Renang untuk bersenam
Renang ialah sejenis senaman yang cemerlang. Oleh sebab ketumpatan tubuh manusia adalah lebih kurang sama dengan ketumpatan air, tubuh disangga oleh air dan oleh itu, tekanan pada sendi dan tulang
dikurangkan. Justeru renang sering dipergunakan sebagai senaman untuk
pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalami kehilangan upaya.
Renang rintangan
merupakan sejenis senaman renang yang bertujuan untuk latihan. Ia
mengekalkan perenang dalam kedudukan yang tetap untuk analisis kuak atau
untuk membolehkan renang dilakukan dalam ruang yang terbatas atas
alasan olahraga atau terapi. Renang rintangan boleh dilakukan baik
dengan menentang arus (sering diistilahkan sebagai mesin renang ) mahupun dengan mengekalkan perenang dalam keadaan pegun melalui ikatan-ikatan kenyal.
Renang ialah sejenis senaman aerobik kerana tempoh senaman ini yang panjang memerlukan bekalan oksigen yang tetap kepada otot, kecuali semasa pecutan singkat yang otot berfungsi secara anaerob. Sebagaimana dengan kebanyakan senaman aerobik, renang dipercayai mengurangkan kesan tekanan yang buruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan