Kepada pasangan kekasih,suami isteri Islam, sebab apa Ulama mengharamkan perayaan Valentine Day. Nak nbagi bunga,kad, ucapan i love you hari-hari pun boleh buat bukannya menunggu 14 Feb. Ini adalah kerana asal-usul perayaan valentine day adalah perayaan orang Kristian. Macam hari-hari istimewa umat Islam contohnya Hari Israk dan Mikraj- bukan ke untuk orang Islam sahaja. Begitu juga hari Valentine ni untuk orang Kristian – apa kejadahnya kita nak sambut walau apa alasan sekalipun.
Kisah St. Valentine.
Di kurun yang ke 5 masihi, pihak gereja katholik berhasrat untuk menghapuskan perayaan kesuburan musyrik yang diraikan oleh orang-orang Rom sejak dari kurun ke 4 sebelum masihi. Pada bulan Febuari setiap tahun akan diadakan cabutan bertuah untuk meraikan para remaja lelaki yang memasuki peringkat akil baligh dihadapan “tuhan” Lupericus. Bagi para remaja perempuan mereka juga akan mengambil bahagian didalam cabutan bertuah ini, dengan meletakkan nama mereka didalam sebuah kotak dan nama-nama tersebut akan dicabut secara rambang oleh para remaja lelaki tadi. Remaja perempuan yang dicabut namanya oleh remaja lelaki tadi akan dihadiahkan kepadanya. Pasangan sejoli tadi akan keluar dari tempat penyembahan tersebut sebagai “sepasang suami-isteri”, yang akan menikmati keseronokan dari hubungan tersebut selama setahun sehingga tiba masa untuk cabutan bertuah pada tahun yang berikutnya.

Pihak gereja tidak meredhai ciri pergaulan bebas yang ada pada penyembahan tersebut dan berusaha untuk mengakhirinya dengan melantik “wali (saint) cinta”, yang akan dianugerahkan kemulian bagi mengantikan ritual kepada Lupericus. Mereka memilih seorang bishop yang bernama Valentine yang telah dihukum bunuh pada kurun ke 3 masihi. Hukuman yang yang terimanya adalah kerana beliau menyangah Emperor Claudius yang mengharamkan perkahwinan kerana menganggap perkahwinan meyebabkan orang lelaki menjadi askar yang tidak berkualiti, kerana mereka enggan untuk meninggalkan keluarga mereka untuk ke medan perang. Valentine telah menerima mereka untuk dikahwinkan secara rahsia, sebuah jenayah yang mengakibatkan dia dijatuhi hukuman bunuh. Bagaimanapun sebelum dilaksanakan hukuman tersebut dia dikatakan sempat mengirimkan ucapan selamat tinggal kepada anak perempuan orang yang memenjarakannya yang mana dia telah jatuh cinta kepadanya ketika dia berada di penjara. Ucapan tersebut berbunyi, “Dari Valentine dikau”.
Ini satu cerita, tapi cerit Paderi Valentino yang menghasut Ratu Isabela supaya menghancurkan Kerajan Uthmaniah di Cordova sebenarnya lebih memilukan kerana bila mereka dah hancurkan Islam di sana, mereka gunaka lambang V sebagai mengagungkan Valentino yang mencetus kehancuran Empayar Islam itu. Maka Muslimin yang sibuk dengan hari Valentine sebenarnya tumpang semangkuk meraikan kehancuran kerajaan Islam. Alangkah dangkanya pemikiran mereka, kesian, 'jadi hamba yang meludah dan mencemar agama sendiri'. Kepada semua Muslimin dan Muslimat, elakkan gunakan lambang V sama ada untuk 'victory' atau 'peace' sebab mereka yang faham sejarah kehancuran Kerajaan uthmaniah akan bangga dengan orang Islam yang secara tak sedar telah menyokong dan mengagumi kehancuran rakan seagamanya sendiri. (OT)
BalasPadam