TEORI KEBIMBANGAN
Ciri-ciri
perbezaan antara kebangkitan dan kebimbangan telah dijelaskan dengan sebegitu
rupa untuk menerangkan tentang perbezaan antara kedua-duanya, serta untuk
mengelakkan salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan dengan kebangkitan dan
kebimbangan. Bagaimanapun, untuk menjelaskan tentang teori yang berkaitan dengan
kebimbangan, kedua-duanya perlu dilihat dalam konteks yang sama kerana
kebangkitan sering dilihat sebagai hampir sama dengan kebimbangan seketika
(Cox, 1998). Dalam bahagian ini, akan diutamakan teori-teori yang menjelaskan
tentang perkaitan antara kebangkitan dan kebimbangan dengan prestasi atlit.
1. Teori
Dorongan
Teori
Dorongan telah diperkenalkan oleh Hull (1943,
1951) dan Spence (1956). Asalnya, teori ini melihatperkaitan di antara stimulus
dan respons dari aspek motivasi dan pembelajaran. la didasarkan kepada formula
berikut:
Teori
Dorongan merupakan teori yang menjelaskan tentang persaingan di antara respons
yang terdapat dalam sesuatu proses pembelajaran. Dorongan atau keinginan yang
kuat yang dikaitkan dengan kebangkitan akan menghasilkan respons yang dominan.
Dalam konteks ini, perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan (kebangkitan)
dilihat dalam bentuk linear.
Teori
Dorongan beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
(a)
Peningkatan kebangkitan (dorongan) akan menghasilkan
respons yang dominan.
(b)
Respons atau tindak balas yang dikaitkan dengan
keinginan yang kuat merupakan respons yang paling dominan.
(c)
Pada tahap awal pembelajaran atau untuk kemahiran yang
kompleks, respons yang dominan lazimnya kurang tepat atau salah.
(d)
Di tahap akhir pembelajaran atau untuk kemahiran yang
mudah, respons yang dominan lazimnya tepat atau betul.
Untuk
memahami teori ini, kita boleh mengaplikasikan prinsip teori berkenaan dalam
kehidupan kita. Pertamanya, peningkatan tahap kebangkitan selalunya membantu atlit
yang berkemahiran atau pakar tetapi mengurangkan keberkesanan atlit atau pemain
muda (kurang berkemahiran). Justeru itu, jurulatih kepada pasukan yang barn
atau muda perlu mengurangkan tekanan (kebangkitan) serta tahap kebimbangan agar
atlit mereka dapat beraksi dengan baik. Tahap kebangkitan yang rendah lazimnya
meningkatkan peluang kejayaan atlit atau pemain baru (muda) ini serta
meningkatkan keyakinan diri mereka.
Bagi
atlit yang berpengalaman pula, peningkatan tahap kebangkitan diperlukan untuk
membantu mereka melakarkan kejayaan dalam setiap aktiviti mereka. Kekurangan
tahap kebangkitan dan tekanan akan menyebabkan mereka mengambil mudah tugasan
yang perlu dilaksanakan. Kesannya, prestasi mereka menjadi kurang baik.
Perkara
yang sama juga boleh dikaitkan dengan proses melakukan kemahiran yang mudah dan
kompleks. Contohnya, kemahiran mudah seperti mengangkat berat atau melakukan
tekan tubi memerlukan tahap kebangkitan yang tinggi untuk memastikan atlit
melaksanakannya dengan berkesan. Sebaliknya, kemahiran yang kompleks serta yang
memerlukan ketepatan seperti menembak, memanah atau ketika melakukan putting
dalam permainan golf, atlit memerlukan tahap kebangkitan yang rendah untuk
mendapatkan hasil yang diingini.
Teori
ini menarik perhatian ramai pada tahap awal ketika ia mula diperkenalkan,
tetapi beransur menjadi kurang popular serta dikritik oleh ramai pengkaji.
Andaian teori ini yang menjelaskan bahawa prestasi dan kebimbangan berinteraksi
dalam satu garisan yang lurus telah ditolak serta dipertikaikan kesahihannya.
Ramai pengkaji berpendapat prestasi manusia akan meningkat sejajar dengan
peningkatan tahap kebimbangan sehingga ke satu tahap. Apabila melebihi tahap
ini, peningkatan kebimbangan (kebangkitan) yang berterusan akan menyebabkan
prestasi atlit berkenaan jatuh sama seperti gagasan Teori U-Terbalik. Ini telah
mencetuskan beberapa pendekatan atau teori barn yang cuba
melihat perkaitan di antara prestasi dan tahap kebimbangan (kebangkitan).
2. Teori
U-Terbalik
Teori
ini menjelaskan bahawa perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi boleh
dilihat dalam bentuk kurvilinear atau U-Terbalik. Walaupun ia sering dianggap
sebagai satu teori atau hipotesis, beberapa orang penyelidik seperti Duffy
(1957) dan Malmo (1959) menganggap ia sebagai
satu fakta yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan prestasi.
Teori
ini diperkenalkan oleh Yerkes dan Dodson (1908) yang menggunakan tikus untuk
melihat perkaitan di antara kebangkitan dan tahap kesukaran tugasan serta
kesannya ke atas prestasi. Dalam kajian ini, prestasi merujuk kepada bilangan
percubaan yang diperlukan oleh tikus berkenaan untuk memilih petak yang lebih
cerah dari dua petak yang disediakan. Elemen kebangkitan terdiri dari kejutan
elektrik pada tahap intensiti yang rendah, sederhana tinggi dan tinggi manakala
tahap kesukaran diasaskan kepada perbezaan kecerahan petak yang boleh
dimanipulasikan kepada rendah, sederhana dan tinggi.
Dapatan
kajian menunjukkan bahawa bilangan praktis yang diperlukan untuk membezakan
petak berkenaan meningkat apabila tahap kecerahan petak berkenaan semakin
rendah (hampir sama). Dapatan ini menghasilkan Hukum Yerkes dan Dodson yang
menjelaskan bahawa perlakuan yang mudah dipelajari, boleh dibentuk di bawah
tekanan yang tinggi, manakala perlakuan yang sukar mungkin boleh dibentuk di
bawah tekanan yang rendah (Cox, 1998).
Berdasarkan
Hukum Yerkes dan Dodson tahap kebangkitan yang tinggi diperlukan untuk
mendapatkan prestasi yang baik apabila melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan
otot besar (gross motor skill) atau menggunakan tenaga yang tinggi, contohnya
acara angkat berat. Bagi sukan yang memerlukan ketepatan atau kemahiran halus
seperti menembak, memanah atau putting bola golf, tahap kebangkitan yang rendah
diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Setiap
acara sukan mempunyai tahap kebangkitan optimumnya yang tersendiri untuk
menghasilkan pencapaian yang terbaik. Bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada
prinsip U-Terbalik, iaitu prestasi adalah rendah apabila kebangkitan berada
pada tahap yang terlalu rendah atau terlalu tinggi, manakala prestani terbaik
hanya boleh dicapai apabila kebangkitan berada pada tahap sederhana atau
optimum.
Satu
lagi elemen yang perlu diberikan perhatian dalam usaha untuk memahami perkaitan
antara kebangkitan dan prestasi adalah tahap kemahiran atau skala individu.
Sebagai contoh, seorang novis (individu yang barn menceburi serta mempelajari
satu sukan baru) sedang mempelajari satu kemahiran atau pergerakan barn sukan
pilihannya. Menurut Hukum Yerkes dan Dodson, tidak kira sama ada kemahiran yang
dipelajarinya itu merupakan kemahiran yang mudah seperti memukul bola golf atau
yang sukar seperti kemahiran menggelecek dalam hoki tahap kebangkitan yang
optimum bagi individu novis sepatutnya lebih rendah dari pemain yang sudah
mahir atau pakar dalam sukan berkenaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Konsep inilah yang menjelaskan bagaimana pemain yang berpengalaman atau pakar
dalam sesuatu acara beraksi dengan baik dalam situasi yang kompetitif jika
dibandingkan dengan pemain novis (Oxendine, 1970).
Banyak
kajian yang dilakukan untuk menilai perkaitan di antara kebangkitan dan
prestasi menyokong Teori U-Terbalik ini. Klavora (1978), Sonstroem dan Bernardo
(1982) dalam kajian mereka terhadap pemain bola keranjang mendapati prestasi
pemain bola keranjang meningkat apabila tahap kebangkitan berada pada tahap
yang optimum, sederhana dan merosot apabila tahap kebangkitan menjadi terlalu
rendah atau meningkat terlalu tinggi. Gould, Petlichkoff, Simon dan Vevera
(1987) dan Burton (1988) juga mendapati bahawa prestasi terbaik dalam acara
menembak pistol dan renang berkait rapat dengan kebimbangan somatik. Ini selari
dengan gagasan Teori U-Terbalik seperti yang dijelaskan di atas.
Dari
sudut pergerakan motor, Beuter dan Duda (1985) mendapati peningkatan tahap
kebangkitan menyebabkan pergerakan kanak-kanak merosot atau menjadi tidak licin
jika dibandingkan ketika tahap kebangkitan mereka pada tahap yang optimum atau
sederhana. Kajian dalam bidang yang lain seperti menilai pendengaran (Stennet,
1957), masa reaksi (Lansing, Schwartz dan Lindsley, 1956) dan kestabilan tangan
(Martens dan Landers, 1970) turut menyokong gagasan Teori U-Terbalik ini.
Gagasan
Teori U-Terbalik juga berkait rapat dengan Teori Penggunaan Kin Easterbrook
seperti yang dijelaskan dalam Bab 3. Menurut Teori Penggunaan Kin Easterbrook,
kemampuan menilai kin yang terdapat di persekitaran berkait rapat dengan tahap
kebangkitan individu. Masalah gangguan atau hilang tumpuan serta pengurangan
prestasi akan dapat diatasi sekiranya tahap kebangkitan berada pada tahap yang
optimum. Bagaimanapun sekiranya tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah,
kesemua kin yang terdapat di persekitaran sama ada yang relevan atau yang tidak
relevan akan diproses oleh individu terbabit. Kesannya prestasi tidak
meningkat. Prestasi juga akan merosot sekiranya tahap kebangkitan semakin
meningkat. Ini akan menyebabkan kemampuan menilai kin secara objektif dan
teratur tidak berlaku dan kesannya prestasi merosot secara mendadak. Justeru
itu, tahap kebangkitan perlu diawasi bagi mendapatkan prestasi yang optimum.
3. Teori
Zon Berfungsi yang Optimum Hanin (ZBO)
Teori
ini hampir sama pendekatannya dengan Teori U-Terbalik. Bagaimanapun, perbezaan
yang ketara bertumpu kepada premis Teori U-Terbalik yang menyatakan bahawa
tahap kebimbangan yang sederhana berkait rapat dengan prestasi terbaik atlit.
Teori Zon Berfungsi yang Optimum (ZBO) diperkenalkan oleh psikologis sukan
Rusia, Yuri Hanin mengandaikan bahawa tahap optimum kebimbangan berasaskan
situasi bagi seseorang atlit adalah berbeza dengan atlit yang lain. Menurut
Hanin (1989), tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi seseorang atlit ada
yang bermula pada tahap yang paling rendah sehinggalah yang paling tinggi.
Hanin
(1989) juga menjelaskan bahawa setiap atlit mempunyai ZBOnya yang tersendiri.
ZBO atlit yang optimum akan menghasilkan prestasi yang terbaik manakala
prestasi yang buruk lazimnya berlaku apabila tahap kebimbangan berasaskan
situasi berada di bawah atau melepasi tahap ZBO. Justeru itu, perbezaan utama
di antara ZBO dan Teori U-Terbalik adalah titik optimum yang menghasilkan
prestasi terbaik atlit. Menurut Hanin (1989), titik berkenaan mungkin berada
pada kontinum kebangkitan dan mungkin juga tidak. la wujud dalam satu zon dan bukannya
satu titik yang pasti seperti yang diutarakan oleh Teori U-Terbalik. Beberapa
kajian terkini menyokong gagasan ZBO (Hanin, 1989; Hanin dan Syrja, 1995).
3. Teori
Pembalikan
Teori
ini menjelaskan bahawa untuk memahami perkaitan di antara prestasi dan
kebimbangan, interpretasi individu atau atlit yang terbabit perlu diambil kira
untuk mendapat gambaran mereka tentang situasi tersebut. Tahap kebangkitan yang
tinggi atau rendah boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif mahupun negatif
bergantung kepada situasi yang dihadapi. Dalam keadaan "mengelakkan
kebimbangan" atlit biasanya ingin berada pada tahap kebangkitan yang
rendah (persediaan pra-pertandingan) sementara dalam keadaan "mencari
tahap kebangkitan" atlit lazimnya mencari keseronokan atau sesuatu yang
merangsangkan. Dengan kata lain, atlit boleh membalikkan interpretasi mereka
terhadap kebangkitan (menjelaskan nama teori ini). Tahap kebangkitan yang
tinggi atau rendah boleh ditafsirkan sebagai positif pada satu ketika dan
negatif pada ketika yang lain. Prestasi yang baik berlaku apabila tidak
terdapat perbezaan yang ketara di antara tahap kebangkitan yang diingini oleh atlit
dan tahap kebangkitan yang sebenarnya.
Model Bencana Fazey dan Hardy
Gagasan
yang diutarakan oleh Fazey dan Hardy (1988) mencabar gagasan Teori U-Terbalik
yang mengandaikan bahawa:
(i)
Peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit akan
meningkatkan atau menurunkan sedikit prestasi atlit.
(ii)
Tahap kebangkitan yang sederhana menghasilkan prestasi
yang optimum (Cox, 1998).
Teori atau Model Bencana
mengandaikan bahawa peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit sebenarnya
memberikan kesan yang cukup besar kepada atlit yang sedang beraksi. Tekanan
pertandingan serta peningkatan tahap kebangkitan yang kecil akan menyebabkan
penurunan prestasi yang mendadak. Penurunan yang mendadak ini boleh disamakan
sebagai "bencana" kepada atlit tersebut. Selepas mengalami penurunan
prestasi secara mendadak sebarang perubahan kecil dari segi kebangkitan tidak
mampu mengembalikan semula atlit ke tahap prabencana atau tahap sebelum
penurunan prestasi yang mendadak berlaku (Fazey dan Hardy; 1988).
Keistimewaan
Model Bencana ini kerana sifatnya yang tiga dimensi (lihat Rajah 4.3).
Kebangkitan fisiologikal diwakili oleh garis x, kebimbangan kognitif oleh garis y dan prestasi oleh garis z.
Bagi setiap titik pertemuan (koordinat) garisan x dan y terdapat titik yang
mewakili prestasi di atas bertentangan dengan koordinat tersebut. Berdasarkan
model ini, kebangkitan dianggap sebagai faktor normal manakala kebimbangan
kognitif dianggap sebagai faktor pemisah (Hardy, 1996).
Kebimbangan
kognitif dianggap sebagai faktor pemisah kerana baik atau buruk, lancar atau
tidaknya prestasi seseorang atlit bergantung kepada kebimbangan kognitif. Jika
kebangkitan (kebimbangan) kognitif atlit adalah rendah, hubungan di antara
kebangkitan dan prestasi sama seperti model U-Terbalik. Bagaimanapun jika
kebangkitan fisiologi meningkat biarpun pada kadar yang sedikit akan
mengakibatkan peningkatan kebimbangan kognitif. Peningkatan ini mengakibatkan
prestasi atlit jatuh dengan teruk secara mendadak (bencana).
Perhatikan
bahawa kebimbangan kognitif sebenarnya menentukan penurunan mendadak prestasi atlit.
Tambahan pula, penurunan tahap kebangkitan fisiologi walaupun sedikit tidak
berupaya untuk meningkatkan kembali tahap prestasi seperti sebelum penurunan.
Jika
tahap kebimbangan kognitif masih tinggi (tidak berubah), penurunan tahap
kebangkitan fisiologi yang tinggi diperlukan untuk mengembalikan prestasi
kepada tahap di atas lipatan penurunan prestasi (x1). Perbezaan titik (x1) dan (x2)
sebenarnya dilentukan oleh kebimbangan kognitif. Perubahan pada garis
kebangkitan fisiologi yang terputus (lihat rajah) dikenali sebagai titik
histeresis (Cox, 1998).
Satu
lagi gagasan tambahan dalam model ini adalah apabila tahap kebangkitan
fisiologi rendah, peningkatan kebimbangan kognitif akan menyebabkan peningkatan
prestasi (ketinggian z adalah ketara di bahagian hadapan model jika dibandingkan
di bahagian belakang). Sebaliknya jika kebangkitan fisiologi meningkat,
penurunan kebimbangan kognitif akan meningkatkan prestasi atlit (ketinggian z
adalah ketara di bahagian belakang jika dibandingkan di bahagian hadapan
model). Gagasan ini telah disokong oleh beberapa kajian yang telah dilakukan
oleh Edward dan Hardy (1996), Hardy dan Parfitt (1991) dan Hardy Parfitt dan
Pates (1994).
2. Berikan panduan seperti yang telah dicadangkan oleh
Weinberg dan Gould (1999) untuk mengawal dan mengurangkan rasa kebimbangan
kepada jurulatih untuk merancang program latihan.
- Kita mestilah senyum apabila berada dalam keadaan tekananDengansenyumankitaakan melarikan diri daripada situasi memulakan perasaan kebimbangan. Dengan ini, kita dapat melupakan tentang tekanan dan menikmati alam pertandingan.
- Para atlit merupakan orang yang menpunyai tugas yang harus diselesaikan secara berseronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk mengatasi tekanan. Berseronok semasa bertanding akan membantu para atlit muda mengelakkan daripada menarik diri untuk bertanding. Cubalah untuk mengamalkan kemenangan dan fokuskan kepada berseronok dan jangan memikirkan mengenai hasil.
- Berlatih dalam keadaan yang dibuat-buat akan membuat atlit semasa menghadapi situasi sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan semasa latihan. Contohnya, dalam latihan bola keranjang seorang jurulatih boleh menjemput beberapa kenalan untuk melakukan oleh pemain, mereka bolehlah diejek dan menjerit. Dengan ini atlit sedikit sebanyak dapat menyediakan diri untuk belajar menghadapi tekanan.
- Kebanyakan atlit mengadu bahawa apabila mereka mengalami perasaan bimbang dan hilang tumpuan, pergerakan mereka akan menjadi lebih cepat. Untuk mengatasi masalah ini, seorang atlit bolehlah berlatih dengan mengurangkan pergerakan semasa latihan dan ini harus dilakukan berterusan.
- Memikirkan mengenai apa yang akan terjadi selalunya menimbulkan dan menambahkan kebimbangan. Dalam permainan, perasaan sedih akan menambahkan lagi kebimbangan. Jadi fikirkanlah apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana boleh menguranghkan kebimbangan semasa bertanding.
- Iidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa kebimbangan. Membuat keputusan pula boleh memberi tekanan dan semasa menghadapi pertandingan para pemain serta jurulatih perlu membuat keputusan. Jadi, atlit atau jurulatih perlu ada satu perancangan permainan yang lengkap atau strategi agar proses membuat keputusan akan menjadi lebiih mudah.
- Mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum kaset dengan alat pendengarnnya di telinga sebelum pertandingan. Berlatih sambil mendengar muzik boleh menghasilkan keghairahan dan perasaan.
- Biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya, memperkatakan atau memikirkan mengenai perkataan-perkataan mood seperti kuat, pantas, keras, agresif, gerak dan hebat boleh memberi kesan kepada pergerakan. Contoh lain seperti “Saya boleh lakukan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan