Khamis, Jun 16, 2011

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN

Keagresifan dalam Sukan
Menjelaskan pengertian keagresifan dalam sukan
Memahami perbezaan antara ketiga-tiga jenis keagresifan dalam konteks sukan.
Memberi contoh yang sesuai bagi setiap jenis keagresifan dalam sukan.
Jenis Keagresifan
Ketara (hostile)
Instrumental
Asertif
Pengertian keagresifan
Baron dan Richardson (1994) – apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecerderaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari kecerderaan
Wann (1997) – satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecerderaan secara fizikal, verbal atau psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari di cerderakan dan atau perbuatan yang mendatangkan kerosotan kepada harta benda yang berpunca dari kemarahan
Keagresifan Ketara
Merujuk kepada tindakan agrasif yang berpunca dari rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain/objek dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula (kepuasan) adalah melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya
Keagrasifan instrumentel
Merujuk kepada sesuatu perbuatan dengan niat untuk mencerderakan individu lain bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij
Individu yang bertindak agrasif tadi melihat tindakan tersebut sebagai “instrumental” (perlu di lakukan) untuk mencapai matlamatnya
Keagrasifan arsertif
Merujuk kedapa penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang di benarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan)
Dalam kontek ini, niat untuk mencerderakan individu lain tidak timbul sama sekali.Jika kecerderaan berlaku akibat tindakan arsertif, ia tidak di kira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut di benarkan mengikut peraturan dan tiada niat untuk mengakibatkan kecerderaan pemain lain.
Keagresifan dalam Sukan
Mengenal pasti beberapa faktor penyebab
keagresifan dalam sukan berdasarkan kepada
insiden yang berlaku secara global.

Faktor penyebab keagresifan
Kebangkitan fisiologi – berkaitan rapat dengan suhu persekitaran dan bunyi bising penonton.- menyebabkan permain kurang selesa rimas dan mudah marah.
Persepsi individu yang di kasari – keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan bahawa beliau akan di kasari oleh pihak lawan – akan bertindak dengan cara yang sama

Takut kepada tindak balas yang akan di terima – takut tindak balas yang di terima dari pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam perlawanan.Bagaimanapun akan sampai satu tahap di mana setiap permain mula mencabar lawannya dan tindakan ini akan menjadikan perlawan akan menjadi lebih sengit – kelakuan agresif meningkat untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat – sampai kemuncak jika perlawan tidak di kawal dengan baik.
Perbezaan mata atau jaringan – banyak kekasaran di lakukan oleh pasukan yang sedang ketinggalan
Lokasi perlawanan – pasukan yang bermain di tempat sendiri lebih agresif kerana mendapat sokongan serta menjaga maruah

Keputusan pertandingan – pemain pasukan yang tewas atau tidak berpeluang untuk menang lazimnya lebih agresif
Kedudukan pasukan dalam liga – pasukan yang kedudukan di bawah lebih agresif
Jangkamasa dalam permainan – perlakuan agresif meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan
Penggunaan steroid – peningkatan keagresifan individu yang mengambil steroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda