Khamis, Mac 01, 2012

ANSUR MAJU LATIHAN LEMPAR CAKERA

LATIHAN ANSUR MAJU

LATIHAN 1

Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.


(a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit
(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan 

       menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini.
(c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera 

     supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir 
     melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.
LATIHAN 2

Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.



(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang    

      cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.
(b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika 

      melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.
(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua 

      belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.


LATIHAN 3


Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera.



(a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun 

      cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.
(b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kea rah lawan jam (ke 

      sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.
(c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi.
(d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
(e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan 

       badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan  
     dan kemudian beransur laju.
 

  LATIHAN 4

Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.



(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan 

      hayunkan cakera.
(b) Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan 

      ke depan bulatan.
(c) Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, 

      pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda