Peranan dan tanggungjawab ahli keluarga
Peranan suami isteri
- Kebahagiaan perkahwinan dan perhubungan antara suami isteri adalah berasaskan kepada sikap jujur, romantis dan kesediaan bermaaf-maafan antara satu sama lain.
- Nyatakan perasaan dan kemahuan secara jujur dan terbuka khususnya dalam perhubungan seksual.
- Setiap pasangan harus berbincang dan merancang bilangan, masa dan jarak kehamilan berdasarkan kemampuan kesihatan mereka.
- Menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi muda.
- Dapatkan bantuan professional sekiranya perlu.
Peranan ibu bapa
- Menjalin perhubungan yang mesra dan memupuk nilai-nilai murni dan harga diri anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
- Bersedia mendengar dan membimbing anak-anak dalam hal-hal kesihatan reproduktif.
- Melindungi anak-anak daripada penderaan seks.
- Mendidik anak mengenali sentuhan baik dan buruk dan melaporkan sebarang pencabulan.
- Mengesan tingkah laku dan gejala luar biasa dan mengambil tindakan sewajarnya.
- Mengajar batasan dalam pergaulan.
Peranan keluarga
- Setiap ahli mempunyai fungsi dan tanggungjawab dalam membina kesejahteraan keluarga.
- Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepada generasi muda.
- Memenuhi dan menyediakan keperluan asas setiap ahli keluarga termasuk perlindungan dan kasih sayang.
- Mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yang sihat.
- Setiap ahli keluarga perlu meningkatkan pengetahuan mengenai hal-hal kesihatan reproduktif bagi membolehkan diri membuat keputusan dan tindakan yang bijak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan