Khamis, Mac 01, 2012

LEMPAR CAKERA 1

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 34.92° di hadapan bulatan.

  Faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera.Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah :
  • ketinggian,
  • kelajuan
  • sudut pelepasan cakera
  • sifat aerodinamik dengan bentuk cakera
CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA
 
Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur dengan mengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan
.



 JENIS DAN BENTUK CAKERA

Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan--bahan sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengansimpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa).

Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik.
Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pert"andingan rasmi.

Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspek¬aspek yang lain antara cakera untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda