Jumaat, Februari 19, 2010

KESAN ROKOK



Kesan kepada kanak-kanak 
Kanak-kanak kecil yang dipegang oleh seorang yang merokok akan menyedut bahan-bahan kimia yang menyebabkan barah lebih banyak daripada perokok itu sendiri.Kanak-kanak yang ibu bapanya merokok, lebih kerap batuk dan lelah, lebih ramai mempunyai jangkitan telinga, lebih kerap pergi hospital kerana bronkitis dan pneumonia, dan mempunyai paru-paru yang kurang berfungsi. Kanak-kanak asma lebih kerap mendapat serangan asma yang teruk sekiranya ibu bapa merokok.
Terdapat satu kaitan yang mungkin di antara ibu-ibu yang merokok dengan SIDS (sindrom kematian bayi secara tiba-tiba).

kepada bayi yang belum lahir
Nikotin melajukan kadar jantung janin, dan juga menyebabkan paru-paru dan saluran udaranya lambat mengembang. Nikotin boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi sewaktu lahir.  Karbon Monoksida daripada asap rokok orang lain boleh mengurangkan pembekalan udara kepada janin sebanyak 25%, menyebabkan perkembangan terbantut. Ibu-ibu yang merokok biasanya mempunyai bayi-bayi yang lebih kecil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda