Pertandingan Renang
Tujuan renang pertandingan adalah untuk berenang dengan paling cepat
bagi sesuatu jarak yang diberikan. Renang pertandingan menjadi popular
pada abad ke-19
dan kini terdiri daripada 34 buah acara, iaitu 17 buah acara bagi
setiap jantina. Renang juga merupakan acara yang popular dalam Sukan Olimpik Musim Panas,
dengan setiap jantina ahli olahraga masing-masing bertanding dalam 13
buah acara yang diiktirfaf. Acara-acara Sukan Olimpik diadakan di dalam
kolam yang 50 meter panjangnya. Badan pentadbiran antarabangsa renang pertandingan ialah FINA (Fédération Internationale de Natation), iaitu Persekutuan Renang Antarabangsa.
Keempat-empat gaya pertandingan dalam Sukan Olimpik ialah gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak lentang, gaya kuak dada, dan gaya bebas
(gaya rangkap depan). Gaya-gaya itu boleh direnang secara perseorangan
atau bersama-sama dalam lumba rampai. Urutan lumba rampai ialah: 1)
gaya rama-rama, 2) gaya lentang, 3) gaya dada, dan 4) gaya bebas.
Terdapat dua jenis lumba berganti-ganti: lumba rampai dan gaya bebas.
Urutan lumba rampai ialah: 1) gaya kuak lentang, 2) gaya kuak dada, 3)
gaya kuak kupu-kupu, dan 4) gaya bebas. Setiap empat perenang dalam
renang lumba berganti-ganti berenang pada jarak yang tertentu,
bergantung kepada jarak keseluruhan lumba berganti-ganti. Ketiga-tiga
jarak lumba berganti-ganti ialah 200 meter atau ela,
400 meter atau ela, dan 800 meter atau ela (yang terakhir ini hanya
direnang dengan menggunakan gaya bebas). Untuk kolam 50 meter, setiap
perenang dalam lumba berganti-ganti berenang dari hujung ke hujung kolam
renang bagi lumba 200 meter, dua jarak hujung ke hujung kolam renang
bagi lumba 400 meter, dan empat jarak bagi lumba 800 meter. Bagi kolam
25 meter atau ela, setiap perenang dalam lumba berganti-ganti berenang
dua jarak bagi lumba 200 meter, empat jarak bagi lumba 400 meter, dan
lapan jarak bagi lumba 800 meter. Banyak kolam pertandingan yang bersaiz
penuh di Amerika Syarikat
adalah 50 meter panjangnya dan 25 ela lebarnya. Ini membenarkan
kedua-dua lumba jarak pendek (kolam 25 m atau 25 ela) dan lumba jarak
panjang (kolam 50 m) diadakan.
Terdapat beberapa jenis pengadil:
- pemula yang memulakan perlumbaan;
- para pengadil pemusingan yang memastikan bahawa pemusingan perenang adalah menetapi peraturan
- para pengadil renang yang memeriksa gaya renang peserta,
- para penjaga waktu yang menentukan masa yang diambil oleh para peserta; dan
- ketua pengadil (bahasa Inggeris: umpire) yang memastikan bahawa segala aspek perlumbaan dikendalikan dengan lancar.
Jika seseorang pegawai menangkap sesiapa antara peserta-peserta yang
melanggar peraturan gaya renang, peserta itu akan disingkirkan dan
renangnya dianggap tidak sah.
Komuniti-komuniti Amerika Syarikat dan United Kingdom
menaja liga-liga renang pertandingan yang terdiri daripada
pasukan-pasukan renang kanak-kanak dan remaja. Liga-liga ini sebahagian
besarnya menepati peraturan-peraturan renang yang diiktiraf dan
berenang dengan gaya piawai, tetapi pada jarak yang lebih pendek,
sebagai acara-acara dalam temasya sukan renang. Liga-liga itu yang
biasanya bergiat pada bulan-bulan yang lebih panas tidak dikaitkan
secara langsung dengan sebarang pertubuhan renang negara atau dunia.
Bagaimanapun, perenang-perenang yang memulakan pengalaman renang
pertandingan mereka dalam pasukan-pasukan renang tempatan tersebut
kekadangnya akan menyertai pasukan peringkat negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan