Selasa, Mac 16, 2010

SEJARAH SEPAK TAKRAW DAN PERKEMBANGANYA

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Tidak diketahui bilakah permainan ini diperkenalkan tetapi ia dianggap sebagai permainan tradisional atau permainan rakyat bangsa Melayu. Pada mulanya ia dimainkan di kawasan lapang di istana oleh anak-anak pembesar istana. Sepak raga kemudiannya berkembang dan dimainkan oleh semua peringkat masyarakatMelayu. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dalam bentuk bulatan dan memerlukan kemahiran mengawal dan menimang bola.
Pada peringkat awal permainan ini, bola sepak raga dibuat daripada rotan yang mudah diperoleh daripada kawasan hutan di negara kita. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses perkembangan teknologi, kini sudah ada bola sepak raga yang diperbuat daripada plastik.Menjelang tahun 1962, sepak raga mula dimainkan di dalam gelanggang dengan menggunakan jaring. Bilangan pemain bagi setiap pasukan pula dihadkan kepada tiga orang, iaitu bagi setiap regu. Kini permainan sepak takraw dimainkan di seluruh pelosok negara di Asia Tenggara dan telah disetujui dipertandingkan di peringkat Sukan SEA pada tahun
1965. Nama permainan sepak raga pula telah ditukar dan digantikan dengan nama sepak takraw supaya
lebih diterima di peringkat antarabangsa.
BAGAIMANA SEPAK TAKRAW DIMAINKAN
Sepak takraw dimainkan dengan menyepak atau menanduk bola untuk melepasi jaring dan masuk ke gelanggang lawan. Pemain menggunakan kaki untuk menyepak, merejam atau mengawal bola. Kepala pula digunakan untukmenanduk atau mengawal bola. Anggota badan seperti bahu, dada dan peha
juga boleh digunakan dalam permainan ini, kecuali tangan.Setiap regu yang dibarisi tiga orang pemain dikenali sebagai tekong, iaitu pemain yang berada di tengah-tengah, sementara pemain di kiri kanannya dikenali
sebagai apit kiri dan apit kanan. Di peringkat perlawanan, setiap pasukan akan diwakili oleh tiga regu dengan setiap regu dibenarkan membuat satu gantian atau pertukaran pemain sahaja. Matlamat permainan sepak takraw ini ialah setiap regu akan berusaha mematikan bola di gelanggang lawan sehingga mencapai
mata penamat iaitu 21.

PERATURAN PERMAINAN
Tiga Sentuhan

Apabila menerima bola daripada pihak lawan, pemain memainkan bola sebanyak tiga kali sentuhan sebelum dihantar semula ke gelanggang lawan. Sentuhan yang biasa dilakukan adalah seperti berikut
(a) Sentuhan pertama – mengawal  bola
(b) Sentuhan kedua – mengumpan
(c) Sentuhan ketiga – rejaman

Sepakan Servis

Servis oleh tekong dilakukan bagi meneruskan  permainan untuk mengutip mata. Bola yangdiservis mesti melepasi jaring walaupun menyentuh bahagian atas jaring dan hendaklahlepas memasuki gelanggang lawan. Semasa servis dilakukan, tekong dan kedua-dua pemainapit tidak dibenarkan memijak garisan tepi atau
bulatan. Menyentuh jaring ketika permainan berjalan, adalah satu kesalahan. Mata atau servis akan diberikan kepada pihak lawan, jika perkara ini berlaku.Setiap permainan dimainkan dalam dua pusingan. Jika Kedudukan perlawan seri (1-1), permainan diteruskan dalam pusingan ketiga(rubber set). Skor atau mata bagi setiap pusingan dikira dalam 21 mata. Salah satu kesalahan yang perlu dielakkan tekong ialah memijak garisan bulatan semasa membuat servis

Kesalahan Pemain
Menyentuh jaring ketika permainan berjalan, adalah satu kesalahan. Mata atau servis akan diberikan kepada pihak lawan, jika perkara ini berlaku.

Kiraan Mata
 Setiap permainan dimainkan dalam dua pusingan. Jika kedudukan perlawan seri (1-1), permainan diteruskan dalam pusingan ketiga (rubber set). Skor atau mata bagi setiap pusingan dikira dalam 21 mata.

Pertukaran Gelanggang
Pertukaran gelanggang akan dilakukan bagi setiap pusingan. Jika berlaku permainan atau kedudukan mata seri 1-1, permainan diteruskan dalam pusingan ketiga. Dalam pusingan ini, mana-mana regu yang mendahului atau mencapai lapan mata, pertukaran gelanggang akan dilakukan. Kiraan mata kemudian diteruskan sehingga
ke mata penamat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda