Isnin, Februari 15, 2010

GAYA PERMULAAN BAGI ACARA 100 METER

Gaya Peluru
Dalam permulaan gaya peluru (bullet start) kedua-dua belah kaki diletakkan pada jarak 28cm ke garisan belakang. Penyelidikan menunjukkan, semasa tapak kaki meninggalkan blok permulaan kecepatan (velocity) tidaklah baik. Ia juga memerlukan kekuatan untuk memulakan pecutan dengan cara ini. Oleh yang demikian permulaan gaya peluru ini tidak digalakkan bagi mereka yang baru menyertai acara pecut.

Gaya Sederhana
Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik di antara ketiga-tiga jenis gaya dekam. Perbezaannya ialah pada kedudukan kaki belakang yang sederhana mengikut keselesaan peserta.

Gaya Panjang(elongated)
Dalam permulaan jenis ini, kaki belakang diletakkan jauh ke belakang dan kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan. Permulaan jenis ini jarang digunakan kerana meletakkan kaki belakang jauh dari garisan permulaan, tidak dapat memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan larian.
Latihan Ansur Maju 100 Meter
Larian atas bebola kaki
1. Murid berjalan dengan menggunakan bebola kaki.
2. Murid skip dengan menggunakan bebola kaki.

Angkat Lutut Tinggi
1. Lutut angkat sama tinggi dengan pinggang.
2. Badan condong ke hadapan lebih kurang 45°
3. Kepala tegak jangan terangguk.
4. Mata tumpu terus di hadapan lebih kurang 2m ke hadapan.
5. Bahu relaks.

Hayunan Tangan
1. Siku bengkok lebih kurang 90°.
2. Hayun tangan ke belakang melepasi badan di sisi pinggang pada ketinggian pinggul.
3. Tangan hayun dengan cepat dan bebas.

Berlari Mengikut Lorong
1. Murid melakukan larian pecut sejauh 30m dengan menggunakan teknik yang betul secara perlahan.
2. Murid melakukan larian pecut sejauh 40m dengan menggunakan teknik yang betul secara perlahan

Teknik Permulaan Dekam
1. Permulaan Sederhana.
a. Berdiri di belakang garisan permulaan.
b. Jarak di antara bahagian hadapan blok dengan garisan permulaan antara 30-50 cm.
c. Pastikan blok permulaan dipasang dengan baik, ketat dan kemas. Ia diletakkan bersudut tepat dengan garisan permulaan.

2. Kedudukan ke garisan
a. Kaki permulaan di atas blok permulaan. Kaki hadapan haruslah diselaraskan dengan lutut kaki belakang.
b. Lengan hendaklah diluruskan dan jangan kuncikan siku. Bahu dinaikkan lebih tinggi daripada tangan.
c. Letakkan kedua-dua tangan di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan. Jarak antara kedua-dua tangan seluas bahu.
d. Kedudukan kepala adalah seperti biasa, mata memandang pada titik I meter ke hadapan.

3. Kedudukan Sedia.
a. Kedudukan lutut kaki hadapan lebih kurang 90° dari aras tanah. Lutut kaki belakang lebih kurang 120° dari aras tanah.
b. Pinggang hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu. Bahu pula harus pula harus tinggi sedikit daripada kepala.
c. Tangan diluruskan. Kedudukan kepala tidak berubah.
d. Tekan kedua-dua belah kaki dengan kuat pada blok permulaan.
e. Mata memandang pada titik 1 meter ke hadapan.

4. Kedudukan Berlepas
a. Bergerak pantas dan lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan serta-merta. Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat.
b. Tolakkan jari tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok.
c. Condongkan badan dan mata tumpu pada titik 1 meter ke hadapan.

5. Permulaan Larian.
a. Kaki lonjakan dibawa ke hadapan.
b. Tubuh badan direndahkan.
c. Kepala ditundukkan sedikit.
d. Mata tertumpu pada trek.
e. Langkah permulaan pendek untuk 10 meter pertama.
f. Kaki diluaskan sedikit.

6. Semasa Larian
a. Atlet memecut dengan langkah yang panjang dan cepat.c
b. Lutut diangkat tinggi.
c. Menghayaun lengan dengan pantas.
d. Lari atas bebola kaki.
e. Siku dirapat pada badan dan dibengkok pada sudut 90°.

1 ulasan:

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda