Sabtu, Mac 13, 2010

JENIS KAYAK DAN KEGUNAAN


kayak getah
1. Creek Boat, berguna untuk yang baru menceburi atau mengenal kayak kerana ia stabil dan mudah dikendalikan.

2. Kayak Polo, bentuk hampir sama dengan Creek Boat tetapi bahagian belakangnya lebih leper bagi memudahkannya memotong air untuk berpusing. Keno Polo ini khusus digunakan di kolam renang atau tasik yang tenang.

3. Inflatable Kayak, gabungan dari getah dan fiber, bentuknya besar, bulat dan panjang. Daya apung tingi, stabil dan ringan, sesuai untuk pelatih baru.
4. Squirt, bentuk tipis dan ruang dalam hanya boleh memuat kaki pendayung. Berbentuk pendek (2,5 M ke bawah). Kayak jenis ini biasanya untuk menyelam didalam air, sesuai untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan cartwhell.squirt

5. Sprint Boat, digunakan untuk pertandingan. Berbentuk panjang, kecil dan tirus dibawahnya, sangat laju dan lurus, pendayung kayak jenis ini harus mempunyai keseimbangan yang baik.

6. Slalom, mengandung dua elemen utama iaitu kelajuan dan kestabilan, panjang sekitar 6m dan bahagian depan tajam, bahagian belakang besar.
sprintkayak slalom

7. Downriver Boat, panjang sekitar 4m, deck leper, depan tirus bulat, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom.

kayak downriver
8. Sea Kayak, digunakan untuk aktiviti ekspidisi di laut, ada ruang yang kosongdan besar  untuk menyimpan peralatan, terdapat kompas untuk navigasi dan ada kemudi di bahagian belakang perahu.
sea kayak

9. Sit On Top, digunakan untuk khusus di pantai atau tasik,  dilengkapi lubang khusus membuang air. Apabila terbalik mudah untuk naik kembali ke perahu, tetapi gerak kayak jenis ini cukup lambat, dan susah untuk melakukan Eskimo Roll (teknik berguling).
                                             TEKNIK MEMILIH KAYAK.
see on top
1. Berdasarkan Ukuran & Berat
Ukuran memegang peranan penting dalam pemilihan kayak yang sesuai. Jenis kayak disesuaikan dengan postur tubuh.

2. Keseimbangan
Keseimbangan sangat perlu dalam memilih kayak. Kayak yang berbadan panjang dan lebar ukurannya memiliki keseimbangan yang tinggi.
Keseimbangan terdiri dari : Keseimbangan Primer dan Keseimbangn Sekunder.
Keseimbangan Primer adalah keseimbangan yang susah untuk terbalik dan cukup stabil, dan akan mudah terbalik apabila sudah lepas dari pusat gravitasinya.
Keseimbangan Sekunder adalah keadaan yang tidak begitu stabil bila berada didalam perahu, dan sulit untuk terbalik apabila telah melepasi pusat gravitasinya.

3. Rocker
Rocker dimaksud adalah cekukan pada bagian bawah (hull) hingga ke bagian bow atau stern kayak. Kayak yang rocker-nya besar akan mudah berputar dan rocker kecil sulit untuk berputar tetapi mudah bergerak lurus dan laju.

JENIS-JENIS KAYAK

Mandesta (Berbentuk V)
Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis/lintasan lurus. Menggunakan perahu jenis ini memerlukan keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.

Ottersport (Berbentuk U)
Bahagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata. Perahu jenis ini amat stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru bermula dalam sukan kayak. Kerana bawahnya rata, pergerakan agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan depan.

Slalom (Berbentuk O)
Bahagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat. Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras. Dari bentuknya memudahkan untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.

(terjemahan dari Buku Karangan MD AMIN MD TAFF).

1 ulasan:

  1. blh tolong post peraturan pertandingn kayak..yg umum..mean peraturan untuk kayak rekreasi dan pertandingn

    BalasPadam

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda