Selasa, November 17, 2009

BEZA ANTARA REHAT, ISTIREHAT DAN KESENGGANGAN (PJK T 4)

Manusia memerlu rehat di dalam setiap aktiviti. Rehat adalah penting dan ia sering kali dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.Kita sering menganggap bahawa rehat yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini terdapat banyak definisi tentang berapa jumlah masa untuk
rehat yang baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang rehat, kita harus faham bahawa rehat memerlukan kualiti. Maksudnya kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu rehat pada petang selama 3 jam dan waktu malam 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu rehat dengan berkesan.

Definasi dan Konsep

Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti
fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan,
menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat
bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau
permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita
boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.


Istirehat ialah satu tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak
aktif (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Mendengar muzik,
melukis atau tidur sejenak bolehlah dianggap sebagai beristirehat. Masa beristirehat
kita berasa amat tenang dan semasa istirehat juga, kita dapat melegakan ketegangan
dan stres. Setiap hari badan dan otak kita memerlukan istirehat.


Kesenggangan ialah waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari.
(Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan) Biasanya waktu terluang ini
diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan badan dan otak. Akan tetapi, sesetengah
orang lebih gemar mengisi waktu senggangnya dengan aktiviti yang proaktif seperti
melukis, mengubah lagu, menanam dan menyiram pokok bunga dan sebagainya. Waktu
senggang ini boleh juga digunakan untuk memulihkan keadaan badan dan otak yang
telah penat berkerja. Iaitu dengan cara berehat atau tidur. Setiap hari kita perlu
mempunyai waktu kesenggangan yang berkualiti pada masa tertentu.

1 ulasan:

  1. Selamat sejahtera.Adakah mana-mana satu daripada ketiga-tiga istilah ini berkaitan dengan rekreasi?

    BalasPadam

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda