sebagai pola-pola respons yang baru berbentuk keterampilan, sikap, kebiasaan, pengetahuan dan kecakapan”.
Motivasi pula didefinisikan sabagai arah merujuk kepada tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi, Sage(1977). Wann (1977) sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu dalam usaha mengarah serta mengekalkan kelakuan yang diingini. Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik.
Sebab-sebab keciciran dari aktiviti sukan
Kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti sukan kerana perbagai sebab serta untuk memenuhi perlbagai keperluan. Bagaimana pun, penglibatan mereka dalam aktiviti sukan tidak kekal lama kerana motif mereka sering berubah. Inilah di antara punca yang menyebabkan keciciran dalam sukan. Kadar keciciran kanak-kanak dalam aktiviti sukan di Amerika Syarikat di antara umur 10-17 tahun telah meningkat sebanyak 80%(Roberts,1993). Ini kerana kehendak mereka yang sentiasa berubah-ubah itu tidak dapat dipenuhi. Berdasarkan kajian, terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan keciciran dalam aktiviti sukan iaitu perbandingan komparatif, persepsi tentang kekurangan kemampuan dan tahap intrinsik yang rendah serta stress pertandingan (Anshel,1997).
1.    Perbandingan komparatif bermaksud membandingkan diri dari segi kemampuan motor dengan orang lain, dan ini sering dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat usia 7 hingaa 12 tahun (Scanlan,1988) – oleh kerana kekurangan pengalaman serta kurangnya penglibatan dalam aktiviti sukan pada usia yang muda, kanak-kanak ini terpaksa menggunakan perbandingan komparatif sebagai kayu ukur status kemahiran motor mereka. Sebagai perbandingan, jika kemahiran yang ingin dilakukan boleh dilakukan oleh ramai kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran motor individu tersebut bolehlah dianggap sebagai sama dengan orang lain. bagaimanapun, jika kemahiran yang ingin dilakukan hanya boleh dilakukan oleh beberapa orang kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran motor individu ini boleh dianggap tinggi.Perbandingan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, oleh sesiapa pun dan dalam perbagai situasi. Dalam konteks sukan, yang biasanya dimainkan dalam keadaan terbuka, maklum balas dari penonton, jurulatih, ibu bapa serta rakan-rakan terbabit. Maklum balas yang diberikan sama ada secara verbal atau bukan lisan memberikan kesan yang positif dan juga negatif kepada kanak-kanak tersebut. Input yang diberikan secara lisan seperti kata-kata semangat dan pujian merupakan rangsangan positif, manakala ejekan, celaan serta komen yang pedas merupakan rangsangan yang negatif, begitu juga maklum balas lisan ini dapat dilihat dan yang didengarinya. Kesan inilah yang menyebabkan mereka ingin meneruskan penglibatan atau menarik diri dari sukan. Justeru itu, tanggungjawab kita yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak ini memastikan mereka merasai kesan “kejayaan” ketika melibatkan diri serta  memenuhi keperluan lain seperti motivasi, pengiktirafan atau persepsi kemampuan diri yang positif.
2.    Persepsi tentang kekurangan kemampuan diri juga merupakan salah satu sebab kanak-kanak menarik diri dari aktiviti sukan- Ini adalah kerana mereka mengatribukan kegagalan kepada kekurangan dari segi kemampuan diri mereka. Justeru itu, apalah gunanya meneruskan penglibatan dalam aktiviti tersebut jika mereka sudah tahu bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan untuk berjaya dalam aktiviti tersebut.ika dilihat dari peringkat awal penglibatan kanak-kanak dalam sukan sekitar usia 6 hingga 10 tahun, faktor kejayaan dikaitkan dengan kemampuan menamatkan atau melaksanakan tugasan tersebut dengan sempurna. Contohnya, kemapuan menamatkan larian 50 meter dianggap sebagai satu kejayaan. Bagaimanapun, semakin usia meningkat, kayu ukur kejayaan dinilai berdasarkan perbandingan dan pengikirafan sosial. Justeru itu pengiktirafan dari individu yang signifikan seperti ibu bapa, jurulatih serta rakan sepasukan menjadi pemangkin kepada tindakan untuk meneruskan atau menarik diri dari sukan. Dengan pertamahan pengalaman, kanak-kanak ini mendapati bahawa pengiktirafan dari jurulatih adalah penting kerana peluang untuk bermain hanya akan ditentukan oleh jurulatih,  kanak-kanak tersebut terpaksa “berusaha” dengan lebih gigih lagi. Akhirnya, usaha menjadi kriteria kejayaan kepada kanak-kanak ini tidak mempunyai kemampuan untuk berjaya dan ini mungkin menyebabkan mereka menarik diri dari sukan.Tahap motivasi yang rendah- kita sudah sedia maklum bahawa motif utama  penglibatan dalam aktiviti sukan bagi kanak-kanak kerana keseronokan. Keseronokan ini sebenarnya bersifat intrisik kerana tiada ganjaran yang boleh diberikan kerana keseronokan melakukan sesuatu, melainkan rasa puas dan kegembiraan yang terbayang di akhir sesuatu aktiviti. Ganjaran serta sesuatu yang berbentuk luaran tidak diperlukan oleh kanak-kanak tersebut.Bagaimanapun ada individu  tertentu (orang dewasa) yang merasakan bahawa kanak-kanak ini memerlukan ganjaran(piala atau wang) untuk terus melibatkan diri dalam aktivit tersebut. Kesannya aktiviti sukan atau permainan sudah hilang keseronokannya kerana terpaksa bersaing untuk berebut ganjaran. Bagi mendapatkan ganjaran, mereka terpaksa berlatih bersunggu-sungguh sehingga aktiviti sukan atau permainan ini dianggap sebagai satu pekerjaan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan ganjaran. Akhirnya, keseronokan hilang dan mereka tidak berminat lagi untuk meneruskan aktiviti tersebut.Stres pertandingan- Bagaimanapun, sebelum kita memulakan perbincangan cuba anda jawab soalan ini “Jika sukan kompetitif dianggap satu permainan, mengapakah ramai atlet muda (kanak-kanak) yang terlibat merasa tertekan apabila melibatkan diri dalam “permainan” tersebut?”
Emosi negative yang terhasil kesan dari tekanan serta kegagalan dalam aktiviti sukan boleh meninggalkan impak yang agak medalam kepada atlet muda ini. Menurut scanlan dan Passer(1978), stress pertandingan sebenarnya melibatkan persepsi dan bukan tekanan pertandingan (situasi) itu sendiri. Kanak-kanak tersebut bukannya bimbang akan pertandingan atau aktiviti yang akan dilaluinya sebentar lagi, tetapi lebih kepada persepsi tentang kemampuan mereka dalam pertandinga tersebut (berkemampuan atau tidak) dan persepsi tentang akibat yang bakal diterima di akhir pertandingan tersebut. Persepsi inilah yang bakal menggugat keyakinan diri mereka.
            Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak ini diletakkan dalam keadaan yang tertekan iaitu mereka mesti menang. Kesannya, mereka akan mula memikirkan (persepsi) tentang apakah yang akan diterima jika gagal melaksanakan tanggungjawab ini (bertanding). Kesimpulannya stres pertandingan menghilangkan kseronokan kanak-kanak untuk melibatkan diri dengan aktiviti sukan dan jalan keluar yang paling sesuai dengan menarik dari sukan.


PENDEKATAN MELATIH KANAK-KANAK DALAM SUKAN
Setelah memahami serba sedikit maklumat tentang kanak-kanak serta perkara-perkara yang mempengaruhi penglibatan mereka dalam sukan, di bawah ini diperturunkan beberapa cadangan tentang pendekatan melatih kanak-kanak yang berkesan bagi memastikan mereka tidak keciciran atau menarik diri dari meneruskan penglibatan mereka. Panduan dan cadangan ini adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat untuk memahami kanak-kanak dan penyertaan mereka dalam sukan (Anshel 1999).

1.    Berikan pujian – Jika anda mendapati kanak-kanak di bawah jagaan anda melakukan pergerakan atau teknik yang betul seperti mana yang ditunjukkan. Jika boleh, tepuk bahu atau berikan senyuman atau anggukan yang mengatakan bahawa anda menghargai usaha serta tindakannya. Cara memberi rangsangan yang paling berkesan dengan memuji perlakuan yang betul dan jangan mengungkit ( memberikan tumpuan yang keterlaluan) kesalahan yang dilakukan atau keputusan yang diperoleh.

2.    Ikhlas ketika memberikan pujian – Sama ada kita sedar atau tidak, kanak-kanak sebenarnya peka kepada pujian yang diberikan kepada mereka. Elakkan dari memberikan pujian secara terpaksa kerana ini tidak akan menonjolkan keikhlasan kita, Sebaliknya, berikan pujian yang ikhlas kerana ini akan menyebabkan kanak-kanak berasa dihargai serta meningkatkan lagi semangat untuk terus beraksi. Jika anda menegur kesilapan, focus kepada kesilapan ( perlakuan ) dan bukannya individu (kanak-kanak)

3.    Berikan ganjaran kepada usaha dan bukan sekadar kepada keputusan ( menang)- ini akan menyebabkan pemain berasa dihargai walaupun kalah kerana mereka faham bahawa usaha dan komitmen mereka mendapat perhatian jurulatih.

4.    Pastikan bahawa ekspektasi terhadap kanak-kanak adalah realistik – Matlamat yang ingin dicapai biarlah setimpal dengan usaha dan komitmen yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut. Bermain bersungguh-sunggu tetapi kalah adalah lebih baik dari menang, tetapi tahap permainan keseluruhannya merosot.

5.    Tumpukan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran kemahiran sukan- Semasa latihan, kita perlu banyak memberikan tunjuk ajar serta pastikan semua pemain berasa berpeluang untuk bermain dan berlatih. Gunakan masa latihan sepenuhnya agar pemain berasa seronok. Ini ada membantu menyuburkan minat untuk terus melibatkan diri dalam sukan.

6.    Mengubahsuaikan aktivit agar ia mudah diikuti oleh semua pelajar. Kita perlu pastikan agar semua pemain berpeluang menikmati aktiviti sukan serta tidak mudah jemu. Perubahan in akan berterusan menarik perhatian pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda