STRUKTUR ASAS TUBUH BADAN
Unit yang paling asas dalam tubuh ialah sel,yang wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ia wujud dalam protoplasma yang menyerupai agar-agar. Kumpulan sel ini bergabung untuk melakukan fungsi tisu, manakala tisu-tisu membentuk organ-organ dan system-sistem organ seperti jantung,paru-paru,rangka dan kulit.
Sebagai jurulatih sukan, tumpuan utama instruktur kecergasan pendidikan jasmani ialah system rangka,sendi,ligament,otot dan system kardio.
Sistem Rangka
Sistem rangka ialah Tulang-tulang dalam tubuh serta sendi-sendi yang terbentuk hasil daripada cantuman tulang, Bahan utama system ini adalah tulang, rawan dan tisu yang membentuk sel darah. Secara ringkasnya, rangka (skeleton) manusia dibagi menjadi dua, iaitu rangka aksial (asas tubuh) dan rangka apendikuler (anggota tubuh).
a. Rangka Aksial
Rangka aksral terdiri dari tulang belakang (vertebra), tulang tengkorak, dan tulang rusuk.Tengkorak berfungsi melindungi otak. Hubungan tulang yang terdapat pada tempurung kepala bersifat suture, iaitu tidak dapat digerakkan.
i.) Tulang Belakang
Pada tulang belakang terdapat lengkungan - lengkungan yang berfungsi untuk menyangga berat dan memungkinkan manusia melakukan berbagai jenis posisi dan gerakan contonya berdiri, duduk, atau berlari.
ii.) Tulang dada dan tulang rusuk
Tulang dada dan tulang rusuk bersamaan membentuk perisai pelindung bagi organ – organ penting yang terdapat di dada, iaitu paru – paru dan jantung. Tulang rusuk juga berhubungan dengan tulang belakang.
B. Rangka Apendikuler
Tulang rangka apendikuler bahagian atas terdiri daripada beberapa tulang seperti berikut:
1) Tulang Selangka (clavicle)
Tulang selangka atau tulang leher membentuk bahagian depan bahu.
2) Tulang Belikat (scapula)
Tulang belikat berada di atas sendi bahu dan merupakan bahagian pembentuk bahu.
3) Tulang Pangkal Lengan, (Humerus ) + (Ulna)
Tulang pangkal lengan bersama dengan tulang pengumpil dan tulang hasta menyusun julat pergerakan, bagi tangan.
4) Kaki
Tulang apendikuler bahagian bawah terdiri daripada beberapa tulang yang menyusun pergerakan kaki . Kaki terdiri dari tulang kaki dan telapak kaki. Tulang kaki disusun oleh tulang paha , tempurung lutut, tulang kering dan tulang betis. Pergelangan kaki disusun oleh tulang tumit, kalkaneus, talus, kuboid, navikular, kuneiform, dan jari – jari
Kerangka tubuh manusia
Kerangka manusia tersusun dari tulang-tulang, baik tulang yang panjang maupun tulang pendek. Fungsinya adalah :
- Untuk memberikan bentuk keseluruhan bagi tubuh
- Menjaga agar organ tubuh supaya tetap berada di tempatnya
- Melindungi organ-organ tubuh seperti otak, jantung, dan paru-paru
- Untuk bergerak ketika dikehendaki oleh otot
Menghasilkan sel darah di dalam sum sum tulang
Jenis-jenis tulang
Tulang dikelompokkan mengikut bentuknya seperti :
- Tulang panjang
Contohnya tulang paha (femur), tibia,fibula,radius,ulna dan phalanges. Berfungsi sebagai tuas.
- Tulang pendek
Contohnya tulang pergelangan (carpals,tarsals). Berfungsi memudahkan pergerakan.
- Tulang leper
Contohnya tulang cranium dan scapula. Berfungsi sebagai cantuman otot dan pelindung rongga.
- Tulang tak sekata
Contohnya vertebrae, sphenoid,sacrum, coccyx dan tulang rahang (mandible) dengan fungsi yang pelbagai.
Contohnya tulang paha (femur), tibia,fibula,radius,ulna dan phalanges. Berfungsi sebagai tuas.
Contohnya tulang pergelangan (carpals,tarsals). Berfungsi memudahkan pergerakan.
Contohnya tulang cranium dan scapula. Berfungsi sebagai cantuman otot dan pelindung rongga.
Contohnya vertebrae, sphenoid,sacrum, coccyx dan tulang rahang (mandible) dengan fungsi yang pelbagai.
Nama-nama tulang pada tubuh
- Cranium (tengkorak)
- Mandible(tulang rahang)
- Clavicle (tulang selangka)
- Scapula (tulang belikat)
- Sternum (tulang dada)
- Rib (tulang rusuk)
- Humerus (tulang pangkal lengan)
- Vertebra (tulang punggung)
9. Radius (tulang lengan)
10. Ulna (tulang hasta)
- Carpal (tulang pergelangan tangan)
- Metacarpal (tulang telapak tangan)
- Phalanges (ruas jari tangan dan jari kaki)
- Pelvis (tulang panggul)
- Femur (tulang paha)
- Patella (tulang lutut)
- Tibia (tulang kering)
- Fibula (tulang betis)
- Tarsal (tulang pergelangan kaki)
- Metatarsal (tulang telapak kaki)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan