WARM-UP UNTUK BINA BADAN
Kepentingan
Memanaskan badan memainkan peranan yang penting kepada tubuh badan seperti:
- Menyediakan kestabilan tubuh untuk menanggung beban.
- Mengurangkan kebarangkalian kecederaan
- Penyediaan minda untuk menjalani latihan.
Memanaskan badan perlulah terdiri daripada memanaskan sendi-sendi yang terlibat dalam latihan. Bahagian sendi yang utama yang perlu diberi perhatian adalah pada sendi bahu. Ini kerana sendi ini adalah yang paling lemah berbanding sendi-sendi yang lain.
Warm-up dimulakan dari kaki dan bergerak ke atas manakala warm-down pula dari kepala hingga ke kaki. Warm-down amat penting kerana ia memastikan asid laktik yang terhasil di otot-otot hasil daripada latihan yang dilakukan dapat mengalir ke seluruh badan. Asid laktik yang terkumpul pada sesuatu bahagian badan boleh menyebabkan kelenguhan pada bahagian tersebut. Selain itu warm-down berperanan memulihkan kembali otot-otot yang tegang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan