UNDANG-UNDANG 2 – BOLA
Kualiti dan Ukuran
Bola
• berbentuk sfera
• diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang sesuai
• lilitannya tidak lebih dari 70 cm (28 inci) dan tidak kurang dari 68 cm (27 inci)
• beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak kurang dari 410 g (14 auns) pada permulaan permainan.
• tekanan udara bersamaan dengan 0.6 – 1.1 atmosfera (600 – 1100 gram/sm2) pada paras laut (8.5 paun/in2 – 15.6 paun/in2).
Penggantian Bola yang Rosak
Jika bola pecah atau rosak semasa perlawanan:
• perlawanan diberhentikan
• perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat mana bola mula bocor atau rosak (rujuk Undang-undang 8-Keadaan Tertentu).
Jika bola pecah atau rosak ketika di luar permainan semasa sepak mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti atau lontaran ke dalam:
• perlawanan dimulakan semula seperti sepatutnya.
Bola tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan tanpa kebenaran Pengadil.

Keputusan 1
Tambahan kepada peruntukan Undang-undang 2, penerimaan bola untuk perlawanan di dalam pertandingan kelolaan rasmi di bawah kawlan FIFA atau gabungannya tertakluk kepada salah satu dari berikut:

• Logo the official “FIFA APPROVED”
• Logo the offi cial “FIFA INSPECTED”
• Logo the “INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD”
Pertandingan ahli-ahli gabungan juga boleh menetapkan kegunaan bola yang mempunyai mana-mana satu dari tiga logo ini.
Keputusan 2
Untuk perlawanan pertandingan FIFA dan bagi perlawanan pertandingan anjuran konfederasi dan persatuan kebangsaan, sebarang iklan komersil pada bola adalah tidak dibenarkan, kecuali lambang pertandingan, pengelola pertandingan dan tanda dagangan pembuat yang dibenarkan. Peraturan pertandingan boleh menghadkan saiz dan bilangan tanda-tanda tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan