SEJARAH
Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan, walaupun baling lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman silam.
Lempar cakera dimasukkan ke dalam sdukan olimpik kuno di Greek. Pada masa itu, peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan padsa masa kini. Cakera yang digunakan dalam sukan olimpik moden pertama tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbventuk bulat leper dan dibaluti besi sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya nhampir 2kg, iaitu 1.923kg.
Untuk mengelakkan cakera dilempar kemerata arah, disediakan satu kawasan khas yang berbentuk segi empat sama dengan 2.5m panjang dan lebar. Teknik atau cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam, yang menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta badan yang sedikit bongkoh, tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.
Pada sukan olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera dipertandingkan menerusi penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah dengan setiap peserta akan membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan, dan kali kedua menggunakan tangan yang sebelah lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana tidak ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920, dan selepas itu teknik lemparan baharu diperkenalkan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan