Jumaat, Mei 20, 2016

 

Prinsip FITT

Prinsip FITT merujuk kepada prinsip – prinsip asas senaman. Sebelum kita meneruskan pengetahuan lebih lanjut tentang prinsip FITT, kita perlu ketahui dahulu apa itu senaman. Menurut Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat : 73 (2008), ada menyatakan bahawa senaman merupakan satu aktiviti fizikal yang dirancang, pergerakan struktur oleh badan bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Ia dilakukan oleh individu ataupun berkumpulan secara kerap selama 20 hingga 60 minit sehari, sekurang – kurangnya tiga hingga lima kali seminggu. Contoh aktiviti senaman yang biasa dilakukan adalah seperti berlari, berjalan, berenang, berkayak dan berbasikal. Aktiviti senaman seperti ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur, jantina mahupun taraf kedudukan.
K. Pathmanathan (2007) dalam Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008) ada menakrifkan senaman sebagai salah satu daripada aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangka masa tertentu, secara berulang dengan matlamat untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan. Setelah kita mengetahui apa itu senaman maka dapat dirumuskan bahawa senaman merupakan sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tetapi dengan secara kerap, tetap dan memberi pulangan yang berfaedah kepada pelaksananya.
Antara prinsip – prinsip asas senaman yang paling terkenal ialah prinsip asas senaman FITT. Apa itu FITT? Ia merujuk kepada :
F : Frequency atau kekerapan senaman.
I : Intensity atau bebanan
T : Time atau merujuk kepada masa senaman
T : Type merujuk kepada jenis senaman yang dilakukan.
Setelah kita mengetahui makna perkataan FITT maka dapatlah kita kupaskan satu persatu agar lebih dapat difahami. Merujuk kepada Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008), Senaman hendaklah dilakukan dengan konsisten. Jumlah hari melakukan senaman boleh dijadikan ukuran kekerapan. Kebanyakkan komponen kecergasan memerlukan sesuatu aktiviti dijalankan sekurang – kurangnya 3-5 kali seminggu pada intensiti yang cukup. Ini bermakna untuk mengkalkan kecergasan, sesorang itu perlu melakukan senaman secara konsisten dalam masa seminggu. Dengan cara ini ia dapat memberi kesan kepada tahap kecergasan seseorang berbanding melakukan aktiviti senaman yang hanya acap kali walaupun melakukan senaman yang berat. Untuk mengira latihan bagi pemain bola sepak, latihan kecergasan amatlah perlu bagi mengekalkan stamina agar dapat memberi tenaga yang maksimum sehingga 90 minit pada setiap perlawanan. Maka adalah perlu bagi seorang pemain bola sepak untuk turun ke padang seeloknya setiap hari bagi mengekalkan kecergasannya.
Strok haba adalah penyakit yang berkaitan haba. Ia adalah satu bentuk hipertemia yang berlaku apabila suhu badan seseorang naik secara mendadak. Pada keadaan normal, suhu badan manusia adalah kira-kira 37.0°C. Apabila suhu badan meningkat melebihi 40.5°C, seseorang akan mengalami strok haba. Strok haba merupakan kes kecemasan perubatan yang serius kerana boleh mengakibatkan mangsa maut jika tidak mendapat rawatan segera.
Dalam kes strok haba, ianya tidak sama seperti serangan angin ahmar. Istilah "Stroke" adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan berkurangnya aliran oksigen ke kawasan otak.
Bagaimana Strok Haba Berlaku
Dalam keadaan biasa, badan kita mengeluarkan haba akibat metabolisme dan selalunya berupaya menghilangkan haba melalui proses sejatan peluh. Walau bagaimanapun, dalam keadaan haba/panas yang terlampau tinggi, kelembapan persekitaran yang tinggi atau semasa melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa matahari terik, besar kemungkinan badan tidak dapat menghilangkan haba dengan sempurna dan menyebabkan suhu badan meningkat sehingga melebihi 41 °C. Keadaan tersebut boleh menyebabkan strok haba.
Selain itu, dehidrasi juga boleh menyebabkan strok haba. Individu yang mengalami dehidrasi tidak dapat mengeluarkan peluh dengan cukup cepat untuk menghilangkan haba, yang menyebabkan suhu badan meningkat. Apabila suhu badan meningkat, akhirnya ia menyebabkan penyahhidratan yang teruk, tisu otak menjadi bengkak, tekanan darah menjadi rendah serta mengakibatkan kerosakan pada organ, dan akhirnya mungkin akan menyebabkan kematian.
Tanda-tanda Awal Terkena Strok Haba
  • Sakit kepala berdenyut,
  • Mual,
  • Kurang berpeluh walaupun pada suhu panas
  • Denyutan nadi pantas.
  • Otot lemah dan kejang,
  • Mmuntah,
  • Kulit kering serta kemerahan,
  • Sawan atau pitam

Walau bagaimanapun, sesetengah individu boleh mengalami gejala strok haba secara tiba-tiba dan tanpa amaran. Tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba mungkin berlainan bagi individu yang lain.
- See more at: http://azurazainaleshop.blogspot.my/2016/03/tanda-tanda-strok-haba-rawatan-dan.html#sthash.ryChC8C5.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda