Selasa, November 17, 2009

ADA KAH ANDA SIHAT ? ( Definisi sebenar kesihatan )

Apakah anda sihat ,? Mungkin ramai berpendapat jika kita tidak sakit, boleh ketawa,belari dan sempurna dari mata kasar adalah sihat.? Kita harus tahu kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja (WHO). Ia adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi , mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran (Dubos R., 1968).Kesihatan berkait rapat kepada siapa kita sebagai individu, bagaimana kita memberi maklum balas terhadap orang lain, persekitaran dan cabaran-cabaran kehidupan seharian.


1. Kesihatan Fizikal
Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai ketahanan terhadap sebarang
penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh. Organ tubuhnya pula dapat berfungsi
dengan baik. Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai tahap
kecergasan yang optimum dan berupaya melakukan aktiviti seharian dengan baik dan
berkesan. Deria tubunya pula mempunyai ketajaman untuk berfungsi dengan baik.


2. Kesihatan Sosial
Kesihatan sosial secara kebiasaannya merujuk kepada keupayaan individu untuk
memenuhi hubungan interpersonal. Ini bermakna beliau dapat berinteraksi dengan
individu lain, keluarga dan masyarakat dengan baik. Di samping itu juga, individu yang
mencapai tahap kesihatan sosial berupaya untuk mengadaptasi situasi-situasi sosial
yang dialaminya dalam kehidupan seharian.


3. Kesihatan Mental
Kesihatan mental merujuk kepada tahap keupayaan intelektual seseorang. Individu yang
mencapai tahap kesihatan mental yang baik berupaya untuk belajar dan berfikir secara
rasional.


4. Kesihatan Emosi
Kesihatan emosi melibatkan keupayaan individu untuk mengawal emosinya. Individu
yang mempunyai tahap kesihatan emosi yang baik berupaya menangani dan menghadapi
pelbagai tekanan hidup seharian dengan tenang dan bersahaja.


5. Kesihatan Persekitaran
Individu yang mencapai tahap kesihatan persekitaran mempunyai apresiasi yang baik
terhadap persekitaran luaran. Beliau berupaya untuk memainkan peranan yang baik
dan berkesan demi melindungi serta mempertingkatkan keadaan persekitaran.


6. Kesihatan Rohani
Kesihatan rohani biasanya dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian seperti falsafah
hidup, kepercayaan dan keyakinan diri. Individu yang mencapai tahap kesihatan rohani
ini mempunyai kesedaran dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang positif.
Individu yang benar-benar sihat bukan sahaja bebas daripada penyakit atau cacat cedera
malah beliau juga sihat dari segi fizikal, sosial, mental, emosi, persekitaran dan rohani.
Inilah yang dikatakan konsep kesihatan menyeluruh. Apabila individu telah mencapai
tahap kesihatan menyeluruh maka ia seterusnya akan mencapai kesejahteraan hidup.

1 ulasan:

  1. Mahu dapatkan supplement kesihatan?? jom follow blog saya..
    http://cheentaku2.blogspot.com/2014/09/vita-lea.html

    BalasPadam

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda