Tidak dinafikan bahawa status dan tahap sukan olahraga di Malaysia dipandang tinggi sejak dahulu lagi. Nama-nama besar seperti M.Jagethesan, Istiaq Mubarak, Rabuan Pit, Nur Herman Majid, Watson Nyambek, Nazmizan Mohammad dan lain-lain telah mengharumkan nama negara dipentas sukan antarabangsa. Namun, apa yang berlaku pada masa kini adalah sebaliknya! Walaupun masih ada atlit dalam beberapa acara telah mencapai kejayaan membanggakan di peringkat Asia, namun persoalannya prestasi keseluruhan atlit Negara terutamanya dalam acara pecut sangat kurang meyakinkan dan tidak konsisten.
Sesungguhnya tidak lah adil jika membandingkan atlit-atlit Negara dengan atlit-atlit dari Negara barat khasnya dari Negara Amerika syarikat, Russia, Jerman, Jamaica dan sebagainya, tetapi apabila dinilai dari aspek catatan masa, prestasi dan konsistensi, atlit-atlit negara bolehlah dianggap ‘membazir kudrat’ yang tidak berpenghujung. Agak menghairankan, rekod kebangsaan menjadi terlalu ‘asing’ bagi atlit pecut Negara walaupun dilengkapi dengan kemodenan dari segi fasiliti yang agak canggih. Adakah catatan 20.92s yang dilakukan oleh M. Jagethesan pada tahun 1968 di Mexico City sesuatu yang ‘ajaib’ sehinggakan belum ada yang menghampiri rekod tersebut selepas pernah sekali digugat oleh Azmi Ibrahim dengan catatan 20.97s pada tahun 2001. Bagaimana pula dengan rekod Watson Nyambek dalam acara 100m iaitu 10.30s yang dilakukan pada tahun 1998 di Kuala Lumpur? Sudah 11 tahun berdiri tanpa dihampiri oleh pencabar yang ada sekarang. Walaupun kerap dikritik suatu ketika dulu, rekod Watson Nyambek masih lagi bertahan dan kekal sebagai manusia terpantas di Malaysia sehingga kini. Nama Nazmizan Muhammad pernah disebut sebagai seorang yang mampu mengenepikan catatan 10.30s itu, namun ia tidak kesampaian kerana Nazmizan hanya berjaya mencatat masa 10.38s tetapi sekurang-kurangnya dia pernah memenangi acara pecut 100m dan 200m di Sukan SEA. Catatan Nazmizan itu juga sebenarnya lebih perlahan berbanding Azmi Ibrahim yang pernah melakukan 10.37s sebelum itu. Pencapaian M. Jagethesan dalam acara pecut belum lagi ditandingi oleh sesiapa apabila beliau telah layak ke separuh akhir dalam acara 200m pada sukan Olimpik di Mexico City serta berjaya menggondol tiga pingat emas pada temasya sukan Asia pada tahun 1966. Kegemilangan itu diteruskan oleh Rabuan Pit dengan memenangi pingat Emas dalam acara 100m dalam sukan Asia pada tahun 1982. Selepas itu, Azmi Ibrahim dan Watson Nyambek meneruskan kehebatan ‘sprinters’ kebangsaan ini dengan memahat nama masing-masing di persada sukan anatarabangsa. Watson Nyambek umumnya telah berjaya menduduki tempat kedua dalam acara 100m di Trek dan Balapan Asia pada tahun 1998 selain pernah layak ke separuh akhir sebanyak dua kali di Kejohanan Olahraga Dunia dalam dewan dalam acara 60m. Kecemerlangan ini pula disusuli oleh Nazmizan Mohammad apabila memenangi dua pingat emas dalam acara 100m dan 200m pada sukan SEA di Vietnam pada tahun 2003 dengan memecah dominasi Thailand yang mana merupakan kuasa utama acara pecut sejak sekian lama di Asia Tenggara. Namun, pencapaian Nazmizan itu adalah sebenarnya 'penutup' bagi kecemerlangan 'sprinters' kebangsaan. Semoga pelari pecut Malaysia akan lahir dan gemilang pada 2010.
memang betul..negara sekarang semakin ketandusan atlet dalam acara pecut...bila kah akan ada pengganti watson nyambek?
BalasPadamdifahamkan..sebelum watson nyambek..ada lg seorang atlet kelahiran sarawak yang seharusnya digelar the first "flying dayak",dan beliau pernah beraksi cemerlang di sukan sea filipina suatu ketika dahulu..cuma tidak ramai yang mengetahuinya...
BalasPadammemang betul pelari pecut tiada pengganti.. tetapi watson nyambek telah melahirkan seorang pelari pecut untuk menggantikan tempatnya iaitu Ambross Jilom.. Pada Kejohanan Olahraga Sukan Sea Ambross telah tewas dengan Indonesia kerana mengalami kecederaan..Pada pendapat saya Ambross masih perlu berlatih dengan jauh lagi..Agak sukar juga Ambross merangkul pingat emas di kejohanan tersebut..saya berharap masa yang akan datang Ambross akan dapat menggantikan tempat watson nyambek dan memecahkan rekod sukma beliau 10.30s..walau apa pun Ambross tetap harapan sprinter Malaysia dalam masa yang akan datang..
BalasPadamJangan bimbang...
BalasPadamPatah tumbuh,
Hilang berganti...
Pasti ada...
Namanya Farid..
Suatu hari nanti..
SAYA INGIN MENJADI SPERTI NAZMIZAN AHMAD..sye nk pecah record beliau
BalasPadammembaca kisah watson nyambek, saya jadi teremosi. bagaimana hal politik dalaman telah mematahkan semangat watson untuk pegi jauh. harap masalah dalaman KOm dpt diatasi segera agar sukan olahraga malaysia bertambah maju.
BalasPadamabg sy pelari pecut.pernh ketika dlu sy mencatitkan kelajuan lariannya blh mencapai 11.53s 100meter.tp itu dlm keadaan bkn trek ia dlm keadaan tak bertar(berbatuan biasalah laluan pengakutan kayu balak).selepas hbs sekolh beliau tak di layan pun tak ada apa2 pn kesinambungan dr mana2 pihak yg bertanggungjwb dlm arena sukan.sehingga lah 10tahun berlalu begitu saja.kesimpulanya agak sukar dan payah nak lahirkan atlet yg blh mencapai 10.30s apatalagi hendak memecahkan rekod atlet senior,kerana tidak ada kepekaan terhadap org muda d kwsn pendalaman.sbnrnya org pendalaman lah yg mampu berlari laju kerana rutin harianya adalah berjalan jauh dan sentisa memerlukan tenaga segar bagi menuju ke arah destenasinya..berbeza dengan d bandar hanya duduk main psp,ps dan alat-alat elektronik.sy sekadar berkongsi xbermaksud apa-apa pun.kalau ada silap dan salah sila maafkan saya ye.
BalasPadamPelari berbakat acara larian boleh dicari di luar bandar...lasak dan mantap fizikal/stamina...sbb faktor geografi... tapi sering diabaikan... pegawai sukan malas nak ke kwsn pedalaman...
BalasPadamSy boleh mengantikan watson..tp,tiada pihak yg ambil serius..
BalasPadamSukan di sekolah harus diambil perhatian...
BalasPadamApakah kejayaan yg dicapai oleh istiaq dan nur jerman majid di peringkat kebangsaan?
BalasPadamRekod Watson sudah dipecahkan.
BalasPadam