Sabtu, Jun 04, 2011

PENCEGAHAN KECEDERAAN SUKAN


Faktor Ekstrinsik :

1-Pakaian


  • Selesa, sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yg ketat menjerut peredaran darah membawa kesan buruk
2-Peralatan
  • Sesuai dgn umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu terutama oleh kanak-kanak dan remaja
3-Peralatan keselamatan
  • Pemakaian peralatan keselamatan perlu diwajibkan bagi melindungi daripada sebarang kecederaan.
4-Persekitaran
  • Selamat dan sesuai untuk menjalankan aktiviti. Bebas daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan risiko kemalangan dan kecederaan.


    Faktor Intrinsik :

    1-Kesihatan
    Memastikan atlet bebas daripada masalah kesihatan.Persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum melakukan sebarang aktiviti.

    2. Kecergasan
    Memastikan setiap atlet mempunyai tahap kecergasan yang optimum sebelum melakukan sebarang aktiviti.

    3. Pemakanan
    Memastikan setiap atlet mengamalkan pemakanan yang seimbang

    Langkah Pencengahan

    Memanaskan badan: 
  • meningkatkan intensiti pergerakan membolehkan jantung, peparu dan saluran darah disesuaikan dengan peningkatan kadar kerja bagi mengurangkan tekanan dan risiko kecederaan jantung
  • menambah keyakinan atlet terhadap keupayaan dirinya
  • membolehkan atlet memberi tumpuan terhadap permainan
  • otot menerima darah yang mencukupi

    2. Gerak Kendur 
  • mengurangkan kelesuan otot dan meningkatkan keanjalannya, tendon dan ligamen kerana suhu dalaman adalah tinggi sebaik sahaja aktiviti fizikal utama
  • menguraikan asid laktik dari pada bhg sendi otot yang menyebabkan kelesuan
  • mempercepatkan kemalian darah ke jantung dan mengembalikan darah yang telah dipam oleh jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan tangan
     
  • Pemulihan Kecederaan Sukan(Rehabilitasi)

     Rehabilitasi mengembalikan bahagian yang cedera kepada keadaan asal.

    Prinsip
    Kesegeraan – ambil tindakan segera ke atas sesuatu insiden atau kes
    Pemulihan awal - akukan pemulihan awal untuk mengurangkan kesan kecederaan Jangan tunggu bahagian tercedera ‘sembuh’ baru melakukan pemulihan
    Progresif – lakukan rehabilitasi secara beransur maju

    Objektif 
  • Rawatan yang diberikan mestilah bertujuan untuk memulihkan dan mengembalikan fungsi badan kepada tahap asal pada jangka masa sesingkat mungkin
Faktor-faktor Mempengaruhi Rehabilitasi 
  • Keterukan atau keseriusan kecederaan
  • Tahap penyembuhan tisu
    Jenis rawata
  •  Kekuatan otot-otot pada tangan dan kaki
  •  Kesakitan pada pergerakan sendi
  • Julat pergerakan sendi
  • Bengkak pada sendi
  • Keadaan-keadaan lain pada sendi
  • Keperluan atlit untuk bermain semula

Proses pemulihan:

1) Menguatkan otot,ligamen dan tendon yang telah pulih dari kecederaan.
2) Memulihkan tahap kecergasan atlet kepada keadaan asal
3) Meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau otot.
4) Mengembalikan keyakinan atlet terhadap keupayaannya.

Peranan Jurulatih
:

  • Menggalakkan dan memantau atlet mematuhi program rehabilitasi dan kaedah penyesuaian latihan.
  • Tidak membenarkan atlet menyertai sebarang pertandingan sehingga pulih sepenuhnya.

    Peranan Ahli Fisioterapi :
    • Mengekalkan kecergasan atlet sepanjang masa program rehabilitasi.
    • Merancang program rehabilitasi secara individu.
    • Memantau perkembangan atlet sehingga kembali aktif semula.
    • Membantu mempercepatkan kadar penyembuhan sesuatu kecederaan
Jenis Pemulihan

1-Elektroterapi

Penggunaan alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau sendi yang cedera. Bertujuan merangsang peredaran darah ke tempat yang cedera. Contoh, mesin ‘ultrasound’, ‘shortwave diathermy’, ‘laser therapy’ dan ‘interferential’.


2-Hidroterapi

Penggunaan air untuk memulihkan kecederaan dgn menjalankan latihan kecergasaan dalam permulaan dgn bantuan daya apungan air. Apungan air dapat mengurangkan daya hentakan yang dikenakan ke atas anggota badan.
 

3-Isokinetik

Latihan pemulihan penguncupan fiber-fiber otot pada kelajuan yang tetap untuk mengatasi rintangan yang berubah-ubah.Contoh peralatan ialah ‘multi-gym’

PENDEDAHAN KEPADA CUACA PANAS

  • Bagaimana stres haba terjadi?

    Apabila suhu atmosfera menjadi seimbang dengan suhu badan, maka badan tidak berupaya utk menghilangkan haba menerusi radiasi. Jika terdapat humiditi yang tinggi peluh tidak dapat meluap dgn sempurna. Aktiviti riadah yang aktif, haba yang berlebihan akan dijanakan oleh kegiatan otot. Kelesuan haba atau keadaan yang lebih bahaya ialah strok haba akan menyerang.

    Fisiologi

    - Senaman menyebabkan suhu badan meningkat

    - Lebih banyak haba dihasilkan apabila intensiti latihan tinggi, atlit berbadan besar dan mempunyai lebih lemak bawah kulit (subcutaneous fat)

    -Hipotalamus adalah pusat kawalan haba atau thermoregulator

  •   Haba dibebaskan melalui :
  • Penyejukan kulit hasil daripada perpeluhan (mekanisma terpenting)
  • Paru-paru
  • Proses konduksi, konveksi dan radiasi
Gejala Dan Tanda
  • Heat exhaustion (Kehilangan air berlebihan)
  • Gejala : Cirit birit dan muntah.

    Tanda

    1. Pening kepala, pitam dan kebingungan.
    2. Hilang selera makan dan loya.
    3. Berpeluh, kulit yang berlengas dan pucat.
    4. Kekejangan pd kaki dan tangan atau perut.
    5. Pernafasan dan denyutan nadi yang cepat dan lemah

[b]Heat Stroke (Strok haba)


Gejala : Menyerang secara tiba-tiba dan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri dalam beberapa minit.

Tanda :

-1. Pening kepala, pitam dan tidak selesa.

-2. Lesu dan kebingungan.

-3. Kulit kering, merah dan panas.

-4. Darjah gerakbalas menurun dengan pantas.

-5. Denyutan nadi yaqng penuih dan melantun.

-6. Suhu badan lebih 40 darjah Celcius.

Heat Cramp (Kejang haba)

Gejala : Ketidakseimbangan air dan elektrolit iaitu Natrium dan Klorida dalam badan. Sering berlaku di gastrocnemius dan abdomen. Berlaku akibat kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan.

Tanda :

-1. Otot menjadi keras

-2. Pergerakan tidak normal


Langkah-Langkah Mengelakkan Sterss Haba

  • Menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca dan suhu yang panas sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari pertandingan.
  • Minum air sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi latihan atau pertandingan.
  • Pakaian diperbuat daripada 100% kapas adalah yang paling sesuai dalam cuaca yang panas.Pemakaian topi digalakkan bagi mengelakkan kehilangan 40% haba dibahagian kepala.
  • Elak daripada berlatih dalam cuaca panas.

2 ulasan:

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda