Ahad, Mac 28, 2010

KONTROVERSI MSSD LEDANG 2010

 

KEPUTUSAN RASMI MSSD LEDANG KALI KE-2 2010



KED

PASUKAN
BAWAH 13
BAWAH 15
BAWAH 18
PINGAT
JUMLAH MATA
P
L
P
L
P
L
EMAS
PERAK
GANGSA

  1.  
SMK LEDANG
46
21
53
39
36
32
22
22
15
227

  1.  
SMK PEI HWA
27
10
63
39
43
18
24
18
7
200

  1.  
SMK TUN MAMAT
32
38
23
30
24
47
20
19
11
194

  1.  
SMK BKT GAMBIR
15
18
23
54
22
27
13
14
17
159

  1.  
SMK TG AHMAD
15
22
0
10
14
1
2
9
9
62

  1.  
SMKTM ISKANDAR
11
13
8
7
1
21
4
4
12
61

  1.  
SM SAINS
0
0
0
0
27
7
2
5
3
34

  1.  
SMK PARIT BUNGA
0
11
1
3
8
9
3
1
5
32

  1.  
SMK SRI TANGKAK
0
3
2
3
4
9
0
1
7
21

  1.  
SMK PEI HWA (P)
0
0
0
0
0
11
2
0
0
11

  1.  
SMK T.SRI LANANG
0
1
4
2
2
2
0
0
5
11

  1.  
SMK SAGIL
0
1
0
3
1
2
0
0
2
7

  1.  
SMK P.PERDANA
0
5
0
0
1
0
1
0
0
6

Selasa, Mac 23, 2010

PERSEDIAAN TERAKHIR....

        
BERMULA 24 HINGGA 27 MAC 2010  AKAN BERLANGSUNGNYA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD LEDANG KALI KE-2,BERTEMPAT DI KOMPLEK SUKAN MATRIKULASI LEDANG,JOHOR. PADA TEMASYA KALI INI SMK TUN MAMAT MENARUH HARAPAN YANG TINGGI UNTUK PARA ATLET 2010 SERAMAI 85 ORANG MENGEKALKAN KECEMERLANGAN SUKAN SMK TUN MAMAT YANG MUNCUL JOHAN KEJOHANAN KALI PERTAMA 2009. HARAPAN DAN DOA SEMUA WARGA SMK TUN MAMAT UNTUK KEJAYAAN KITA BERSAMA. MOGA-MOGA SMK TUN MAMAT TERUS GEMILANG SELAMANYA INSYAALLAH...

Jumaat, Mac 19, 2010

PIRAMID MAKANAN


Makanan di atas ini diutamakan kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, gentian dan komponen lain yang penting untuk kesihatan. irin
Beras, oat, barli, jagung, sekoi, gandum dan produk masing-masing adalah sumber tenaga dan protein yang bagus. Produk bijirin-penuh mengandungi lebih zat besi, fosforus, vitamin B (tiamin, niasin & riboflavin) dan gentian. LKacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya – yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempeh, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
Setiap hari, cuba pilih sekurang-kurangnya satu jenis buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A atau karotenoid. Sumber yang baik adalah sayur-sayuran hijau (sawi, bayam dan kailan), lobak, tomato, keledek, mangga, betik atau tembikai. Juga, cuba makan satu pilihan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Pilihan boleh termasuk jambu, betik, oren, mangga atau belimbing. Untuk mendapat asid folik, makanlah sayuran hijau, kacang pea, kacang bendi dan jagung manis.

PSIKOLOGI SUKAN

DEFINISI
Cox (1998) –satu bidang sains iaitu prinsip-prinsip psikologi diaplikasikan dalam bidang sukan

Weinberg & Gould (1999) – satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan.

Wann (1957) – satu bentuk kajian saintifik tentang reaksi serta perlakuan fizikal, afektif dan kognitif ke atas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut.

Kesimpulan – satu bidang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkahlaku manusia dalam sukan

Pengenalan Psikologi Sukan
Membandingkan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh psikologi sukan.

Proses Psikologi
Proses kebangkitan

Selasa, Mac 16, 2010

LARI PECUT DAN APLIKASINYA

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan.
Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang. 

SEJARAH SEPAK TAKRAW DAN PERKEMBANGANYA

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Tidak diketahui bilakah permainan ini diperkenalkan tetapi ia dianggap sebagai permainan tradisional atau permainan rakyat bangsa Melayu. Pada mulanya ia dimainkan di kawasan lapang di istana oleh anak-anak pembesar istana. Sepak raga kemudiannya berkembang dan dimainkan oleh semua peringkat masyarakatMelayu. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dalam bentuk bulatan dan memerlukan kemahiran mengawal dan menimang bola.
Pada peringkat awal permainan ini, bola sepak raga dibuat daripada rotan yang mudah diperoleh daripada kawasan hutan di negara kita. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses perkembangan teknologi, kini sudah ada bola sepak raga yang diperbuat daripada plastik.Menjelang tahun 1962, sepak raga mula dimainkan di dalam gelanggang dengan menggunakan jaring. Bilangan pemain bagi setiap pasukan pula dihadkan kepada tiga orang, iaitu bagi setiap regu. Kini permainan sepak takraw dimainkan di seluruh pelosok negara di Asia Tenggara dan telah disetujui dipertandingkan di peringkat Sukan SEA pada tahun
1965. Nama permainan sepak raga pula telah ditukar dan digantikan dengan nama sepak takraw supaya
lebih diterima di peringkat antarabangsa.

Sabtu, Mac 13, 2010

KAYAK / KENU MALAYSIA..

Teringat aku semasa belajar  di UPSI bila tengok dekumentari TV berkaitan kayak yang mana aku menyertai pasukan kenu atau kayak Universiti suatu ketika dulu. Pensyarah aku masa tu En Md Amin Md Taff , orang Johor dari Batu Pahat, Pernah jadi housemate Cikgu Norazman bekas guru di SMK Tun Mamat tu.. En Amin ( gambar bawah )juga adalah pengerusi Persekutuan Kenu Malaysia yang telah membantu aku untuk layak menerima anugerah kejurulatihan bintang 1 & 2 kayak Malaysia. So kat sini aku cite sikit berkaitan kayak untuk di kongsikan...




JENIS KAYAK DAN KEGUNAAN


kayak getah
1. Creek Boat, berguna untuk yang baru menceburi atau mengenal kayak kerana ia stabil dan mudah dikendalikan.

2. Kayak Polo, bentuk hampir sama dengan Creek Boat tetapi bahagian belakangnya lebih leper bagi memudahkannya memotong air untuk berpusing. Keno Polo ini khusus digunakan di kolam renang atau tasik yang tenang.

3. Inflatable Kayak, gabungan dari getah dan fiber, bentuknya besar, bulat dan panjang. Daya apung tingi, stabil dan ringan, sesuai untuk pelatih baru.

ANATOMI & JENIS KAYAK

Semua jenis kayak mempunyai bahagian yang sama, namun perbezaan terletak pada bentuknya. ukurannya dan bahan pembuatannya.

Anatomi Kayak terdiri dari :

1. HALUAN & BURITAN (BOW & STERN)
Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung dari Kayak yang bertujuan sebagai arah tujuan dan juga memecah ombak. Stern atau Buritan adalah muncung bagian belakang. kedudukan ini kadang-kadang mengelirukan bagi yang baru mencuba, untuk lebih cepat mengenalnya, perhatikan arah tempat duduk kayak tersebut.


2. GUNWALE LINE / PAINTER LINE
Ini adalah bagian tepi/sisi Kayak yang berfungsi sebagai pengimbang bagi pendayung, apakah kayak yang dinaiki itu sesuai dengan berat badan atau tidak. Sisi kanan disebut dengan "starboard" dan sisi kiri disebut "portside".

3. HULL
Ini adalah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung pada jenis kayak tersebut an untuk apa digunakan.

Jumaat, Mac 12, 2010

Adik Adi Putra. kanak kanak pintar ( sajak untuk bangsa melayu.)

Saya kagum sebenarnya apabila melihat “lagaknya” mendeklamasikan sajak yang diciptanya sendiri pada usia seawal 6 tahun lagi. Hebat.  Meremang juga dengar suaranya melontarkan sajak tersebut. Satu puisi tentang bangsa melayu dengan begitu sinis tapi puitis, seolah-olah puisi berbentuk sindiran yang bertujuan “membawa harapan” dapat menyedarkan bangsa melayu kita. Sekarang ini adik ini sudah menginjak ke usia 9 tahun. Itulah Adi Putra nama diberi.http://www.youtube.com/watch?v=I5hNRHnabsc&feature=player_embedded#
Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tafsir Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa

Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu
ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu paling hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata
Saya rasa ada baiknya budak bijak ini dikurangkan daripada segi liputan media tumpukan kepada tumbesaran akal dan pembentukan insaniah. Sebabnya, kita tidak tahu apa perancangan orang Barat. Mereka hanya memerhati dari kaca televisyen dan media cetak tempatan. Bukannya kita hendak menuduh. Cukup sekadar kita mengambil langkah berjaga-jaga.

Khamis, Mac 11, 2010

RINGKASAN SPM 2009

10 Pelajar Terbaik SPM 2009

  1. Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road Kuching, Sarawak)
  2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
  3. Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
  4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
  5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
  6. Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
  7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
  8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
  9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
  10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).

10 Sekolah Terbaik SPM 2009

  1. Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan
  2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
  3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
  4. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
  5. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  6. SBPI Rawang, Selangor
  7. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  8. SBPI Temerloh, Pahang
  9. SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
  10. Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda