Isnin, Februari 15, 2010

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI


Abad ke-21 akan penuh dengan cabaran dan masalah yang berlainan berbanding dengan
cabaran dan masalah abad ke-20 ini. Sungguhpun kita tidak dapat meramalkan segala
cabaran yang akan timbul apabila kanak-kanak ini membesar kelak, kita boleh membantu
kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi cabaran dan masalah masa
depan dengan yakin dan selamat. Antara masalah dan isu kesihatan yang perlu
didedahkan kepada kanak-kanak ialah masalah yang berkaitan dengan pemakanan,
keselamatan, kebersihan, kepenggunaan, sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu.
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan
perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.
Pertumbuhan individu, perkembangan kognitif dan perkembangan afektif adalah
merupakan komponen yang merupakan tiga tunjang pembelajaran dan pengajaran
Pendidikan Jasmani. Ketiga-tiga tunjang ini sentiasa memenuhi matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bertujuan membina atau membentuk
masyarakat menjadi cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Penetapan
matlamat yang realistik adalah penting bagi mempastikan ia tercapai dan mudah
dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur.
Matlamat aktiviti fizikal dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk membina masyarakat
yang berupaya:
1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor.

2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran.

3. Menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan
secara berterusan.

4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai
pelbagai kegiatan fizikal.

5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma -norma masyarakat.
Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi
penekanan kepada perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi individu.

Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan
kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan
dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat
mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa.

4 ulasan:

  1. Assalam,, :)Dapat banyak manfaat dr blog anda, terima kasih dan harap dihalalkan segala maklumat yg diambil,,:)

    BalasPadam
  2. Sangat-sangat membantu.. terima kasih

    BalasPadam
  3. terima kasih ya dengan infonya...ianya sangat membantu d saat nak exam ni.....suka sangat...

    BalasPadam

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda