Ahad, Mac 07, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMK TUN MAMAT 1431H

TARIKH : 06/03/2010 SABTU  /20 RABIULAWAL 1431H
TEMPAT : DEWAN SMK TUN MAMAT
MASA     : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI.
PENCERAMAH JEMPUTAN : TN HJ MOHD HANAFI BIN ABD RAHMAN

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini diadakan dengan kadar yang sederhana tetapi begitu  meriah dengan kehadiran pelajar yang dikatakan membanggakan berbanding tahun yang lalu . Sambutan di mulakan dengan perarakan sambil berselawat ke atas Nabi, Pertandingan nasyid ,Bacaan Al-Quran ,Ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan  Ust Hanafi Abd Rahman,berzanji dan yang paling teruja adalah secara kejutan sambutan ulang tahun kelahiran Tn Pengetua Hj Ahmad Bin Othman oleh para pelajar. Seperti kebiasaan acara rewang guru dan pelajar bermula sehari sebelum sambutan dengan guru-guru dan pelajar bergotong royong menyediakan bahan masakan danlain-lain. Walaupun penat tapi tetap meraa kemeriahan dan semangat kerjasama berpasukan dalam menjayakan sesuatu majlis. Semoga ikatan silatulrahim ini akan terus erat dan berkekalan hendaknya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda