Sabtu, Disember 26, 2009

KONFLIK DAN STRESS (pjk )

Terdapat dua faktor utama yang sering kali mengganggu kitaran hidup remaja,yang mana ia adalah berbeza antara remaja dengan remaja yang lain. Perbezaan ini pula di pengaruhi oleh pelbagai faktor samaada luaran ataupun dalaman contohnya masalah kewangan,emosi,sosial,ekonomi dan persekitaran.
PENGHARGAAN KENDIRI:  ia merupakan penilaian yang positif terhadap keupayaan dan potensi serta keterampilan diri sendidi , yang bermula dengan keyakian dan bangga dengan kebolehan diri. 

STRESS :  Setiap manusia menghadapinya dan bukanlah sejenis penyakit. Stress bermaksud kewujudan satu sifat ketegangan yang menimbulkan kekacauan dalam emosi seterusnya mencetuskan rasa rasa marah, kecewa dan sebagainya. jika berlarutan boleh membawa kepada penyakit fizikal danmental.

KONFLIK : merupakan situasi dimana keputusan sukar diperolehi dan menyababkan berlakunya perbezaan pendapat yang bertentangan atau bercanggah matlamatnya.

Faktor luaran Stress :  
  • kegagalan institusi keluarga
  • suasana bilik darjah / tempat kerja
  • hubungan dengan jiran,rakan dan sebagainya
  • persekitaran tidak selesa
  • masalah sosial
Faktor dalaman Stress:
  • faktor pengurusan diri yang lemah
  • imej diri
  • sentiasa dinilai dan dikritik 
  • feedback yang negatif
  • kurang sokongan
Faktor Konflik :
  • penceraian ibubapa
  • perbezaan pendapat atau pandangan
  • perbezaan budaya dan nilai.
Bagaimana menghindari stress
  • hindari rokok
  •  senaman dan tidur yang cukup
  • guna masa dengan efektif
  • cuti /rehat sementara
  • beri teguran yang positif
  • kongsi / luah perasaan
  • pegang teguh pada pegangan agama 
  • tetapkan matlamat realistik untuk di capai
  • imbangkan kerja dan rekreasi
  • dapatkan nasihat kaunseling
  •  mengamalkan teknik pernafasan Aromaterapi.
                                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda