Khamis, April 29, 2010

APA ITU ANATOMI DAN FISIOLOGI DALAM SUKAN

Anatomi & Fisiologi untuk Ilmu Sukan
Ia bermaksud struktur dan kedudukan organ berkaitan badan manusia serta fungsinya untuk aktiviti dan kehidupan manusia. Ia merupakan pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor perubatan dan pakar bioperubatan.

Anatomi
Kajian tentang struktur badan manusia. Anatomi yang sentiasa dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti:
• sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya
• sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus
• sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur darah
• sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas
• sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan
• sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak

Fisiologi
Ia merupakan kehidupan manusia. Setiap individu perlulah bernafas, makan, minum, berkumuh, dan membiak sebagai aktiviti asas manusia. Selain itu, kita juga haruslah bersosial, bermain, bersukan, bekerja dsb sebagai aktiviti harian. Kesemua aktiviti ini memerlukan organ-organ yang sihat untuk menjayakannya.
 Pertumbuhan manusia
Manusia adalah sentiasa berkembang dan bertumbuh. Pertumbuhan ini bukan sahaja merujuk kepada perkembangan dari badan kecil kepada badan besar. Malah, proses penuaan juga merupakan pertumbuhan manusia. Proses pertumbuhan (dikenali sebagai tumbesaran) adalah bermula dari detik persenyawaan antara sperma dan ovum. Selepas insan dijadikan, sel-sel membesar (menjadi matang) dan berganda sehinggalah badan bayi dibentuk dalam rahim ibu. Selepas bayi itu dilahirkan, sel-selnya terus berkembang dan aktif berganda supaya saiz badan kecil menjadi saiz dewasa. Pada peringkat ini, pertumbuhan adalah bersifat eksponen. Selepas itu, pertumbuhan menjadi tidak ketara dan seolah-olahnya menjadi pegun. Proses ini dikenali sebagai penuaan, di mana sel-sel badan cuma akan menggantikan sel-sel mati dan organ-organ akan menjadi tua dan uzur. Jadi, pertumbuhan manusia terbahagi ke dalam 3 kumpulan:

Pertumbuhan Fizikal: Perkembangan yang melibatkan sel-sel badan dan organ-organ manusia dalam proses pembesaran dan penuaan sepanjang umur manusia. Ia bermula sejak di uterus lagi. Perkembagan yang pesat selalunya ditentukan oleh gizi makanan dan kegiatan dalam sukan.
Pertumbuhan Mental: Perkembangan yang melibatkan perkembangan mental serta kognitif seseorang. Ia bermula selepas seseorang mula memahami dan mengetahui alam ini. Biasanya, pertumbuhan ini adalah dipelajari daripada pengalaman dan ilimu pengetahuan.
• Pertumbuhan Sahsiah: Perkembangan yang melibatkan sahsiah, rohani dan nilai-nilai murni seseorang. Ia biasanya bermula apabila ibu bapa mula mendidik anaknya. Ada juga yang percaya nilai-nilai murni boleh dipupuk semasa anak masih dalam kandungan ibu. Nilai dapat dipupuk melalui ajaran agama dan pendidikan secara formal atau tidak formal.

Proses dalam badan manusia
Pada amnya, seseorang yang melakukan aktiviti sukan memerlukan kordinasi dan kerjasama daripada semua organ badan. Lebih terperinci, setiap sel dalam badan manusia melakukan sesuatu semasa seseorang bersukan. Yang penting, pengawalaturan adalah salah satu proses dalam badan yang sentiasa menimbangi ketidaknornmalan manusia. Pengawalaturan ini dinamakan sebagai suap balik positif dan suap balik negatif. Dalam menjalankan aktiviti fizikal yang cergas seperti bermain hoki dan bola keranjang, seseorang mungkin kehilangan air yang berlebihan. Jadi, badan manusia melalui sistem saraf dan sistem endoktina (hormon dan enzim) akan mengembalikan badan ke keadaan normal melalui proses suap balik positif. Kehilangan air dapat dicegah melalui mekanisme tersebut dengan mengurangkan 
pembuangan air ke dalam ginjal dan menaikkan kadar penyerapan air dari ginjal. Selain itu, ia juga menimbulkan rasa dahaga supaya seseorang itu meminum untuk membekalkan air ke dalam badan. Sebaliknya, suap balik negatif akan berlaku apabila pengambilan air yang berlebihan. Pengawalaturan ini direka supaya seseorang dapat hidup dalam keadaan yang tak normal. Biasanya, suap balik ini melibatkan denyutan jantung, pengecutan dan pengembagan salur darah, dan penyingkiran dan penambahan air dalam konteks sukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda