Sabtu, Mac 06, 2010

PANORAMA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK TUN MAMAT 2010

       Kejohanan Balapan dan Padang SMK Tun Mamat kali ke -36 telah berlangsung pada 25/02/2010 (khamis) bertempat di Padang SMK Tum Mamat. Majlis Bermula dengan perhimpunan pagi pelajar di dataran bagi tujuan merekodkan kedatangan. Perjalanan majlis seterusnya  diteruskan lagi dengan perbarisan lintas hormat dan upacara menaikkan bendera kejohanan. Ucapan dan perasmian telah di sempurnakan oleh Tn Hj Abd Rahim Bin Talib iaitu yang di Pertua PIBG SMK Tun Mamat.
      Walaupun cuaca agak muram,  tetapi aturcara majlis tetap meriah dengan kesederhaan. Acara alapan di mulakan dengan acara akhir 100 meter dan seterusnya acara berganti-ganti 4x 400 meter bagi setiap kategori.
Acara yang paling menarik adalah pertandingan tarik tali antara rumah dan kemuncaknya yang di nantikan adalah 6x50 acara guru yang melibatkan 4 kumpulan guru yang telah di bentuk.Upacara penyampaian hadiah mengakhiri acara hari kejohanan dan di sudahi dengan upacara penurunan bendera kejohanan. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengahhari.

                                                       Terima Kasih Pada semua yang terlibat.......
                                                                                                                                       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda