Isnin, Februari 15, 2010

SEJARAH SUKAN OLAHRAGA


       Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade.
Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:-

  • * Sukan Panhellenic
  • o Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun
  • o Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun
  • o Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2 tahun
  • o Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.
         Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik.
         Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan Olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.
Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928.
         Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.

SEJARAH OLAHRAGA DI Malaysia
  • Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.
  • Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’.
  • Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
  • 1914 – 1919 : Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama.
  • 1920 : Mesyuarat olahraga diadakan di KL untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.
  • Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’.
  • 1913 : Nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’.
  • Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.
  • 1940 – 1948 : Aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.
  • 1952 : Nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur Athletic Union’ (FMAAU).
  • Digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.
  • 1960 : Kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan2 baru telah diadakan di Seremban. Rekod2 kebangsaan telah diiktiraf.
  • 1960 – 1962 : Kejohanan turut disertai oleh peserta2 dari luar negara.
  • Dengan penubuhan Malaysia, FMAAU ditukar kepada MAAU.
  • Presiden MAAU yg pertama – Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.
  • 1964 : Kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda