Khamis, Jun 16, 2011

PROSES PSIKOLOGI DALAM SUKAN

Proses kebangkitan

Berpunca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik. SSA mengawal tindakan automatik serta fungsi luar kawal badan seperti degupan jantung, penarfasan dan tekan darah. Ia boleh dibahagikan kepada sistem simpartetik dan parasimpartetik.Sistem simpartetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan dengan menyediakan, dengan menyediakan badan untuk tindakan ‘flight or fight’ sementara parasimpatetik pula berfungsi sebagai penenang atau (menurunkan kebangkitan).
Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan
Menjelaskan istilah yang berkaitan dengan stres
Memahami kesan kebangkitan dan kebimbingan terhadap prestasi apabila tahap kebangkitan dan kebimbangan terlalu tinggi/terlalu rendah.
Memahami pengaruh kebimbangan tret dan kebimbangan semasa dan perkaitannya dengan prestasi.
Memahami teori bencana

Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan
Kesan Kebangkitan dan kebimbangan terhadap individu:
Stres
Eustres
Distres
Hiperstres
Hipostres
Stres
Hans Selye (1982)- respon tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan yang di hadapi di persekitaran. Bentuk tekanan yang di hadapi adalah tekanan fizikal (berpunca dari penglibatan dalam aktiviti fizikal), tekanan mental seperti sedih, kecewa dan seronok dan lain-lain. Apapun bentuk tekanan yang di terima, reaksi fisiologikalnya tetap sama.

 
Eustres
Sekiranya individu tersebut merasakan bahawa stres yang di alaminya bersifat positif, maka ia di sebut eustres. Contohnya, perasaan serta debaran yang dirasai oleh seorang atlet sementara menantikan namanya di umumkan sebagai pemenang serta dikalungkan dengan pingat emas.
Stres yang di alami dalam bentuk debaran di tafsikan sebagai positif oleh atlet tersebut

 
Distres
Sekiranya individu tersebut membuat interprestasi bahawa stres yang di alaminya bersifat negatif. Individu merasakan bahawa beliau tidak mampu untuk menghadapi bebanan atau tekanan yang di hadapi di persekitaran. Contohnya, apabila seorang ahli gimnastik terjatuh dari balance beam,. Walaupun ahli gimnastik tersebut meneruskan semula rutin beliau rasa takut jatuh kali kedua serta kebimbangan yang dirasai kerana kehilangan mata sebelumnya memberikan kesan kepada beliau.

 
Hiperstres
Keadaan di mana tahap serta jumlah stres yang dialami melampaui kemampuan kita menanggani stres tersebut. Contohnya dalam keadaan tertekan yang teramat sangat seseorang individu menjadi kaku serta tidak dapat memberikan sebarang reaksi

 
Hipostres
Jumlah atau bentuk stres yang dialami tidak langsung merangsang atau membimbangkan individu tersebut. Hasilnya kebosanan berlaku.
Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan (11 waktu)
Mengenalpasti kaedah dan langkah mengurangkan
masalah berkaitan kebangkitan dan kebimbangan.

2 ulasan:

  1. terima kasih ats semua di atas.. saya nk bertanya tntng psikologi sukan tntng kebangkitan dalam sukan.. makud kebangkitan(arousal) dan kebimbangan(anxiety).. boleh terangkan dgn terperinci..

    BalasPadam
  2. Assalamuaikum. Saya sedang membuat Tesis tentang Hubungan Teori Kembimbangan dan prestasi atlet olahraga Remaja. Boleh tak tolong terangkan perkembangan Teori Kebimbangan sekarang ini dalam mengukur, menilai dan membantu pihak tertentu dalam meningkatkan prestasi keseluruhan atlet dan dari segi jangka masa panjangnya dan pihak yang berkaitan.
    T

    BalasPadam

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda