Pengurusan stres melibatkan :
- Kawalan Pernafasan
- Relaksasi Otot Progresif
- Latihan Autogenik
- Imageri
- Penetapan Matlamat
Kawalan Penafasan
Tarik nafas, lepaskan. Keluarkan semua masalah dan tekanan semasa menghembus nafas
Tarik nafas dalam-dalam ke diafragm dan lepaskan
Tarik nafas anda bersama tenaga dan daya hidup yang baru. Lepaskan semua ketegangan dan kepenatan dari dalam diri anda
Relaksasi Otot Progresif
Jacobson – otak cemas tidak akan wujud jika otot seluruh badan dalam keadaan relaks.
Matlamat program ini adalah untuk merelakskan seluruh otot badan dalam beberapa minit.
Teknik ini memerlukan atlet menegangkan otot yang berkaitan sebelum merelakskannya.
Ketegangan membantu atlet mengenal pasti perbezaan antara ketegangan dan relaksasi.
Matlamat akhir program ini adalah untuk menaikkan respon relaksasi bagi mengatasi stres dalam sesuatu situasi yang spesifik.
Latihan Autogenik
Hampir sama dengan relaksasi progresif
Satu bentuk latihan mental yang dirancang untuk melahirkan sensasi hangat dan berat sebagai respon kepada relaksasi.
Anggota badan berasa berat kerana tidak wujud sebarang tekanan mahupun ketegangan pada otot badan sementara kehangatan yang dirasai berpunca dari pengembangan saluran darah pada otot berkenaan (kesan tindakan parasimpetatik)
Imageri
Block(1981) – Satu proses yang menggunakan visualisasi untuk membayangkan situasi.
Wann (1997) – Proses yang merangkumi visualisasi mental tentang dasar yang dilakukan sebelum atau semasa melakukan tugasan tersebut
Penggunaan semua deria untuk mereka atau mereka semula pengalaman dalam minda.
Penetapan Matlamat
Satu proses untuk menetapkan matlamat di mana peningkatan motivasi dan hasil dapat dicapai dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.
Tumpuan perhatian – keupayaan atlet untuk memfokus pada maklumat yang relevan semasa pertandingan.
Satu bentuk latihan di mana atlet sentiasa mengingatkan dirinya sendiri akan kejayaan, teknik serta kemahiran yang terbaik pernah dicapai dan kejayaan yang boleh dicapai pada masa depan.Latihan juga membentuk kata kendiri yang positif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan