Sabtu, Jun 02, 2012

KASUT DAN SUKAN

Tujuan utama penggunaan kasut adalah untuk memberi perlindungan kepada kaki serta mengelakkan kecederaan. Untuk tujuan tersebut, kasut tersebut perlulah sesuai dengan tapak kaki anda. Kasut yang terlalu sempit, terlalu rendah atau terlalu besar boleh mengakibatkan ketidakselesaan, kecederaan dan juga kecacatan tetap. Dengan memahami komponen serta ciri-ciri tertentu, anda pasti boleh membuat pilihan kasut yang tepat untuk diri anda dan juga keluarga yang tersayang. Risalah ini menjelaska setiap bahagian kasut serta bagaimana ia boleh memberi kekuatan kepada kaki anda. Risalah ini turut membincangkan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sebelum anda membuat pilihan kasut sama ada untuk lelaki, wanita, kanak-kanak, kasut bekerja mahupun kasut sukan. Risalah ini memberi pelbagai tip berguna kepada anda agar anda membuat pilihan kasut terbaik untuk kegunaan anda sekeluarga

Walaupun gaya dianggap sebagai faktor utama dalam pemilihan sepasang kasut, faktor yang lebih penting yang perlu diambil perhatian ialah dari sudut pandangan pembuatan kasut tersebut. Kasut itu perlulah mempunyai ciri-ciri tahan lasak serta mampu memberi perlindungan dan keselesaan kepada kaki pemakainya. Sila ingat fomular ini sewaktu anda membuat pemilihan kasut: “kasutyang saya pilih perlulah sama dengan saiz kaki saya. Saya tidak perlu memaksa kaki saya untuk mengenakan kasut tersebut”. Kesakitan, kelepuhan, kerosakan dan sebagainya akan anda alami sekiranya anda tidak bijak dalam memilih kasut yang sesuai dengan kaki anda
 
Struktur kasut
 
Kasut merupakan hasil daripada pelbagai struktur dan rekabentuk yang berbeza. Memahami rekabentuk asas adalah wajar bagi anda membuat pilihan bijak daripada beribu jenama kasut yang terdapat dalam pasaran masa kini


Ruang jejari merupakan bahagian hujung depan kasut yang direka khas untuk menyediakan ruang kepada jari kaki. Ruang jejari ini akan dikelilingi atau ditandai bagi menentukan jumlah ruang yang diperuntukkan untuk jari kaki


Vamp atau bahagian atas dan hadapan kasut adalah bahagian tengah pada kasut di mana tali biasanya dipasang. Kadang-kala, Velcro juga digunakan sebagai pengganti tali pada kasut


Bahagian tapak pula terdiri daripada dua lapisan iaitu tapak dalam dan tapak luar. Tapak dalam terdapat pada bahagian dalam kasut manakala tapak luar pula menghubungkan kaki dengan permukaan tanah. Lebih lembut tapak pada kasut, lebih kuasa untuk menyerap tekanan luar


Bahagian tumit kasut merupakan bahagian paling bawah di belakang kasut. Bahagian ini mempengaruhi ketinggian kepada kasut tersebut. Lebih tinggi tumitnya, maka lebih kuat tekanan pada permukaan hadapan kaki kasut berkenaan


Bahagian terakhir pada kasut ialah permukaan melengkung yang terdapat berhampiran dengan pelantar kaki yang menurut saiz purata tapak kaki. Bahagian inilah yang membolehkan kita mengenal kasut sebelah kanan daripada kasut sebelah kiri ketika seorang pakar orthopedik menentukan kasut seorang kanak-kanak yang mempunyai penghujung lurus atau terbalik


Bahan yang digunakan untuk menghasilkan kasut sebenarnya mempengaruhi ketahanan serta keselesaan kasut tersebut. Bahan yang lembut mengurangkan tekanan yang diberikan oleh kasut pada kaki pemakainya. Bahan yang keras akan menyebabkan kelepuhan. Kaunter khas digunakan bagi mengeraskan bahan di bahagian tumit kasut bagi memberi sokongan kepada kaki


Syor untuk kasut
 
Oleh sebab saiz kaki anda terlalu dalam, anda boleh meminta jurujual kasut mengukur panjang serta keluasan kedua-dua belah kaki anda


Kaki anda mengembang apabila anda menggalas beban. Justeru, sila berdiri tegak ketika kaki anda sedang diukur


Kesibukan anda pada siang hari kadangkala akan mengakibatkan kaki anda menggelembung dan membesar. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika anda mengukur tapak kaki anda pada penghujung hari


Kasut yang anda beli mestilah tahan lasak dan sesuai dengan kaki anda yang panjang dan lebar. Ruang jejari perlulah direka secara berselang. Namun, terlalu banyak selang akan menyebabkan tapak kaki akan menggelungsur di sekeliling kasut sehingga mengakibatkan kelepuhan dan kaki melecet


Kasut perlulah sesuai dengan tumit dan juga jari kaki anda. Periksa dengan teliti agar tumit anda tidak terkeluar dari bahagian belakang kasut tersebut


Sila berjalan dengan memakai kasut tersebut bagi memastikan kasut tersebut benar-benar tahan lasak dan sesuai sepenuhnya untuk kaki anda


Elakkan daripada membeli kasut  dengan hanya memilih saiznya. Saiz 10 pada sesuatu jenama berkemungkinan lebih besar atau kecil daripada saiz sebenar pada jenama yang lain. Oleh itu, pilihlah kasut yang benar-benar sesuai dengan kaki anda


Pilihlah kasut yang benar-benar tepat atau sesuai dengan saiz kaki anda


Kerap ukur kaki anda. Saiz kaki anda sentiasa berubah seiring dengan pembesaran anda


Jika kasut yang anda pilih itu terlalu ketat, janganlah membelinya. Walaupun kaki anda boleh membiasakan dengan kasut itu sehingga sesuai dan muat untuk dipakai, ia bakal mengundang pelbagai masalah seperti kesakitan kaki dan masalah kaki melecet pada masa akan datang


Jika kasut sebelah kaki didapati lebih besar daripada yang satu lagi, maka tapak dalam boleh ditambah pada kasut yang kecil itu


Kasut yang digunakan untuk tujuan fesyen dan bergaya adalah kasut yang selesa
   
Kasut kanak-kanak  


Kanak-kanak tidak memerlukan kasut sehingga mereka mula berjalan iaitu kira-kira pada usia 12-15 bulan. Sehingga peringkat itu, stoking atau lapik kaki sudah memadai untuk melindungi kaki bayi merangkak itu agar sentiasa selamat dan selesa. Apabila bayi anda sudah pandai berdiri dan mula berjalan, kasut amat sesuai untuk melindungi kaki mereka dari sebarang kecederaan. Setelah bayi anda sudah mula memakai kasut, adalah tidak salah membiarkan mereka berjalan atau bersiar-siar dalam kawasan kediaman anda

Masa yang sesuai untuk anda membelikan kasut pertama untuk anak anda adalah ketika mereka sudah mula pandai berdiri dan berjalan. Terdapat banyak kedai kasut yang khusus menjual kasut kanak-kanak sedia menawarkan kasut dari pelbagai jenama dan saiz untuk pilihan anda. Namun, anda pasti mengambil masa yang agak laama untuk membuat pilihan kasut yang tepat untuk anak anda

Jangan paksa kaki anak anda untuk menyesuaikan dengan mana-mana kasut.

Kasut yang lembut dan mudah dilentur dengan ruang yang sedikit seperti kasut yang bertapak lembut adalah amat sesuai untuk kanak-kanak tidak kira usia mereka. Ruang jejari kasut itu perlulah menyediakan ruang yang secukupnya serta lebar sejajar dengan tumbesaran kanak-kanak  bagi memudahkan kelancaran pergerakan jari kaki mereka. Ruang selebar jari atau melebihinya adalah cukup untuk kanak-kanak dalam usia 3-6 bulan. Kesemua ini adalah bergantung pada usia dan saiz tumbesaran anak anda. Jika anak anda sering menanggalkan kasut mereka, sememangnya kasut tersebut adalah tidak selesa bagi mereka. Sentiasa periksa kaki anak anda dari masa ke semasa agar tidak terpelecet, mengalami luka dan sebagainya. Sentiasa ukur kaki anak anda di kedai kasut kanak-kanak dan pastikan anak anda benar-benar bersedia untuk memakai kasut bersaiz besar itu. Ingat, tujuan utama penggunaan kasut untuk memberi perlindungan daripada kecederaan. Kasut jarang memperbaiki kaki kanak-kanak atau mengubah corak tumbesarannya. Tebaran, rawatan dan pembedahan sewajarnya adalah perlu bagi mengelakkan kecacatan serius. Jika anda mendapati atau mengesyaki sesuatu masalah pada kanak-kanak anda, usah berlengah membawa mereka untuk diperiksa oleh pakar Orthopedik. Kasut tinggi yang diikat di atas buku lali lazimnya disyorkan untuk kanak-kanak yang membesar kerana mereka tidak pandai mengurus kasut mereka. Bercanggah dengan kepercayaan umum di mana kasut bertumit tinggi ini adalah tidak sesuai untuk sokongan kaki mahupun tumit
  Kasut lelaki   
Kebanyakkan kasut lelaki direka menurut rekabentuk kaki mereka dan mempunyai ruang jejari yang luas dengan ruang yang tegak dan mendatar. Kasut tersebut juga mempunyai tumit yang rendah iaitu kira-kira setengah inci tinggi. Tapaknya biasanya diperbuat daripada bahan keras seperti kulit binatang dan juga bahan lembut seperti kain atau getah berkedutan. Kedua-duanya boleh dipakai, namun tapak yang lembut adalah lebih selesa. Jika anda perlu berdiri untuk suatu tempoh masa yang panjang, kasut bertapak lembut adalah yang paling sesuai untuk anda kerana ia berupaya memberi perlindungan dan keselesaan kepada kaki anda

  kasut kerja   

Kasut kerja juga banyak terdapat dalam pasaran dengan pelbagai jenama dan saiz bergantung kepada jenis pekerjaan pemakainya. Kasut but berkulit tebal serta ruang jejari yang diperbuat daripada keluli tahan karat boleh dipakai bagi melidungi kaki daripada kecederaan. Kasut but dengan pelbagai darjah kuasa juga banyak terdapat dalam pasaran

  kasut wanita   

Kasut bertumit rendah kira-kira satu inci atau kurang daripadanya dengan ruang jejari putih adalah pilihan yang paling sesuai untuk wanita. Ruang jejari yang memadai boleh memberi keselesaan terhadap bahagian hadapan kaki adalah sama pentingnya dengan bahagian tumit bagi memastikan kasut tersebut tahan lasak dan sesuai untuk mereka. Kasut dengan tumit tinggi serta ruang jejari yang runcing akan mengakibatkan banyak masalah ortopedik yang boleh mengundang kepada ketidakselesaan serta kecederaan di bahagian jari, buku lali, lutut, belulang dan bahagian belakang kaki). Kebanyakkan kasut tumit tinggi mempunyai ruang jejari yang runcing dan sempit yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan serta memaksa jari-jari kaki berada dalam keadaan segitiga yang tidak semulajadi. Kasut sebigini akan mengedarkan berat badan dengan tidak rata dan mengakibatkan beban berlebihan pada bahagian bebola dan hadapan kaki pemakainya. Ini akan mengakibatkan ketidakselesaan kaki, kesakitan, bengkak pada ibu jari kaki dan pelbagai masalah lain. Ketinggian tumit sebenarnya mempengaruhi perubahan pada beban yang terhasil pada bahagian bawah kaki. Apabila ketinggian pada tumit meningkat, tekanan di bawah bebola kaki akan menjadi berganda dan berlakulah tekanan berlebihan di bahagian kaki hadapan. Tekanan ini seterusnya akan merebak ke bahagian ruang jejari yang runcing. Kasut tumit rendah juga akan mengakibatkan masalah jika tidak sesuai dengan pemakainya. Memakai kasut yang terlalu kecil juga akan mengakibatkan kecacatan kekal

  kasut sukan   

Fungsi utama kasut sukan adalah bagi memberi perlindungan sewajarnya kepada kaki akibat tekanan spesifik yang diperoleh menerusi aktiviti sukan yang diceburi serta memberi lebih tenaga yang diperlukan oleh pemain tersebut. Misalnya, kasut jogging akan direka berlainan dengan kasut yang digunakan untuk senam robik. Kelainan tersebut merangkumi kepelbagaian bahan, berat, pembinaan tali dan sebagainya. Kasut sukan direkka khusus bagi memberi perlindungan sewajarnya kepada bahagian kaki yang menerima banyak tekanan sewaktu aktiviti sukan. Ramuan utama dalam pembuatan kasut sukan yang benar-benar tahan lasak adalah keselesaan. Kasut yang tahan lasak dan selesa pasti akan mengelakkan kaki anda daripada kelepuhan dan masalah kulit yang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda