Sabtu, Jun 02, 2012

KASUT DAN SUKAN

Tujuan utama penggunaan kasut adalah untuk memberi perlindungan kepada kaki serta mengelakkan kecederaan. Untuk tujuan tersebut, kasut tersebut perlulah sesuai dengan tapak kaki anda. Kasut yang terlalu sempit, terlalu rendah atau terlalu besar boleh mengakibatkan ketidakselesaan, kecederaan dan juga kecacatan tetap. Dengan memahami komponen serta ciri-ciri tertentu, anda pasti boleh membuat pilihan kasut yang tepat untuk diri anda dan juga keluarga yang tersayang. Risalah ini menjelaska setiap bahagian kasut serta bagaimana ia boleh memberi kekuatan kepada kaki anda. Risalah ini turut membincangkan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sebelum anda membuat pilihan kasut sama ada untuk lelaki, wanita, kanak-kanak, kasut bekerja mahupun kasut sukan. Risalah ini memberi pelbagai tip berguna kepada anda agar anda membuat pilihan kasut terbaik untuk kegunaan anda sekeluarga

KAEDAH LATIHAN

Kaedah Latihan

Kaedah Latihan Anaerobik


Kaedah latihan yang berupaya meningkatkan kapasiti anaerobic iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa kehadiran oksigen. Latihan ini membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan semula ATP dengan cepat semasa rehat antara kerja. Objektif latiham ini adalah bagi meningkatkan komponen-komponen kecergasan berikut :
(a) Kelajuan
(b) Kekuatan otot
(c) Daya tahan otot
(d) Kuasa
(e) Ketangkasan


Jenis-jenis latihan :


2.1 Latihan Jeda ( jarak sederhana dan jarak dekat )(Interval Training)
• Amat sesuai diaplikasikan kepada hampir semua jenis permainan seperti bola sepak, ragbi, badminton dan sepak takraw.
• Sesuai pada pertengahan musim persediaan khusus sehinggalah ke penghujung musim.
• Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 1 : 2 bagi jarak sederhana hingga 1 : 3, 1 : 4 dan 1 : 5 bagi jarak yang lebih dekat.
• Preskripsi latihan jeda jarak sederhana :
4 X 400 meter X 3 set @ 70 saat ( 1 : 2 ).
• Preskripsi latihan jeda jarak dekat :
6 X 80 meter X 4 set @ 10 saat ( 1 : 4 ).

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda