Rabu, April 27, 2011

PERMAINAN RAGBI.


permainan ragbi bermula pada tahun 1823 di sebuah sekolah di England. Permainan ini tercipta daripada perbuatan William Webb Ellis. Semasa bermain bola, tanpa diduga beliau telah menangkap bola lalu dibawa lari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis, rakannya terus mengejar dari belakang, akhirnya terjadilah pergomolan di kalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh kawannya yang lain. Maka dari situlah bermulanya satu permainan baru. Bagaimanapun, ketika itu tiada siapapun yang mahu menerima perbuatan Ellis dan rakan-rakannya untuk dikembangkan sebagai sukan. Hanya kira-kira setengah abad kemudian, selepas Ellis meninggal dunia barulah perbuatan itu diingat kembali. Seorang rakannya Mattheur Blaxom telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya dalam majalah The Meteor tahun 1888.
Dalam pada itu, permulaan ragbi oleh Ellis pada tahun 1923 itu telah diterima dan dimainkan oleh penuntut-penuntut Rugby School. Mereka kemudiannya mengadakan peraturan dan undang-undang sendiri. Akhirnya, asas undang-undang permainan ragbi itu diterima hingga ke hari ini. Disamping itu, terdapat pula sekolah-sekolah di England yang mencipta undang-undang sendiri dengan berasaskan undang-undang di sekolah ragbi itu. Dari sinilah, ragbi mula dikenali dan diminati ramai. Pada tahun 1839 di Universiti Cambridge, sekumpulan penuntutnya telah membentuk kelab ragbi yang merupakan kelab ragbi pertama di dunia.
Perlawanan peringkat antarabangsa pertama telah dadakan tahun 1871, iaitu England dan Scotland. Ia dimainkan oleh 20 orang sepasukan dalam dua tempoh selama 100 minit. Pada tahun 1870 penggunaan wisel oleh pengadil telah diperkenalkan. Lima tahun kemudian, dua orang penjaga garisan digunakan bagi membantu pengadil mengadili permainan. Bilangan pemain juga telah ditetapkan kepada 15 orang. Badan yang bertanggungjawab ke atas permainan rugbi ialah Kesatuan Rugby (Rugby Football Union) yang ditubuhkan pada tahun 1871.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda