Renang umumnya dianggap sebagai suatu kegiatan kesihatan yang
berisiko rendah, berbanding dengan banyak sukan yang lain. Bagaimanapun,
terdapat sebilangan risiko kesihatan renang yang termasuk:
- Mati lemas dan penyedutan air yang diakibatkan oleh:
- Keadaan-keadaan air yang buruk yang melanda perenang atau mengakibatkan penyedutan air.
- Keapungan negatif ketika tersangkut kepada sebuah objek yang berat, umpamanya kapal yang sedang tenggelam.
- Penolakan orang-orang lain di bawah air, baik secara sengaja mahupun tidak.
- Keletihan atau ketaksedaran.
- Ketakupayaan, akibat pitam air cetek, serangan sakit jantung, sinkope sinus karotid atau angin ahmar.
- Kesan buruk perendaman:
- Mati lemas sekunder yang diakibatkan oleh sedutan air masin mencipta buih-buih di dalam paru-paru yang menyekat pernafasan.
- Sindrom Pernafasan Air, SWAS.
- Kejutan terma selepas terjun ke dalam air yang mengakibatkan denyutan jantung berhenti.
- Eksostosis yang merupakan pertumbuhan saluran telinga yang tidak normal, akibat mencepuk-cepuk air ke dalam saluran telinga secara kerap dan pada jangka panjang (dikenali sebagai telinga perenang).
- Pendedahan kepada kimia:
- Disinfektan klorin menaikkan pH air dan jika tidak dibetulkan, akan mengakibatkan kerengsaan mata dan/atau kulit. [1]
- Penyedutan gas klorin pada jumlah yang kecil dari permukaan air semasa berenang buat jangka panjang boleh mengakibatkan kesan yang buruk pada paru-paru, khususnya bagi mereka yang menghidap asma. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan kolam yang mempunyai pengudaraan yang lebih baik, khususnya kolam luar.
- Klorin juga mengakibatkan kesan kosmetik yang negatif selepas pendedahan yang lama dan berulang. Ia menghijaukan rambut perang muda dan menghapuskan segala warna daripada rambut perang supaya menjadi keputih-putihan. Klorin juga merosakkan struktur rambut dan menjadikannya “berkeriting halus”.
- Jangkitan:
- Air merupakan persekitaran yang cemerlang untuk banyak bakteria, parasit, kulat, dan virus yang menjejaskan manusia, bergantung kepada mutunya.
- Jangkitan kulit yang berasal daripada bilik-bilik renang dan mandi boleh mengakibatkan kutu air. Cara yang paling mudah untuk mengelakkannya adalah dengan mengering ruang antara jari-jari kaki selepas berenang.
- Sesetengah parasit mikroskopi seperti Cryptosporidium tahan klorin dan mengakibatkan penyakit cirit-birit apabila para perenang menelan air kolam.
- Jangkitan telinga, otitis media, (otitis eksterna).
- Perbuatan perenang sendiri:
- Kecederaan, akibat berenang berketerlaluan, boleh berlaku. Umpamanya:
- para peserta pertandingan gaya rama-rama boleh menghidap sakit belakang, termasuk fraktur vertebra (walaupun jarang) serta sakit bahu, akibat latihan bertahun-tahun;
- para perenang gaya dada boleh menghidap sakit lutut serta sakit pinggul; dan
- para perenang gaya bebas dan gaya rentang boleh menghidap sakit bahu, sejenis tendonitis yang biasanya dirujuk sebagai bahu perenang.
- Hiperventilasi dalam percubaan untuk melanjutkan masa di bawah air akan mengurangkan karbon dioksida darah yang mengakibatkan penahanan dorongan untuk bernafas serta kehilangan kesedaran pada akhir junaman. Untuk mekanismenya, sila lihat pitam air cetek.
- Kecederaan, akibat berenang berketerlaluan, boleh berlaku. Umpamanya:
- Kesan buruk yang diakibatkan oleh air dan cuaca:
- Arus, termasuk arus pasang surut dan arus sungai, boleh mengakibatkan keletihan, serta memindahkan perenang dari keadaan selamat, atau menarik perenang ke dalam air.
- Angin menerukkan ombak dan mengakibatkan perenang tidak mengikut haluan kerana ditiup angin.
- Hipotermia yang diakibatkan oleh air sejuk boleh dengan cepatnya mengakibatkan keletihan serta ketaksedaran.
- Selaran matahari boleh diterukkan oleh pantulan di dalam air serta kekurangan pakaian yang dipakai semasa berenang. Pendedahan jangka panjang kepada cahaya matahari boleh menaikkan risiko barah kulit.
- Barang-barang di dalam air:
- Kerosakan baling-baling merupakan punca kemalangan yang utama, baik kerana berlanggar dengan kapal mahupun kerana tersangkut ketika memanjat ke dalam kapal.
- Pelanggaran dengan perenang yang lain, dinding kolam, batu, atau kapal.
- Terjun ke dalam objek tenggelam, atau ke dasar, seringnya di dalam air yang keruh.
- Tersangkut pada objek tenggelam, khususnya dahan atau kapal yang ranap.
- Memijak pada benda yang tajam seperti kaca pecah.
- Hidupan akua yang berbahaya:
- Sengatan: ampai-ampai dan sesetengah karang
- Tembusan: landak laut, kupang zebra (Dreissena Polymorpha), ikan pari
- Gigitan: yu serta ikan-ikan yang lain, ular, udang kara, atau ketam
- Kejutan elektrik: ikan pari elektrik, belut elektrik.
- Aspek undang-undang
- undang-undang yang berkait dengan perkara-perkara di atas atau dengan kesopanan (umpamanya renang telanjang)
- pelanggaran hak pemilikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan