Jumaat, Mei 20, 2016

 

Prinsip FITT

Prinsip FITT merujuk kepada prinsip – prinsip asas senaman. Sebelum kita meneruskan pengetahuan lebih lanjut tentang prinsip FITT, kita perlu ketahui dahulu apa itu senaman. Menurut Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat : 73 (2008), ada menyatakan bahawa senaman merupakan satu aktiviti fizikal yang dirancang, pergerakan struktur oleh badan bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Ia dilakukan oleh individu ataupun berkumpulan secara kerap selama 20 hingga 60 minit sehari, sekurang – kurangnya tiga hingga lima kali seminggu. Contoh aktiviti senaman yang biasa dilakukan adalah seperti berlari, berjalan, berenang, berkayak dan berbasikal. Aktiviti senaman seperti ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur, jantina mahupun taraf kedudukan.
K. Pathmanathan (2007) dalam Modul OUM HBHE 3103 Gaya Hidup Sihat(2008) ada menakrifkan senaman sebagai salah satu daripada aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangka masa tertentu, secara berulang dengan matlamat untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan. Setelah kita mengetahui apa itu senaman maka dapat dirumuskan bahawa senaman merupakan sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tetapi dengan secara kerap, tetap dan memberi pulangan yang berfaedah kepada pelaksananya.
Antara prinsip – prinsip asas senaman yang paling terkenal ialah prinsip asas senaman FITT. Apa itu FITT? Ia merujuk kepada :
F : Frequency atau kekerapan senaman.
I : Intensity atau bebanan
T : Time atau merujuk kepada masa senaman
T : Type merujuk kepada jenis senaman yang dilakukan.

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda