Memukul
Di
antara kemahiran-kemahiran dalam permainan sofbol, kemahiran memukul
adalah salah satu kemahiran yang paling sukar dilakukan. ‘Pitcher’ akan cuba membaling bola sederas mungkin agar bola yang dibaling gagal untuk dipukul oleh pemukul.
Bagi
mengelakkan bola yang dipukul berjaya ditangkap oleh pemadang, pemukul
haruslah melakukan pukulan sekuat mungkin ke dalam kawasan permainan
dalam keadaan yang sukar untuk dicapai oleh pemadang.
Oleh
yang demikian, kemahiran ini memerlukan latihan yang kerap bagi
memastikan setiap pukulan yang dilakukan berkesan. Kelemahan yang
ketara bagi sesetengah pasukan ialah memberi latihan yang lebih kepada
kemahiran memadang tetapi tidak kepada latihan kemahiran memukul.
Pemukul
mestilah menumpukan perhatian kepada bola yang akan dibaling kerana
balingan yang baik akan mencapai kelajuan 80 kmj. Penglihatan yang baik
serta kebolehan dan kepantasan bila, mana dan cara bola dibaling adalah
penting.
1. Persediaan Sebelum Memukul:
1.1. Memegang ‘Bet’
-
Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan di
mana jari memegang keliling pemegang bet. Ruas-ruas jari hendaklah
selari. Genggaman hendaklah tidak terlalu ketat tetapi kukuh.
1.2 Gaya Dirian
-
Berdiri dengan kedua-dua kaki selari menghadap plet rumah. Jarak
bukaan kaki adalah mengikut jarak bahu. Berat badan hendaklah
diletakkan pada kedua-dua belah kaki.
2. Langkah-langkah Memukul
2.1
Berdiri dengan betul dengan membawa tangan ke sisi muka. Pandangan
hendaklah ke arah pembaling bola. Kedudukan bola hendaklah melebihi
paras bahu.
2.2 Pergerakan pinggang hendaklah serentak dengan hayunan bet serta kaki depan digerakkan ke arah pembaling bola.
2.3
Bila kaki hadapan memijak tanah, pangkal peha hendaklah dipusingkan
bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan