1. Menuju pagar pertama
- Bilangan langkah larian hendaklah tetap
- Berlari dengan pantas (lari pecut)
- Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar.
2. Lonjakan
- Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa.
- Kaki kehadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi.
- Apabila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan.
- Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan.
- Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar.
- Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.
3. Melepasi pagar
- Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah kehadapan.
- Bongkokkan badan kehadapan.
- Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu.
- Tapak kaki belakang hendaklah mengarah keluar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar.
- Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).
4. Pulihan
- Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu.
- Condong badan dikekalkan.
- Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara pagar.
5. Berlari di antara pagar
- Bilangan langkah hendakalah sama
- Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.
6. Mengakhiri larian
- Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat
JENIS-JENIS PAGAR
1) NATIONAL ALUMINIUM HURDLE
2) POLANIK HURDLE
3) UCS INTERNATIONAL HURDLE
4)UCS ULTIMATE HURDLE
1) NATIONAL ALUMINIUM HURDLE
2) POLANIK HURDLE
3) UCS INTERNATIONAL HURDLE
4)UCS ULTIMATE HURDLE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan