Sabtu, Jun 26, 2010

KOMPONEN SISTEM RANGKA.

Komponen Sistem Rangka
  • Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi tubuh. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, kartilej dan sendi. 
  • Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum.

 Ligamen
  • Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau
    lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen memberi
    sokongan dan kekuatan kepada sendi.

sendi.
  • Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan.
  • Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu sendi tanpa gerak (synarthroses), sendi yang mempunyai gerakan terhad,(amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak bebas(diathroses).
  • Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan lebih fleksibel daripada tulang. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi. Fungsi Sistem Rangka
 fungsi sistem rangka

Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu:
 
(i) Sokongan
Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh.
Contoh : Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang rangka.
 
(ii) Perlindungan
Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting.
Contoh : Tengkorak melindungi otak
 
(iii) Pergerakan
Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi.
Contoh : Sendi siku – ulna dan humerus
 
(iv) Pembentukan sel-sel darah
Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan selsel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang terlibat adalah sternum, sebahagian daripada pelvis,
femur dan humerus.

(v) Penyimpanan mineral 
Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus. Mineral ini menjadikan tulangtulang tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineral mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian
lain tubuh apabila diperlukan.
Contoh: Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan
kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda