Ahad, Ogos 07, 2011

BIOMEKANIK -PERGERAKAN DALAM SUKAN (part 3 - jenis daya)

DAYA RINTANGAN UDARA
  • Akan menentukan cara projektil bergerak di udara Dikenali  Daya Heretan Aerodinamik
    Bergantung kepada sifat fizikal objek seperti saiz ,bentuk dan jenis permukaan serta velositi udara yang melalui objek
  • Kebanyakan acara sukan berlaku seperti berikut: 
    • Objek dilepaskan atau dipukul 
    • Atlit memprojekkan diri ke udara 
DAYA JULANGAN AERODINAMIK
  • Perbezaan kelajuan udara di bahagian atas dan bawah terhasil apabila aliran udara melalui  bentuk yang aerofoil .
  • Perbezaan kelajuan akan menghasilkan perbezaan tekanan.
  • Kawasan velositi tinggi bertekanan rendah .
  • Kawasan velositi rendah bertekanan tinggi .
  • Daya julangan dihasilkan secara bersudut tepat dengan permukaan dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah .
  • Daya julangan ini perlu dihasilkan oleh ahli sukan supaya objek dapat bergerak lebih laju dengan mencondongkan objek secara relatif dengan arah angin .
  • [ contoh : ketika melempar cakera ]
JENIS-JENIS DAYA 
  • Daya Intrinsik dan Ekstrinsik mempengaruhi kualiti pergerakan .
  • Contoh :
  • Pusat graviti bola golf tidak berubah sehingga daya ekstrinsik dikenakan ke atas bola .
  • Daya intrinsik wujud di dalam bola apabila berlaku kontak antara kayu pemukul dengan bola golf .
(a) Daya Intrinsik ( dalaman )
  • Dihasilkan secara konsentrik apabila otot  semasa esentrik dan bertindak ke atas tulang bagi menghasilkan pergerakan .
  • Daya tarikan dihasilkan apabila otot menguncup sepanjang dimensinya.
 
(b) Daya EkstrinsikDaya Ekstrinsik
  • Bertindak ke atas jasad bagi memulakan pergerakan , menghentikan pergerakan dan  mengubah bentuk serta arah pergerakan .
  • Dalam permainan ragbi , pemain menggunakan  daya luaran semasa membuat takel bagi semasa membuat takel bagi menyekat pergerakan lawan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda