Jumaat, Februari 19, 2010

IDEA LOGIK ATAU GILA..

 
 Ini antara isu terkini yang melanda sukan negara. Walaupun di lihat idea ini bukan baru kerana di cetuskan oleh orang yang di anggap tokoh yang penting dalam sepak takraw negara,tetapi adakah ianya wajar dilaksanakan. Apakah sudah ada kajian berkaitan cara permainan ini.Apakah kesan nya terhadap sukan tradisi melayu ini. Di manakah kesenian yang akan dipaparkan. Di manakah identiti  kesenian itu, dimanakah indentiti kemahiran yang dapat ditunjolkan, dimanakah pula keberkesanan kerjasama dalam pasukan,.
Bagi penulis, sebenar terlalu banyak kesalahan yang telah menghancurkan sukan sepak takraw. Jika ini diterima mungkin satu hari nanti akan ada permainan bola sepak 22 orang sepasukan atau badminton dengan 4 orang satu regu. Bagi penulis ada perkara yang boleh diterima ada yang tak harus di buat.
Jika ditinjau dari sejarah sepak takraw bermula hanya dengan sepak raga bulatan,namun wujudnya sepak takraw sebagai pertandingan telah menyemarakkan sukan ini dan ia langkah yang terbaik. Tetapi sejak abad ke -20 ini, pengenalan pelbagai jenis permainan takraw seperti hoop, dua lawan dua,sepak takraw pantai dan sebagainya di lihat memusnahkan kesenian sukan sepak takraw itu sendiri. Bagi penulis juga ianya bermula kerana kepentingan diri,selepas Malaysia terus gagal dalam usaha menewaskan musuh tradisi Thailand.  Jika kita lihat Thailand berjaya mencipta servis kuda yang di geruni,dan sepatutnya Malaysia belajar, barusaha menyaingi servis tersebut bukan nya mencipta permainan baru bagi tujuan memecahkan dominasi Thailand dan bagi saya usaha ini di lihat sebagai tidak berani menyahut cabaran atau pengecut.APA AKAN JADI PADA SEPAK TAKRAW SETERUSNYA..
Jika sebelum ini Malaysia cuba mencadangkan supaya servis kuda diharamkan tetapi tidak berjaya,apakah ini usaha ini usaha yang bijak,lebih baik terus berlatih dan mengkaji cara mengatasi servis kuda. Latih anak muda dari peringkat bawahan tentang kelebihan servis kuda bukan dah matang baru nak lentur dengan servis kuda memang tak akan berjaya. Malaysia juga pernah memulau Sukan SEA kerana penggunaan bola takraw yang dianggapnya membahaya tidakkah usaha ini hanya sia-sia sedangkan jika pendedahkan berterusan di berikan kepada pasukan lebih menguntungkan tetapi  yang begitu ralatnya setelah orang dari  Malaysia memegang jawatan dalam ASTAF  bola yang dikatakan bahaya tadi boleh pula diluluskan dan digunakan. Tidakkah ini di sifatkan mementingkan diri dari maruah Negara.
Wahai rakyat Malaysia jika ini berterusan sampai bila sukan Malaysia akan mampu maju dan bersaing dengan negara luar. Jangan sampai orang mula mengata Fasiliti sukan Malaysia no 1 tapi kemampuan sukan  bagaimana ? Apa gunanya wujudkan pengajian sains sukan disekolah dan  universiti kalau tidak digunakan untuk kemajuan sukan bukan hanya mendengar pendapat orang lama yang tidak pernah bersukan...memang betul kata orang pengalaman itu penting tetapi jika jika pengalaman tanpa ilmu ianya tidak kemana. AYUH BANGUN MAJUKAN SUKAN NEGARA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda