Jumaat, Mac 12, 2010

Adik Adi Putra. kanak kanak pintar ( sajak untuk bangsa melayu.)

Saya kagum sebenarnya apabila melihat “lagaknya” mendeklamasikan sajak yang diciptanya sendiri pada usia seawal 6 tahun lagi. Hebat.  Meremang juga dengar suaranya melontarkan sajak tersebut. Satu puisi tentang bangsa melayu dengan begitu sinis tapi puitis, seolah-olah puisi berbentuk sindiran yang bertujuan “membawa harapan” dapat menyedarkan bangsa melayu kita. Sekarang ini adik ini sudah menginjak ke usia 9 tahun. Itulah Adi Putra nama diberi.http://www.youtube.com/watch?v=I5hNRHnabsc&feature=player_embedded#
Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tafsir Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa

Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu
ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu paling hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata
Saya rasa ada baiknya budak bijak ini dikurangkan daripada segi liputan media tumpukan kepada tumbesaran akal dan pembentukan insaniah. Sebabnya, kita tidak tahu apa perancangan orang Barat. Mereka hanya memerhati dari kaca televisyen dan media cetak tempatan. Bukannya kita hendak menuduh. Cukup sekadar kita mengambil langkah berjaga-jaga.


Lihat apa yang terjadi kepada anak gadis bernama Sufiyah Yusof. Gadis bijak yang berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia seawal 12 tahun. Sekarang ini?  Apa sudah jadi kepadanya. Hanyut ke lembah hina. Sayang sekali. Semoga Tuhan memberikannya hadiyah dan panduan kepadanya. Insyaallah. Begitu juga kepada kisah budak bijak dari Kedah,  yang suatu masa dulu pernah menjadi anak angkat Ungku Azizi, sekarang ini hanya bergelar sebagai penebar roti canai sahaja. Kita tidak mahu lihat pisang berbuah dua kali.
Bayangkan, pada usia yang cukup-cukup muda sudah mempunyai semangat, impian dan matlamat dalam hidup. Adik Adi Putra mempunyai impian untuk  mencipta satu setelit untuk kegunaan negara-negara Islam. Tinggi cita-cita budak ini. 
Adi Putra pernah menyuarakan cita-citanya menjadi  negawan ulung apabila menyatakan hasratnya untuk membangunkan negara dengan “bertemankan” surah Yasin dan Matematik. Lihat sahaja dia memberikan ‘tamparan maut’ kepada kualiti sistem pendidikan Malaysia dengan kenyataan sinis “Adi semasa sekolah dulu(Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) :
Adi macam “kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil”.
Menteri Pendidikan ketika itu Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein sangat tercabar dengan anak kecil dari Perak ini .
Sangat bagus. Maaf saya katakan. Kita kena ada budak bijak seperti ini untuk memecahkan kelompok fikiran kolot bangsa Melayu. Budak ini masih dalam proses belajar. Insyaalah kita doakan budak ini tidak “hanyut” dan menjadi manusia berguna untuk  agama bangsa dan negara. Memang ada baiknya.



3 ulasan:

  1. Suatu pandangan peribadi, hak anda untuk menyatakan pendapat anda. Suatu hak yang kita nikmati dalam negara yang kita hirup udaranya. Sajak yang mengesankan dari anak kecil. Hanya jiwa yang menghayati bisa memahami. Tahniah saudara Muhaze.Nice blog.

    BalasPadam
  2. back ground gelap. susah nak baca. buat lain le.

    BalasPadam
  3. apa2 hal pun...awak cerita separuh jek...separuh lagi awak x cerita n nampakkan cam kerajaan kita ni bodoh sgt..

    cerita half lagi tu kan adi dah diberi kemasukan A-level..tapi..masuk 2 bulan jek..(siap di bahas kat dewan rakyat lagi ttg masalah adi yg x mo sambung stadi ni)

    ni komen sy selepas buat homework..

    dulu masuk sekolah khas dia kata dia cam ferrari n pelajaran yg diberi adalah seperti kereta kancil..n kerajaan pun bg dia ambil A-level..

    duit sewa rumah tnb baya..duit A-level pun di support 6000 sebulan..n after 2 bulan dia kata dia boring n berhenti..

    mcmana ni?? cam yg saya dah kata..klau rasa pandai sgt..ambil lah silibus..study kat umah n gi amik exam jek..

    bapak dia buat statement kerajaan lepas tangan pasal anak dia..mcmana lagi kerajaan nak support..they gave everything...kerajaan x suruh pun adi amik upsr..pmr..or hatta spm sekalipun..cuma suruh ambil A-level je..

    kan dlm the star tu kata dia nak smbg study kat us..singapore or uk..krajaan dah bg awal2 dah..amik A-level pastu pergilah stadi sejauh mana dia nak..

    mana ada universiti yg terima student tanpa certificate..even sufiah n adik bradiknya pun amik SAT exam b4 nak masuk universiti..

    semua org get thru process yg sama..itu pun sbnarnya adi dah cukup bertuah sbb x payah amik exam susah2 dr bawah..

    pasal adi x suka baca buku tu pun satu cerita juga..bukan niat sy riak..sy master holder in comp science..adi..klau kita rasa ilmu kita ni dah terlebih2 smpai x tau nak belajar apa..cuba pergi ke kelas2 tu especially klas yg adi x brapa mahir cam subject sciences--physic, chem..bio..(maaflah sy kata mcm ni sbb mmg x dek proven record adi boleh kuasai subjek2 ni)..mesti akan rasa..ooo byk lagi yg sy boleh pelajari...

    pasal amik references kat internet tu..mm..x semua bahan kat internet tu valid..contoh..wikipedia..semua org boleh tulis..so penting nya baca buku sbb itu adalah valid sources..

    nanti klau adi buat research pun..sources tu mesti lah valid n dr buku lah yg plg valid..sy x kata internet x valid tapi x semua lah..

    so pd adi..masuk lah semula A-level tu..sy lah antara org yg paling gembira klau adi berjaya..adi ada kata dia nak buat teleskop utk org islam..so klau x gi universiti..cm ne nak dpt lab access utk kira cam ne nak buat segala komponen yg robust..n cam ne nak buat teleskop tu..

    klau x dek lab access semua tu jgn kan kata nak cipta teleskop..nak invent formula kimia utk mercun yg meletup sikit pun x boleh..

    so pd adi..harapan sy cuma satu..jgn sesiakan bakat anda..byk lagi yg perlu dipelajari..ilmu yg kita ada ni cuma bagai setitik air di lautan..

    nabi pun ada kata tuntutlah ilmu walau smpai ke negeri cina..so gi lah amik exam tu..prove kan adi boleh! tgk mcm ainan..dia pun gifted..lg dia gifted 3 subjects..

    dia kat singapore tu x leh lompat terus cam adi..dia kena amik dr o-level..pastu a-level n baru lah boleh ambil course kat politech singapura...skrg ni dia smbg stadi kat help university..

    ainan pun sebaya adi juga..kan bagus klau dulu adi dah complete kan course..sekarang dah tentu dah masuk universitin dpt scholar..x payah la adi susah2 buat business n complain buat masa ni x leh nak tentukan lagi nak smbg stadi kat mana sbb duit x cukup...

    sy bg contoh ni supaya adi tgk kat ainan..mana yg baik boleh dijadikan ikutan..akrit jaswal pun sama..dia amik exam..adora amik home shooling...

    smoga adi jadi org yg berguna pd negara dan bangsa..apa2 pun yg adi buat..sy jek key nya jgn mudah rasa bosan...


    so moralnya saudara muhaze...jgn cerita separuh jek...jadi ala2 fitnah keh..

    BalasPadam

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda