BINABADAN
- i ) Mengangkat berat
- ii ) Diet makanan & makanan tambahan
- iii) Jadual rehat/ tidur
- Latihan rintangan berat ( Resistance Weight Training )
- Diet yang baik, dengan tambahan protein dan makanan tambahan
- Tempoh rehat yang mencukupi untuk membina otot
- Leher
- Pangkal Leher (Trapezius)
- Bahu (Deltoids)
- Dada (Pectoralis)
- Trisep (Triceps brachii)
- Bisep (Biceps brachii)
- Lengan (Brachioradialis)
- Perut(Rectus abdominis)
- Paha (Quadriceps)
- Lengan (Brachioradialis)
- Bisep (Biceps brachii)
- Bahu (Deltoids)
- Trisep (Triceps brachii)
- Otot Atas (Trapezius)
- Kepak(Latissimus dorsi)
- Otot Tengah(Rhomboids)
- Otot Bawah
- Punggung (Gluteus maximus and medius)
- Otot Belakang Paha (Biceps femoris)
- Betis (Gastrocnemius)
PENGENALAN:
Kebanyakan orang beranggapan
untuk membentuk tubuh badan yang sasa dan menarik memerlukan latihan
intensif, banyak membuang masa di gim dan mengeluarkan wang ringgit yang
banyak untuk yuran bulanan dan membeli makanan tambahan (supplement). Di sini ada beberapa tip kesihatan dan latihan asas yang simple dan mudah untuk menjaga kesihatan dan juga membentuk tubuh badan yang
menarik. Ianya boleh dilakukan di rumah, pejabat atau di mana jua tanpa
perlu peralatan latihan. Ini bagi memudahkan kita yang tidak
berkemampuan membeli peralatan yang mahal atau tiada masa untuk ke pusat
gim. Dan yang paling penting, apa yang perlu diingat ialah teknik
latihan dan diet makanan perlulah betul untuk menjamin keberkesanannya.
Binabadan
Binabadan merupakan sejenis sukan / gaya hidup untuk membina otot bentuk badan yang menarik melalui gabungan 3 rutin latihan ;
Sejarah
Sukan binabadan sebenarnya bermula di India pada abad ke 11. Atlet bina badan India mengangkat batu yang diukir seperti dumbell dikenali sebagai Nalls sama seperti dumbellmoden. Malahan, dikatakan gimnasium yang pertama wujud di India pada masa itu iaitu pada abad ke 16.
3 Faktor Penting Dalam Binabadan
Untuk mendapatkan pertumbuhan otot, ahli bina badan perlu menumpukan kepada tiga faktor:
Kesenian Sukan Binabadan
Sukan bina badan tidak boleh disalahertikan sebagai sukan angkat berat olimpik, pertandinganStrongman atau Powerlifting.
Ketiga tiga jenis sukan ini mengutamakan kekuatan individu tetapi bina
badan lebih menumpukan perhatian kepada penjagaan dan nilai estetik
bentuk badan seseorang. Dalam bina badan, bentuk dan saiz badan adalah
lebih penting daripada berat beban yang boleh diangkat.
Binabadan Dalam Islam
Islam
tidak mengharam atau melarang segala riadah yang dapat membantu umat
atau penganutnya mendapat nikmat dari hasil riadah tersebut kepada tubuh
badan individu tersebut. Maka, bina badan tidaklah dilarang atau
diharam oleh Islam. Apa yang menjadi persoalan ialah tingkah-laku dan
kelakuan pengamal sukan ini.
Nama Bahagian Badan
Adalah penting untuk mengenali bahagian badan sebelum menceburi bidang ini. Badan terbahagi kepada 2 bahagian:
1.Hadapan
2.Belakang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan